TvTarekat | 11 Para Habaib Paling Berpengaruh di Tanah Melayu 1900 - 2000.

















11 para habaib paling berpengaruh di Tanah Melayu 1900 - 2000.


Hubungan diantara masyarakat Melayu dan para habaib sebenarnya telah terjalin lama. Contohnya Negeri Johor, dalam rekod telah melantik 4 orang habaib dari bumi Yaman menjadi Mufti Kerajaan. Iaitu :
1. Habib Salim Bin Ahmad al-Attas - Mufti Pertama
2. Habib Abdul Qadir Bin Mohsin al-Attas - Mufti Ketiga
3. Habib Alwi Bin Tahir al-Haddad - Mufti 4 & 6
4. Habib Alwi Bin Abdullah al-Haddad - Mufti Ke 7
Disamping itu, Kerajaan Johor juga pernah melantik Habib Muhammad Bin Abdullah al-Kheired ( Murid Tok Kenali ) sebagai Qadhi Batu Pahat sekitar 1930an.
Ada dikalangan para habaib yang mencurahkan bakti di tanah Melayu menjadi penyumbang besar kepada penubuhan madrasah dan maahad seperti Habib Hassan al-Attas yang telah membantu mendirikan Madrasah Arabiyah al-Attas Kampung Ketapang, Pekan, Pahang pada tahun 1921 dan Madrasah al-Attas di Johor pada tahun 1913.
Pahang pula pernah melantik seorang Qadhi kerajaan dari kalangan habaib iaitu Habib Abdul Rahman Bin Mohammad Benyahya ( Berkhidmat dari tahun 1976 hingga 1984 ).
Di Perak, Habib Samsuddin Bin Syed Alawi pernah membuka pondok pengajian di Bota Kiri, Parit yang diberi nama Madrasah Nahwiyah pada tahun 1933 dan Pondok Jamaliah, Parit pada tahun 1939.
Kedatangan Habib Nuh serta ayah dan abangnya, Habib Ariffin al-Habsyi ke Tanah Melayu pada abad ke 18 sebagai pendakwah juga telah memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam. Seperti yang sedia maklum Habib Nuh al-Habsyi berkhidmat dan berdakwah di Singapura sehingga wafat manakala ayah dan abangnya pula berdakwah di Pulau Pinang sehingga ke akhir usia.
Di hujung abad ke 20 kita telah dikurniakan seorang wali Allah yang digelar sebagai Wali Pasak Bumi oleh para ulamak lain iaitu Habib Ali Batu Pahat. Kehadirannya ke Malaysia pada tahun 1942 hingga wafat pada tahun 2010 sebagai guru rujukkan bagi sebahagian besar ulamak baik di tanah air mahupun luar negara.
Kini warisan ini diteruskan oleh beberapa habaib yang tidak jemu mengajar dan mendidik masyarakat Islam di Malaysia seperti Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid, Habib Mahdi al-Hamid, Habib Najmuddin al-Kheired dan ramai lagi.
Moga tautan kasih kerana Allah dan Rasul bersama para habaib ini berkekalan. Amin
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan