Tv Tarekat | Makrifatullah Bukan Untuk Dibahas!

Bandar Siwah Oasis di Egypt, somewhere on 2018 

Kami mengambil tulisan ini dari artikel? bahas? Pertanyaan? komen? saudara Hassan Abdullah yang dibuat berdasarkan kepada syarahan video Tuan Haji Shaari bertajuk Pengajian Makrifat Lengkap (Part 2) di YouTube yang dimuatnaik oleh @Macan Allah

Komen beliau,
Cakap Tok Kenali ,"Sesiapa yang ingat Allah, sebenarnya tidak ingat Allah." Itu membedakan antara muhadas dan qadim. Setiap yang lahir dan dilakukan oleh kainat itu ia tidak beri bekas. Muhadas tidak memberi bekas. Antara muhadas dan qadim ada barzah. Yang memberi bekas hanya yg qadim sahaja.

Yang qadim itu pula, harus diketahui ada tiga martabat qadim. Qadim zamani, qadim hakikat, qadim hakikat hakiki. Kita qadim yg mana? Roh kita qadim yg mana pula. Jika "diri" kita itu "roh". Roh adalah makhluk yg Allah cipta. Yang mana satukah "roh" dan yang mana pula Sifat Allah.

Sekiranya roh adalah Sifat Allah, bermakna Sifat Allah itu masih makhluk. Sebab roh itu Allah yg cipta. Oleh itu maka Sifat Allah bukan Zat Allah. Zat Allah bukan Sifat Allah. Sebab roh adalah Sifat Allah yg dicipta oleh Allah. Sekiranya kita "tidak ada" apakah yg dimaksudkan kita "tidak ada."

Apakah diri kita yg tidak ada itu adalah jasad? Jika diri kita itu adalah maka boleh dan logiklah dikatakan mata kita buta kerana yang melihat itu roh. Jika diri kita itu "roh", roh masih makhluk. Jika roh itu Sifat Allah bermakna Sifat Allah adalah makhluk jika mengiktiqadkan roh itu Sifat Allah. Dan Sifat Allah itu adalah Allah bermakna bertuhan kepada makhluk. Maka masih gagal, batal, dan masih tidak kenal Allah. Fahamkan betul-betul bahawa Roh itu Sifat Allah. Namun Sifat Allah bukan Zat Allah.

Allah hidup, tahu, kuasa, kehendak, lihat, dengar, cakap dengan ZatNya. Bukan dengan Sifat Allah. Sifat Allah, Allah cipta daripada Nur ZatNya. Sifat Allah adalah "tambahan" bagi Zat. Zat Allah Maha Kaya dan Sempurna. Zat Tajalli pada Sifat, maka berwujud lah Sifat Allah. Muqaiyib (dependent) Wujud Sifat Allah itu kepada Zat Allah. Wujud Sifat Allah itulah yang dinamakan Wujud Nafsiyah. Mewajibkan Sifat Allah itu Wujud selagi Wujud Zat Yang Tidak Dikerana Oleh Suatu Kerana. Wujud Sifat itulah yang dikatakan Zat tidak bercerai dengan Sifat. Namun Zat Allah bukan Sifat Allah. Zat Allahlah yg mencipta Sifat Allah.

Makrifatullah

Yang dikatakan "Makrifatullah" itu apakah mengenal Sifat Allah atau mengenal Zat Allah?
Oleh sebab Sifat Allah tidak bercerai tanggal dengan Zat Allah, maka selayaknyalah hanya Sifat Allah yang sangat "Iman, Islam, Tauhid, Makrifatullah."

Kenal dulu Sifat Allah itulah yang menyampaikan kita makrifatullah. Bukan kita boleh terus melangkau mengenal Zat Allah tanpa mengenal Sifat Allah. Dan seorang Guru wajib mampu membedakan antara Sifat dan Zat Allah.

Makrifatullah itu maksudnya adalah mengenal Zat Allah. Tidak ada sesiapa di kalangan makhluk yang mampu dan bisa mengajar manusia mengenal Zat Allah. Sebab Zat Allah itu "Laisa" dengan sekalian makhluk. Tiada huruf, tiada suara, tiada bau dan tiada rupa tertentu baginya.

Jika ada manusia mengakui boleh mengajar ilmu makrifatullah. Manusia itu dusta. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mampu mengajar ilmu makrifatullah. Nabi SAW sendiri mengaku "Araftu rabbi birabbi".

Berbalik kepada kita. Yang mana dikatakan "kita". Yang mana dikatakan "sebenar diri." Yang mana dikatakan "Allah." Jangan sekali-kali mengaku sebenar diri itu Allah. Kelak akan jatuh BerTuhan kepada "Diri Sendiri."

Cuba renung kepada diri. yang lapar, dahaga, ngantuk, penat, makan, minum, tidur, jahil itu siapa? Kalau "kita" tidak ada, yang lapar itu siapa? Yang makan hingga kenyang siapa? Kalau kita tiada, perintah solat, puasa, zakat, haji, jihad fisabillah Allah tujukan kepada siapa? Tidak mungkin Allah beri perintah kepada yang tidak ada. Atau Tidak Wujud. Allah yang cipta langit, bumi, manusia dsbnya tetiba kita Nafikan manusia, "ada".

Kalau betul manusia tidak ada, mana logiknya. Kemudian Allah janjikan buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas buruk. Kalau kita (manusia) tidak "ada" penghuni syorga dan neraka itu siapa?

Sebab itu manusia (kita) ada. Tetapi keberadaan kita itu dinamakan mungkin wujud. Bukan wujud pada hakikat. Yang wujud pada hakikat itu adalah "Roh". Roh itulah yang boleh mampu menjalankan segala urusan perintah Allah, ikut perintah Allah, cegah diri buat maksiat yg ditegah Allah. Bukan batang tubuh kita. Roh itulah yang berkata, "Bala syahidna" ketika di Alam Lahut. Roh sudah makrifatullah sejak awal lagi.

Sebenar benar Rab itulah Allah.
Adalah Rabbikallazi khalaq.
Rabbinas.
Rabbul falak.
Rabbul masyrikuwal maghrib.
Rabbusamawati wal ardh.
Rabbul malaikatu warroh.
Rabbul arasyil azim
Rabbul alamin.

Rab itulah bernama Allah. Allah itulah Sebenar-benar Tuhan.

--------------------------------------------------------------------------

Semoga tuan-tuan guru dan ulama tasawwuf dapat mengambil menjelaskan persoalan ini dalam syarahan-syarahan tuan berikutnya supaya tertutup semua fitnah dan memberikan kefahaman terutama kepada netizen dan medsos.
Share on Google Plus

About hjrozman

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan