TvTarekat | TOKOH ULAMA' SILAM 1441 - ALLAHYARHAM SHEIKH JAMALUDDIN AL-LINGGI




TOKOH ULAMA' SILAM 1441 - SHEIKH JAMALUDDIN AL-LINGGI IBN SHEIKH IDRIS IBN HAJI MOKMIN IBN NAKHODA - ULAMA' MELAYU SILAM YANG MENGAJAR DI MASJIDIL HARAM, MEKAH.

Sheikh Jamaluddin Ibn Sheikh ldris Ibn Haji Mokmin lbn Nakhoda atau masyhur atau dipanggil sebagai Sheikh Indin dilahirkan pada tahun 1231 h bersamaan 1814m. Beliau berketurunan Daeng Kemboja anak Raja Linggi dan bersambung nasabnya kepada Sayyiduna Abdullah Ibn Abbas radiallahu anhuma.

Sheikh Jamaluddin kemudian dibawa ayahandanya ke kota Makkah wal Mukarramah.

Di sana beliau menuntut ilmu dari ramai ulama dan masyaikh hingga menjadi alim dan diberi kepercayaan untuk mengajar agama di Masjidil Haram.Di sana, beliau berkahwin.dengan Hajah Safiyyah Binti Hj Mohd Saleh,seorang guru qiraat dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Said al Linggi.


Sheikh Jamaluddin al Linggi kemudian kembali ke tanah airnya ketika pemerintahan Dato' Kelana Sendeng (1850-1872), Semasa pemerintahan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman (1872-1881), berlaku polemik dalam politik dan permasalahan agama Bahkan perkara tahyul dan khurafat semakin menebal dalam diri masyarakat. Keadaan ini menyebabkan Sheikh Jamaluddin semakin teguh menyampaikan dakwahnya kepada masyarakat.


Antara sumbangan Sheikh Jamaluddin al Linggil adalah membasmi buta huruf dalam masyarakat. Hal ini menyebabkan masyarakat boleh membaca dan menulis jawi serta memudahkan penyampaian ilmu agama kepada masyarakat.Beliau sangat menekankan ilmu agama kepada masyarakat khususnya ilmu Fardhu Ain.

Hasil didikannya telah melahirkan ramai alim ulama besar seperti anakandanya sendiri, al Arif billah Sidi Sheikh Muhammad Said al Linggi, anak saudaranya, Lebai Abbas Zakaria dan Haji Mustafa Haji Ahmad. Cucunya pula adalah Syeikh Haji Ahmad bin Syeikh Muhammad Said Jamaluddin merupakan Mufti Pertama Kerajaan Negeri Sembilan malah pernah diberi penghormatan untuk membacakan doa pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada 1957 dan diikuti oleh anak kepada Syeikh Ahmad iaitu SS Dato' Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad yang merupakan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang ketiga yang mana di bawahnya lahirnya Enakmen Tariqat Tasauwuf Negeri Sembilan serta tertubuhnya Jilsah Turuq Sufiyyah Negeri Sembilan yang menjaga kesucian perjalanan Tariqat di Negeri Sembilan. Keduanya adalah merupakan Syeikh Tariqat Ahmadiyah Idrisiyyah ad-Dandarawiyah, Tariqat yang terkenal di Malaysia.

Sheikh Jamaluddin Ibn Sheikh Idris al Linggi akhirnya wafat pada 1304 h bersamaan 1887 M ketika berusia 73 tahun. Beliau dimakamkan di bahagian belakang Masjid Warisan Linggi, Linggi.

Sumber dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan