TvTarekat | TANDA-TANDA SEORANG YANG 'ARIFBILLAH




TANDA-TANDA SEORANG YANG 'ARIFBILLAH'


Sepertimana kata guru mursyidku, tanda-tanda orang 'Arifbillah' (Wali Allah) itu adalah seperti berikut:
1. Apabila kita duduk dengannya, kita akan mendapat ilmu makrifat.
2. Apabila kita bersalaman dan berdakapan dengannya, kita akan memperolehi limpahan rohani.
3. Apabila kita memandang dirinya, akan terus mengingatkan kita kepada 'Wujud' Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
4. Apabila kita mendengar perkataannya, kata-katanya itu dapat mengikis keaiban-keaiban seperti sombong, riak, takbur, ujub, hasad dengki dan marah dari perasaan dan hati kita yang terdalam.
5. Apabila sering bersamanya, kita akan dapat merasakan ketenangan dan keberkatan cahaya yang keluar dari dirinya.
6. Apabila ada orang lain yang cuba memusuhi dan menyakitinya, diri kita juga akan sama terasa sakit dan dimusuhi.
7. Apabila kita berjauhan dengannya, kita akan terasa begitu rindu yang kuat dengannya dan segera ingin bertemu beliau .
8. Terkadang hati kita akan turut menangis mengenangkan dosa2 kita apabila kita teringat kepada beliau (sang arifbillah) itu.
9. Apabila kita tiada bersamanya pada suatu ketika, kita akan merasa seluruh alam bahkan hidup kita ini sunyi dan kekosongan tanpanya.
10. Arifbillah itu tidak suka mencela atau menghina ilmu-ilmu yang terdapat pada orang-orang sufi yang Haq yang lainnya.
11. Arifbillah itu termasuk golongan Auliya’ Allah(wali allah atau waliyyammursyida) dan termasuk golongan ulama' PEWARIS NABI.namun tidak semua Auliya’ Allah(wali allah) itu adalah daripada kalangan ulama' pewaris nabi.
12. 'Arifbillah atau Auliya’ Allah itu boleh jadi seperti orang biasa dalam kedudukan masyarakat kita yang tidak ada pangkat dan harta, dan sedikit sahaja orang mengenalinya, ada yang suka hidup memencilkan diri dan dipinggirkan keluarga serta masyarakat.
13. Arifbillah atau Auliya’ Allah adalah terlalu sedikit jumlahnya yang ada di dunia ini berbanding ulamak yang jumlahnya terlalu ramai dan mudah dikenali.
14. Pada kebiasaannya, tanda-tanda seorang itu Arifbillah atau Auliya’ Allah adalah dirinya sering menerima pelbagai ujian dari masyarakat awam yang tidak mengenali martabat kemuliaannya yang tersangat hampir di sisi Allah dan sebagai kekasih Allah.
15. Kebiasaannya masyarakat awam yang tidak tahu kewaliannya dan kearifannya akan sering melemparkan kutukan dan kata-kata yang kesat, tuduhan dan fitnah, mengejek dan memperli ajaran-ajarannya serta kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di jalan Allah.
16. Barangsiapa yang memuliakan Arifbillah, Allah juga akan memuliakannya meskipun ia seorang ahli maksiat walau sebesar apa pun dosanya ahli maksiat itu allah akan turut mengampuni dosa2nya. Dan barangsiapa yang memusuhi Arifbillah, Allah juga akan memusuhinya meskipun ia seorang ahli ibadat sekalipun.
17. Apabila ada tetamu,para arifbillah itu sentiasa memuliakan tetamu itu hatta tetamu itu adalah musuhnya sekalipun dan musuh yg mendatanginya itu akan merasa lemah,merasa bersalah dan akan turut menghormati para arifbillah itu.
18. Apabila kita berada dihadapannya (arifbillah), diri kita terasa 'kecil' dan 'HATI' kita sentiasa ingat akan dosa2 yang telah kita lakukan sebelum ini.
19. Para arifbillah adalah orang yang hampir kepada allah dan HATI RUHANInya sentiasa bersama allah,maka tidak hairan jika allah memberikan keistimewaan2 yang luarbiasa kedalam dirinya sehingga ucapan-ucapannya tidak sia-sia, penuh dengan hikmah2 dan setiap ucapannya 'masin' serta kehendaknya itu kebiasaannya 'KUNFAYAKUN' pasti akan terjadi dan terbukti kebenarannya(MUTLAK).
20. Selalunya nada,frequensi getaran SUARAnya sang arifbillah itu mampu memberi getaran yang dahsyat mampu memberikan ketenteraman,kegerunan dan ketakutan kepada hati orang yang mendengarkan dari suara beliau sahaja.iblis juga akan takut mendengar setiap suara2 sang arifbillah itu kerana suara sang arifbillah sentiasa selalu disertakan dan beserta allah,hakikatnya 'berdzikir' serta mempunyai unsur 'NUR ilahi'.
21.Suara sang arifbillah adalah 'CORONG' atau sebagai 'alat' saluran yang disalurkan melalui sang arifbillah oleh 'perkataan allah swt' itu sendiri melalui alam dimensi ketuhanan dan disalurkan kepada alam dunia.
22. Cahaya NUR ilahi yang ada pada dirinya itu akan memancar disekelilingnya sekaligus memberikan 'rahmatan lil alamin' dan menjadi 'BENTENG' kepada masyarakat disekitarnya.
23. Apabila seorang arifbillah melalui@berjalan@berada disesuatu tempat yang allah akan turunkan bencana@sedang allah turunkan bencana maka dengan izin allah berkah dengan adanya orang yang arifbillah itu bencana yang allah turunkan itu akan segera hilang dan pulih seperti sediakala dan banyak orang yang akan terselamat dalam peristiwa itu.
24.Tidak ada sebarang ketakutan dan keraguan didalam hatinya diatas segala ujian yang diturunkan oleh allah kepadanya .Wajahnya yang tenang dan tetap sentiasa berseri2,bercahaya dengan 'NUR' ilahi sehingga kita tidak mampu untuk menatap wajahnya agak lama kerana merasa gerun diatas kewibawaan 'NUR' ilahi di wajahnya itu ketika kita berhadapan dengannya.
25. Seorang yang arifbillah mempunyai kelebihan2 yang luarbiasa serta kekeramatan yang dikurniakan allah kepadanya.Beliau adalah seorang yang 'kasyaf',mata batinnya cerah sentiasa terbuka dan sentiasa 'murakabah' dan berinteraksi kepada alam dimensi ketuhanan.
26. Beliau tidak pernah dan tidak suka membuka 'aib' seseorang walaupun pada hakikatnya sang arifbillah itu mengetahui apa yang telah dikerjakan dzahir dan bathin diri seseorang itu,walaupun orang itu adalah anak muridnya sekalipun.Untuk menegur seseorang itu atau kepada anak muridnya,beliau hanya menggunakan bahasa kiasan sahaja.
27. Arifbillah adalah seorang yang diamanahkan oleh allah sebagai khalifah allah untuk menjaga dan menjunjung tinggi 'NURUN ALA NURIN' dan menjalankan TUGAS untuk misi ketuhanan sebagai penerus 'hakikat kerasulan' setelah kewafatan baginda muhammad saw sesuai dengan Al-Quran dan hadis.
28. Beliau selalunya tidak menyedari sesuatu kekaromahan yang terjadi kepada diri beliau.beliau tidak berharap dan tidak terpesona dengan kekeramatan yang terjadi itu,beliau menganggap itu adalah suatu karunia dan menjadi perkara biasa yang terjadi semua adalah 'gerakan' atau kehendaknya allah bukan keinginan dirinya sendiri.Dan orang2 yang melihat kejadian yang terjadi kepada diri sang arifbillah itu adalah suatu perkara yang luarbiasa.
☝️Oleh itu,marilah kita bersama2 berdoa🙌 kepada allah swt agar barangsiapa yang belum lagi dipertemukan dengan seorang ulama' yang arifbillah(wali allah) itu agar segera bertemu dan mendapatkn syafaat serta keberkahan darinya serta dapat berguru kepadanya.Dan sangatlah beruntung dan berbahagialah bagi orang2 yang telah bertemu@menemukan seorang yang arifbillah itu.
.Sumber dari....
#At-Thoriq ilallah


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan