TUAN HUSSAIN KEDAH : ULAMA HARTAWAN YANG DERMAWAN, MEMBANGUNKAN UMAT DENGAN KEKAYAANNYA

TUAN HUSSAIN KEDAH : ULAMA HARTAWAN YANG DERMAWAN, MEMBANGUNKAN UMAT DENGAN KEKAYAANNYA

Tuan Hussain Kedah atau nama sebenarnya Hussain bin Nasir Al Banjari merupakan salah seorang ulama yang ulung di Tanah Melayu. Beliau merupakan keturunan Syeikh Arsyad Al Banjari. Moyangnya iaitu Syeikh Mas'ud bin Qadhi Hj Abu Su'ud pula adalah panglima Kedah yang syahid ketika berperang dengan Thai.
Tuan Hussain Kedah yang dimakamkan di Titi Gajah Kedah boleh dianggap sebagai seorang reformis dalam bidang pendidikan di Tanah Melayu. Beliau adalah ulama yang banyak mendirikan sekolah-sekolah pondok dan banyak menghasilkan penulisan kitab2 dalam pelbagai bidang terutamanya berkaitan pendidikan kanak2.
Apa yang menarik, beliau membuka sekolah-sekolah pondok tersebut dengan menggunakan harta kekayaan beliau sendiri berkat dari usaha tani dan perniagaan yang beliau jalankan. Antara sekolah pondok yang diasaskan oleh beliau ialah di Alor Ganu, Bohor, Pantai Merdeka, Selengkoh, Padang Lumat & Kepala Batas.
Kekayaan yang dimiliki beliau digunakan untuk membuka sekolah-sekolah pondok. Di samping itu, para pelajar dapat belajar secara percuma. Usaha ini ternyata mencambahkan & menggiatkan budaya ilmu dalam masyarakat Melayu di utara Semenanjung.
Dalam bidang penulisan pula, Tuan Hussain telah menulis sekitar 19 buah kitab dalam pelbagai bidang. Antara yang masyhur ialah Hidayatus Sibyan, Hidayatul Mutafakkirin, Hidayatul Athfal, Majmu' Al Lail dan lain-lain.
Ulama sebegini memang sukar dicari. Berusaha mencari kekayaan dunia dan menggunakan kekayaan itu untuk membangun pendidikan di kalangan masyarakat. Di samping itu gigih menghasilkan penulisan dengan ilmu2nya & mengajar di lapangan. Jadi masyarakat mendapat manfaat dari ilmu & hartanya. Jika 100 orang ulama begini dalam sesebuah negara, pasti akan berlaku perubahan positif yang besar

Sumber dari Hasanuddin Yusof


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan