TvTarekat | Review Kitab Fihi Ma Fihi Sheikh Jalaluddin Rumi


FIHI MA FIHI

71 Ceramah Rumi Untuk Pendidikan Ruhani oleh Sheikh Jalaluddin Rumi

Jalaluddin al-Rumi telah dilahirkan di Wakhsh (Tajikistan), daerah Balkh Afghanistan pada 30 September 1207 Masihi. Bapanya Bahauddin Valad merupakan seorang tokoh agama yang tersohor. Di bawah didikannya, Jalaluddin menerima pendidikan daripada Syed Burhanuddin. Ketika berumur 18 tahun, keluarga Jalaluddin menunaikan haji dan seterusnya berpindah ke Konya, Turki dan menetap di sana.
.
Ketika berumur 25, beliau telah dihantar ke Aleppo (Halab) untuk meneruskan pengajian dan seterusnya ke Damsyik. Jalaluddin al-Rumi meneruskan pengajiannya sehingga berumur 40 tahun. Walau bagaimanapun beliau telah menjadi seorang ‘professor’ di salah sebuah madrasah di Konya ketika berumur 24 tahun iaitu setelah kematian bapanya. Antara gurunya yang terkenal ialah Syed Burhanuddin dan Shamsuddin al-Tibriz. Beliau meninggal dunia di Konya pada tahun 672 Hijrah bersamaan 17 Disember 1273 Masihi setelah dikenali sebagai seorang maulana dalam tarikat kesufian.

Akhlak dan Peribadi beliau:

Maulana Jalaluddin al-Rumi mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta memiliki akhlak dan peribadi yang mulia. Antara keistimewaan dan kehebatan yang dipamerkan oleh beliau ialah:

1) Tidak pernah selesa ketika tidur. Beliau tidak mempunyai bantal atau tilam untuk tidur, sebaliknya apabila terasa mengantuk beliau akan tidur di mana sahaja beliau sedang duduk. Beliau melakukan sedemikian agar beliau mudah ‘terjaga’ daripada tidur dan dapat menumpukan perhatian kepada ibadah dan berzikir kepada Allah SWT. Ini kerana beliau merasakan kehidupan di dunia hanyalah sementara sahaja,  justeru masa yang ada hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

2) Munajat. Sebaik sahaja tiba waktu solat fardhu, beliau serta-merta mengadap kiblat dengan penuh kekhusyukan. Beliau tidak lagi memikirkan segala urusan dunia. Beliau juga sentiasa bermunajat kepada Allah memohon keampunan daripadaNya.

3) Zuhud. Apa sahaja hadiah yang diterima daripada raja, pembesar atau hartawan akan disedekahkannya kepada orang lain. Beliau bersifat pemurah sehingga beliau tidak pernah mengecewakan seorang pengemis pun yang meminta bantuan daripadanya.

4) Rezeki yang halal. Beliau juga sentiasa berhati-hati agar tidak masuk dalam mulutnya sesuatu yang bersumberkan daripada yang haram. Ini kerana rezeki yang haram akan menyebabkan hati menjadi kotor, lantas akan lupa dan lalai daripada mengingati Allah.

5) Sumbangan / karya sumbangan beliau lebih tertumpu kepada bidang tasawuf. Beliau banyak menghasilkan puisi yang berunsur kesufian. Karyanya yang paling masyhur dikenali sebagai ‘Mathnawi’ yang menghimpunkan banyak puisi kesufian dan perbincangan agama. Kitab Mathnawi ini terdiri daripada enam kitab (bahagian) puisi dan ia mempunyai kekuatan sehinggakan pembacanya akan dapat merasai kebahagiaan dan kelazatan spiritual yang hebat. Karya ini dihasilkan dalam tempoh empat puluh tiga tahun. Selain daripada itu, beliau juga telah menghasilkan ‘al-Diwan’ yang menghimpunkan puisi, dan ‘fihi-ma-fihi’ yang bermaksud ‘Di dalamnya adalah apa yang ada di dalamnya’ yang merupakan koleksi kata-kata yang penuh mistik. Fihi Ma Fihi ini telah digunakan sebagai buku rujukan bagi para sufi. Karya-karyanya ditulis dalam bahasa Parsi, dan dipandang tinggi oleh orang Parsi kerana kandungannya yang puitis serta nilai kesusasteraan yang terdapat di dalamnya. Mereka menyanjungi karya-karya beliau, sehinggakan ia disebut sebagai “al-Quran dalam bahasa Pehlevi (bahasa Parsi)”, meskipun karya-karya ini bertentangan dengan Syiah yang merupakan kepercayaan orang Parsi.

Karya Maulana Jalaluddin al-Rumi juga begitu mendapat tempat di barat. Justeru, boleh dikatakan ketika ini hampir kesemua karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Profesor Arberry telah memujinya dengan berkata: ‘Beliau merupakan penyair mistik terbesar dalam sejarah manusia’.

Sumber: https://t.me/layarTemirBookstore/2485
(Boleh tempah buku ini di link ini.
Share on Google Plus

About hjrozman

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan