Makrifat Tok Kenali Kelantan
2hb April 2018 jam 7.09 ptg ·Assalamualaikum..............
Ilmu makrifat ini adalah ilmu yang di tinggalkan orang, ilmu yang di pinggirkan masyarakat, ilmu yang di tuduh sesat dan salah, ilmu yang di tuduh memesongkan akidah. Para guru makrifat, telah dengan bertungkus lumus menggadai kan hartanya, wang ringgitnya, tenaganya, masanya, keselesaan anak isterinya, usianya, kampung halamannya untuk merantau le seluruh pelusuk demi mencari guru untuk menuntut ilmu makrifat, untuk menyebarkan ilmu makrifat namun masih juga di pandang serong.Begitulah keadaannya guru-guru terdahulu termasuklah saya sendiri. Telah berbelas-belas kitab di karang, memperjudikan nasib dengan meninggalkan anak isteri, meninggalkan kemahuan sendiri, membelakangi harta, memperhambakan diri bagi mengarang kitab. Menjelajah ke seluruh negara, memberi tarbiah kepada masyarakat ramai, tidak kira siang dan malam, tidak mengambil kira tentang usia, tidak megambil kira tentang kewangan. Namun usaha gigih kita tidak di pandang orang, malahan mendapat keji dan cela.
Orang yang mengeji, orang yang mencela, orang mencemuh ilmu makrifat ini, sebetulnya meraka tidak membuat apa-apa. Mereka tidak pernah mengarang kitab, mereka tidak pernah menyebarkan ilmu ini, mereka hanya pandai menyalahkan akan ilmu makrifat, memperlekehkan ilmu makrifat, merendahkan ilmu makrifat malah menfitnah ilmu makrifat. Sebaliknya apakah sumbangan mereka kepada ilmu makrifat? Selain daripada ilmu makrifat. Apakah mereka ada berkorban harta, berkorban masa, berkorban tenaga untuk memperjuangkanya? Mereka hanya tahu menyalahkan, menyesatkan ilmu makrifat ini.
Jikalau ilmu ini salah, sesat dan tak betul, manakah ilmu makrifat yang benar? Hanya pandai menuduh salah, sedangkan tidak di tunjuk mana satu yang benarnya. Menuduh salah dan menuduh sesat itu senang. Tetapi tahukah sahabat sekalian, para pejuang makrifat bermati-matian, bertungkus lumus mengkaji kitab, membaca kitab, mentelaah kitab, pergi berguru kesana kemari demi mempelajari, mendalami, menghayati ilmu makrifat.
Lalu dengan pengalaman dan pengorbanan itu, ilmu makrifat itu pula dihabur kepada masyarakat ramai. Begitu payah, jerih, susah untuk mendapatkanya, namun senang orang menuduh sesat. Jikalau benar sekalipun ianya sesat ilmu makrifat ini, manakah ilmu makrifat yang betul? Jikalau salah, manakah yang benar? Sila tunjuk kan mana ilmu makrifat yang benar. Ternyata orang yang bercakap salah, orang yang bercakap sesat, tidak sekali-kali sepatah pun bercakap tentang makrifat.
Di manakah guru makrifat bersembunyi?
Saya bermohon dengan rendah hati, manakah guru makrifat, siapakah guru makrifat, di manakah guru makrifat bersembunyi, menghilang, ghaib sehingga tidak seorang pun berani melontarkan ilmu ini. Mereka hanya tahu menyalahkan ilmu makrifat, tetapi apakah pernah orang yang menuduh salah itu, pernah mangajar, belajar, menyampaikan ilmu makrifat? Inilah rintihan akan ulamak-ulamak makrifat kepada ulamak-ulamak yang menuduh sesat. Mintalah tampil kehadapan, memberi keterangan manakah makrifat yang betul, supaya dijadikan contoh, dijadikan tauladan kepada kita-kita yang mendatang ini. Ternyata tidak ada satu pun makrifat yang betul. Tidak pernah ada di dalam sejarah makrifat yang betul. Melainkan dengar sahaja makrifat, maka sesat dan salah lah.Jikalau benar, manakah makrifat yang betul itu. Pernahkah kita dengar di masjid-masjid, di surau-surau, di television, di radio mengajar ilmu makrifat? Terutamanya orang yang menuduh sesat itu, pernahkah kita dengar dari mulut beliau mengajar ilmu makrifat. Sekali lagi saya ulangi, orang yang menuduh sesat, orang yang menuduh salah, pernahkah kita dengar daripada mulut mereka sendiri mengajar ilmu makrifat? Pernah kah? Seumur hidup saya, sudah menjangkau melebihi 60 tahun, tidak pernah saya mendengar satu ulamak yang menuduh sesat itu, berceramah tentang makrifat.
Tetapi mereka berceramah tentang salah dan sesatnya ilmu makrifat. Jadi kita sebagai pejuang-pejuang ilmu makrifat ini menjadi serba salah. Mengajar mengenal Allah pun salah. Mengajar hakikat syahadah pun salah. Mengajar sebenar-benar solat, sebenar-benar puasa pun salah. Kita bukan mengajar menyembah patung, kita bukan mengajar menyembah berhala, kita bukan mengajar menyembah Fir Aun. Kita mengajar cara pendekatan, untuk menyembah Allah, untuk mengabdikan diri kepada Allah, untuk mengenal Allah, untuk menyatakan Allah. Apakah itu yang dikatakan salah? Apakah mengenal Allah itu salah?
Tidak ada guru makrifat mengajar memperTuhankan selain daripada Allah SWT. Tidak ada orang makrifat mengatakan patung itu Allah, hantu itu Allah, syaitan itu Allah. Guru-guru makrifat mengajar cara mengenal Allah, bukan mengaku Allah, bukan menjadi Allah. Apakah cara mengenal Allah itu salah? Mengenal Allah ini, berbagai-bagai kaedah, berbagai-bagai cara, berbagai-bagai cabang yang boleh kita sampaikan. Asal saja kita menuju kepada satu tempat yang sama iaitu menuju mengenal Allah SWT. Semuanya tak kena, mengajar yang baik tak kena, apa lagi jikalau kita mengajar yang tidak baik, lagilah tak kena.
Berjuanglah jikalau kita anggap kita ini benar!
Jadi saya sebagai pejuang ilmu makrifat, menyeru kepada sekalian para-para guru makrifat, berjuanglah. Berjuanglah jikalau kita anggap kita ini benar. Bagi masyarakat ramai, apa sekalipun kita buat tetap dikatakan salah. Daripada tidak buat dikatakan salah, lebih baik kita buat. Biar dikatakan salah, janji Allah mengatakan benar. Biar orang tak ikut kita, janji kita ikut Allah SWT.Lihatlah sejarah Luqman Nul Haqim dengan anaknya yang membawa kaldai, lalu orang menuduh mengatakan dua beranak itu bodoh kerana membawa kaldai. Ada keldai tetapi tak naik, hanya menariknya sahaja. Lalu bapanya naik, orang menuduh pula bapanya bodoh, membiarkan anaknya berjalan dengan bapanya menaiki kaldai. Ditukar anaknya naik Luqman Nul Haqim berjalan pun orang mengatakan bodoh.
Bodoh kerana membiarkan bapanya berjalan. Lalu kedua-duanya naik di atas belakangnya kaldai, juga di tuduh bodoh, kaldai itu bukannya besar seperti unta mahupun kuda. Kaldai itu kecil tetapi di tunggangi oleh dua manusia BODOH. Jadi sebanarnya, manusia ini tidak ada yang sempurna, tidak ada yang elok, tidak ada yang comel, tidak ada yang molek melainkan BODOH, melainkan SESAT, melainkan SALAH. Semuanya tak kena. Naik salah seorang pun tak kena, dua-dua berjalan pun tak kena, dua-dua naik pun tak kena. Apa yang kena? Jadi berjuanglah.
Ù„َا تَØۡزَÙ†ۡ Ø¥ِÙ†َّ ٱللَّÙ‡َ Ù…َعَÙ†َاۖ
QS At-Taubah 9:40Jangan takut, jangan gentar jikalau kita beserta Allah. Jikalau kita berilmu yang benar, kenapa nak takut? Takut itu, ilmu yang salah, ilmu yang sesat. Jangan takut di tuduh salah, jangan takut di tuduh sesat. Jikalu benar ilmu makrifat itu salah, jikalau benar ilmu makrifat itu sesat, tunjuk kanlah mana yang benar, mana yang betul. Melainkan rata-ratanya hanya pandai bercakap, hanya pandai menuduh sesat, menuduh salah, tetapi orang yang menuduh sesat dan salah itu, tidak pernah berbuat apa-apa, melainkan hanya bercakap salah dan juga sesat.
Manakah yang dikatakan sebenar-benar bersolat? Solat itu bukan hanya sekadar perbuatannya anggota zahir. Sesungguhnya solat itu jugak adalah datangnya daripada perbuatan anggota yang batin. Manakah anggota yang batin? Inilah yang dikatakan ilmu makrifat. Manakah yang dikatakan puasa di bulan Ramadhan? Adapun menahan lapar dan dahaga itu, adalah puasa yang paling ringan, puasa yang paling rendah, puasa yang paling bawah. Manakah puasa yang paling afdal? Inilah ilmu makrifat. Sebegitu juga syahadah. Kita hanya bersyahadah dengan mulut, bersaksi dengan mulut. Apakah mulut itu boleh di pakai? Inilah ilmu makrifat, bersyahadah dengan HATI NURANI. Tetapi dimanakah hati Nurani? Inilah yang di perjuangkan oleh ilmu makrifat. Begitu juga air wuduk/ air sembahyang. Air wuduk itu, air yang suci zahir dan batin.
Semua orang tahu, ahli-ahli ulamak pun tahu, bahawasanya wuduk itu menyucikan anggota zahir dan batin. Tetapi ternyata, usahkan anggota batin, anggota zahirpun belum habis. Inilah ilmu makrifat.!! Menyuci, berwuduk untuk menyuci zahir dan batin. Bagaimanakah cara untuk menyuci sampai ke batin, sedangkan berwuduk ternyata, anggota zahir pun belum putus belum habis belum sempurna dan belum rata.
Apakah kita dengar orang yang menuduh sesat, yang menuduh salah itu, pernah mengajar untuk ingat kepada Allah? Bagaimanakah caranya untuk ingat kepada Allah? Ingat kepada Allah itu bukan hanya sekadar menyebut perkataan ALLAH. Sekalipun kita menyebut perkataan ALLAH, belum tentu kita ingat kepada Allah. Itu hanya sekadar sebut, radio pun boleh sebut, kanak-kanak pun boleh lafas. Bagaimanakah cara untuk ingat kepada Allah? Sedangkan Allah belum kita kenali. Apakah tuan-tuan ingat kepada sahabat yang belum tuan-tuan kenal? Apakah tuan-tuan boleh ingat kepada sahabat yang belum pernah tuan kenal? Apa lagi Allah SWT. Inilah yang di perjuangkan oleh guru-guru makrifat.
TASBIH - apakah Allah itu perlu bilangan? Perlu kepada jumlah?
Orang yang menuduh sesat, menuduh salah, pernahkah mereka mengajar bagaimanakah caranya untuk ingat kepada Allah? Melainkan dengan hanya menyebut, membilang. Menyebut dengan mulut, membilang dengan buah tasbih, apakah Allah itu perlu bilangan? Perlu kepada jumlah? Apakah dengan sebut perkataan ALLAH itu baru Allah menjadi Allah? Apakah dengan menyebut Allah Hu Akbar itu, baru menjadikan Allah itu besar? Manakah yang dikatakan zikir? Zikir itu bahasa Arab, bahasa Melayu kata INGAT. Bagaimanakah cara untuk ingat kepada Allah? Inilah yang diperjuangkan oleh guru-guru makrifat, tetapi di tuduh sesat. Jikalau sesat, mana yang benar, mana yang betul, mana yang sahih? Allah itu tidak berAin, Allah tidak berjirim, Allah tidak berjisim, Allah tidak berhuruf, tidak bersuara. Allah itu LA HURUFIN WALA SYAUTIN, Allah itu LAISA KAMISLIHI SYAIUN.Bersalahan daripada yang baharu. Bagaimana hendak kita ingatkan Allah, kerana Allah itu tidak bersifat. Yang boleh di ingat makhluk adalah perkara yang bersifat. Bersifat bulat, bersifat panjang, bersifat putih, baru boleh di ingat. Tetapi bagai mana hendak ingat kepada Allah yang idak bersifat? Inilah yang di ajar oleh guru-guru makrifat, di ajar oleh ilmu-ilmu makrifat. Apakah ini salah?
Mengajar yang betul pun salah, apa lagi kalau mengajar yang salah.! Benar jikalau salah/sesat, tapi perkhabarkanlah mana yang betul? Ceritakanlah kepada umum. Jangan lagi mengatakan ilmu makrifat itu tinggi, ilmu makrifat itu tak sesuai di ajar oleh kebanyakan masyarakat. Sampai bila ilmu makrifat ini nak di sembunyikan/ di sorok? Sampai kiamat? Buka lah mata hati masing-masing, benarkan saja orang yang mengatakan sesat.
Pejuang ilmu makrifat, usahlah gentar!
Tetapi cuba suruh orang yang mengatakan sesat itu mengajar makrifat yang betul. Mengajar cara mengenal Allah, mengajar cara mengenal diri, mengajar cara bersyahadah, mengajar cara sebenar-benar solat. Mana yang dikatakan solat? Muhammad Rasulullah semasa Israq Ma'raj, pergi kelangit berjumpa Allah SWT menerima perintah solat. Lalu Rasulullah turun kebumi, Rasulullah tak tahu bersolat. Lalu datang Jibrail mengajar. Bilakah Jibrail berjumpa Allah? Sedangkan solat itu hanya Muhammad Rasulullah sahaja yang dapat melewati langit ketujuh Sidratul Muttahar berjumpa Allah, tidak ada makhluk lain termasuk Jibrail sendiri.Kenapa Jibrail lebih tahu daripada Muhammad tentang solat? Itu makanya solat itu bukan sahaja perbuatan. Perbuatan itu adalah perkara yang di ajar oleh Jibrail. Manakah solat yang diterima oleh Muhammad Rasulullah semasa Israk Ma'raj di langit ketujuh. Manakah yang dikatakan solat? Sebenar-benar solat? Sebagaimana solat yang diterima oleh Muhammad Rasulullah , solat sebagaimana nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu. Solat dengan perbuatan solat itu berbeza. Inilah yang di perjuangkan oleh ilmu makrifat, tetapi dituduh sesat/salah.
Untuk itu, para-para pejuang ilmu makrifat, usahlah gentar. Jikalau kita buat baik pun tetap dikatakan salah, apa lagi kalau kita membuat yang salah. Jadi berbuat baik sahajalah. Jangan memikirkan tuduhan orang. Namanya orang, apa sahaja yang kita buat tetap akan dikatakan salah!! Berjuanglah.!! Berjuanglah..!! Demi menegak kan ilmu makrifat.
- Amin drp Tuan Guru Haji Shaari Mohd Yusoff. _____________________________________________________________
Sila ke https://makrifattokkenali.com/blog/ untuk artikel-artikel tentang ilmu makrikat agar anda menjadi lebih mudah memahaminya sekiranya masih mempunya pertanyaan atau persoalan. Tuan Guru juga ada menulis buku-buk atau Kitab tentang ilmu-ilmu Tok Kenali.
Sangat bermanfaat
BalasPadamSalam Tuan Guru Hj Shaari mohon maaf lah kalau saya nak cakap dan kritik sikit. Kenapa Tuan Guru Hj Shaari byk tidak menjawab soalan2 saya sebelum ini? Kalau Tuan Guru Hj Shaari seorang Tuan Guru yang mempunyai ilmu Makrifat yang tinggi, pasti boleh menjawab soalan2 saya yang mudah tu. Tuan Guru Hj Shaari bersama2 anak murid tidak langsung menjawab soalan2 saya. Kalau tak jawab macam mana saya nak tahu betul atau tidak nya ajaran Makrifat Tuan Guru Hj Shaari ni? Ustad Noor Derus ajak berdialog pun cabut lari kenapa? Malu lah seorang Tuan Guru ajaran Makrifat takut berdebat. Macam mana orang nak Percaya lagi. Mohon maaf Tuan Guru Hj Shaari.
BalasPadam