MENCARI KUASA TERSIRAT


                                                                  MENCARI KUASA TERSIRAT

Mencari yang ada dan yang kekal, yang Ujudnya sebagai perbendaharaan yang tersirat yang sebenarnya tidak dapat dinilai kerana tiada bentuk dan warna, akan tetapi dialah yang mewarnai kehidupan setiap sesuatu, dialah yang tersembunyi yang mempunyai Nilai yang tinggi dan mempunyai Rahsia yang perlu diselidik didalam kehidupan Manusia dan Makhluk Allah yang lain, namun kebanyakkan Manusia yang berakal tidak menghiraukannya, kerana dia di anggap memeningkan kepala kerana Ghaib dan terpendam, tidak di nafikan bahawa setiap sesuatu mempunyai Rahsia yang tersirat dan mencarinya bukanlah semudah bercakap tentangnya, akan tetapi ia perlu di kaji kerana ia adalah sumber Ilmu dan perkara yang Hak, ramai yang memandang remeh tentang tersirat itu kerana tersurat di anggap lebih penting dan bermutu dan yang benar, yang kekal, dan yang mewarnai kehidupan, namun pandangan tersebut sebenar nya salah dan tidak benar sama sekali, oleh kerana itulah setiap yang berakal perlu mempelajari serta mengkaji setiap zarah apa yang ia nampak ataupun yang ia tidak nampak kerana apa yang dia nampak itu adalah Bayangan sahaja kepada Rahsia ilmu tersiratnya, kerana itulah contoh yang baik adalah mencari Ilmu dan Rahsia yang ada pada Ilmu tersebut supaya yang hak itu menjadi teras dan kenyataan Ilmu di ambil daripada Nas kalam Allah ia itu Al Quran, sedangkan Al-Quran itu mengandungi Rahsia kejadian Alam yang besar dan perlu di selidik
Likulli ayatin wa harfim wa nuqthotin minal quraani hikmatun
Setip Huruf, Ayat dan Titik, di dalam Al Quran adalah mempunyai Hikmah. Dan di terangkan juga tentang Hikmah yang tersangat besar yang terdapat di dalam Al Quran itu ialah: Maksudnya: Al Quran adalah Kalam Allah, setiap Huruf ada kemanisannya, setiap Kalimah ada kemuliaannya, setiap ayat ada kebahagiaannya, setiap juzuk ada pembalasannya, dan setiap surah ada keselamatannya Ayat yang di atas adalah sebagai contoh yang terdapat di dalam kitab Al-Quran, yang mana di nyatakan setiap Titik, Huruf, Ayat dan surah mempunyai Hikmah dan rahmat, demikian juga dengan berbagai peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan menjadi Ilmu serta ingatan, juga Tauladan supaya di jadikan batas dan sempadan, Manusia perlu mencari Rahsia dari kejadian kejadian yang terang dan nyata supaya boleh di jadikan Ilmu dan kefahaman tentang kekuasaan dan kebesaran Allah yang berlaku terhadap seluruh Makhluk Allah, ini bukanlah bererti segala kejadian tersebut habis begitu sahaja malah ianya perlu di jadikan iktibar atau kajian sebab dan musabab dan di atas kajian itulah akan lahir Ilmu di sebalik tabir atau tersirat dan menjadi dalang bagi menghidupkan segala kehidupan dan watak mengikut ketetapan yang Maha Pencipta kepada seluruh Alam,sebab itulah tidak akan bergerak sesuatu juapun jika tiada dalangnya.

By Laduni Dendiar
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan