KENAPA ORANG KATA TAREKAT TU SESAT?

 


KENAPA ORANG KATA TAREKAT TU SESAT?
Sebab ramai yang menilai tarekat dari luar, tetapi tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku di dalam perjalanan itu.
Mereka nampak zikir, tapi tidak faham tujuan zikir.
Mereka dengar tentang bai‘ah, tapi tidak faham makna janji seorang hamba kepada Tuhannya.
Mereka melihat guru mursyid, tapi tidak faham peranan seorang pembimbing dalam perjalanan ruhani.
Hakikatnya, tarekat bukan agama baru.
Tarekat bukan ibadah baru.
Tarekat bukan jalan pintas ke syurga.
Tarekat adalah perjalanan menembusi hati untuk kembali mengenal Allah.
Kenapa hati?
Sebab di dalam hati itulah tersimpan rahsia terbesar seorang manusia...
Rahsia itu adalah RUH
CERITA DIA MACAM NI
Bayangkan ruh itu seperti seorang anak yang pernah kenal ayahnya sejak kecil.
Sebelum datang ke dunia, ruh berada dalam alam yang dekat dengan Allah. Di sana berlaku perjanjian yang disebut dalam al-Quran, surah Al-A'raf, ayat 172 :
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ ۖ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا
"Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Dia mengambil kesaksian terhadap diri mereka sendiri (seraya berfirman): 'Bukankah Aku Tuhan kamu?' Mereka menjawab: 'Bahkan (benar), kami menjadi saksi.'..."
Maksudnya, ruh sudah mengenal Allah dengan satu pengenalan yang sangat halus.
Kemudian ruh dihantar ke alam dunia.
Semasa masuk ke dalam jasad, ruh yang asalnya bercahaya mula diselaputi pelbagai lapisan:
jasad
nafsu
syahwat
cinta dunia
kelalaian
dosa
Macam lampu yang dibalut dengan kain berlapis-lapis.
Lampu masih menyala,
tapi cahaya dia tak nampak.
Macam tu juga ruh.
Ruh masih mengenal Allah, tetapi pengenalan itu tertutup oleh hijab-hijab diri.
Sebab itu dalam tasawuf, tujuan tarekat bukan mencari Allah di luar sana.
Tetapi membersihkan hati supaya hijab-hijab itu terbuka.
Bila hati bersih, cahaya ruh mula terserlah.
Bila cahaya ruh terserlah, seseorang mula merasai kehadiran Allah dalam hidupnya.
Sebab itu para masyaikh berkalam:
"Barangsiapa mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Tuhannya."
Bukan bermaksud ruh itu Tuhan.
Tapi bila seseorang mengenal hakikat diri dia yang paling dalam, dia akan sedar bahawa diri dia hanyalah hamba yang sentiasa bergantung kepada Allah.
Maka zikir dalam tarekat ibarat menggali telaga.
Kita gali lapisan demi lapisan:
Dari lidah
masuk ke hati
masuk ke rasa
masuk ke sirr
sehingga hijab-hijab diri semakin terbuka
Kita bukan mencipta air
Air itu sebenarnya dah ada
di bawah tanah.
Kita cuma menggali dan membuang
tanah yang menutup air tu.
Macam tu juga makrifat.
Makrifat bukan sesuatu yang baru dicipta.
Dia adalah kesedaran yang muncul bila hati yang tertutup kembali terbuka kepada Allah.
Sebab itu tarekat,
Bukan perjalanan kaki.
Bukan perjalanan dari satu tempat
ke satu tempat.
Tapi perjalanan menembusi lapisan-lapisan diri sehingga ruh yang pernah mengenal Allah itu kembali hidup, lalu memimpin hati untuk kembali kepada-Nya.
Ringkasnya:
Syariat mengajar kita bagaimana menyembah Allah.
Tarekat mengajar kita bagaimana berjalan menuju Allah.
Hakikat membuatkan kita melihat segala-galanya daripada Allah.
Dan makrifat adalah apabila hati benar-benar mengenal Allah dengan pengenalan yang hidup,
bukan sekadar tahu dengan akal.
Sebabtu dalam perjalanan ini, kita memerlukan seorang guru Mursyid yang dah berjaya tempuh perjalanan ini.
InsyaAllah, guru itulah yang akan pimpin kita menuju ke jalan yang sama...
Wallahu a‘lam... Semoga bermanfaat
Sumber dari Najdi Baqir
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan