EMPAT GOLONGAN MENUJU ALLAH SWT*

 


EMPAT GOLONGAN MENUJU ALLAH SWT*
Orang-orang yang menempuh perjalanan untuk pengabdian diri kepada Allah swt ini memiliki empat jenis;
1) GOLONGAN SALIK
Salik ini adalah orang-orang yang menempuh perjalanan untuk sampai kepada Allah swt, dengan memperbanyakkan ibadah-ibadah. Cuma ibadah yang dilakukan oleh golongan ini belum sampai ketahap untuk membuahkan hasil sehingga dapat membukakan hijab hatinya.
Tetapi ibadahnya sangat tekun, ibadah yang dilakukan hanyalah antara sifatnya sahaja, amatlah susah untuk sempurna khusyuknya. Ia terasa sangat berat atau beban didalam ibadahnya, tetapi dilakukan dengan bersungguh-sungguh, walaupun telah bermujahadah, tetap juga berat atau beban baginya.
Golongan ini ada keistimewaannya, orang yang bersungguh-sungguh tetapi tinggal lagi belum mencapai sesuatu yang dinamakan Inkisyaf (Terbuka hijab hatinya) dan mendapatkan Nur Hidayah Allah swt. Sehingga yang berat tadi dapat menjadi ringan.
Golongan ini belum sampai ketahap itu lagi, dan golongan ini dinamakan Golongan Salik. Pada dasarnya golongan ini banyak menumpukan perhatiannya kepada ibadah-ibadah zahir sahaja. Mereka masih didalam perjalanan.
2) GOLONGAN MAJZUB
Didalam istilah Tasawwuf, golongan ini disebutkan mendapat anugerah dari Allah swt yang berupa Nur Hidayah, tetapi dengan tidak banyak melakukan amalan-amalan. Hanya melakukan ibadah-ibadah asas yang fardhu sahaja.
Tetapi dipilih oleh Allah swt dan dikurniakan Nur Hidayah kedalam hatinya, sehinggakan terbuka hijab hatinya dan mendapatkan Ma'krifat yang dalam, dan mendapatkan juga kemesraan hati bersama Allah swt.
Golongan ini dinamakan Golongan Majzub, golongan ini adalah orang-orang yang mendapatkan anugerah dari Allah swt tetapi ia tidak tahu kaedah-kaedah beramal untuk mendapatkan hasilnya.
3) SALIK MAJZUB
Golongan Salik Majzub adalah orang-orang yang menempuh perjalanan amal yang bersungguh-sungguh, amalan-amalan yang khusus.
Dilakukannya secara bersungguh-sungguh, secara terarah juga dipandu dan ditunjuk ajar oleh guru-gurunya. Orang ini berlatih, beramal dan beribadah sehinggakan sampai disatu tahap dia dikurniakan Allah swt iaitu Jazbah.
Sebelumnya itu dia beramal dengan penuh keberatan, kurang khusyuk. Tiba-tiba dengan kurnia Allah swt setelah istiqomah amal-amalnya sebelum itu, dia dibukakan hijab oleh Allah swt dan mendapatkan Nur Hidayah, lalu dibuka pula pintu Ma'krifat dan diberikan kemesraan hati dengan Allah swt. Ibadahnya menjadi ringan maka golongan ini dinamakan Salik yang Majzub.
4) MAZJUB SALIK
Golongan Mazjub Salik adalah orang-orang yang telah dikurniakan oleh Allah swt Jazbah, Allah swt telah membukakan pintu hatinya, pintu hijabnya sehingga dia mendapatkan Ma'krifat dan mendapat keasyikan hati dengan Allah swt. Dia kasih kepada Allah swt dan hatinya hanya cenderung kepada Allah swt sahaja.
Lalu dia mempelajari cara untuk beramal, sebagaimana ia boleh sampai kepada Natijahnya. Golongan ini dinamankan Majzub yang Salik.
Perumpamaan;
a) SALIK
Seumpama orang yang berniaga, dia sangat rajin berniaga. Tetapi tidak ditakdirkan Allah swt untuk mendapatkan untung yang banyak, kadang-kadang perniagaannya rugi dan kadang-kadang perniagaannya hanya pulang modal sahaja.
b) MAJZUB
Seumpama orang yang mendapat harta yang banyak, sama ada harta pusaka atau harta karun. Tetapi orang ini tidak pandai berniaga. Dia hanya kaya sahaja tetapi tidak tahu cara bagaimana untuk berniaga.
c) SALIK MAJZUB
Seumpama orang berniaga yang perniagaannya sering jatuh dan naik, jatuh dan naik. Tetapi dia tetap bersungguh-sungguh berniaga, apabila tiba suatu masa perniagaannya ditakdirkan Allah naik, dia mendapatkan hasil yang berlipat-lipat ganda.
d) MAJZUB SALIK
Seumpama orang yang mendapat harta yang banyak, sama ada harta pusaka atau harta karun. Setelah mendapatkan harta itu dia mula berlajar, bagaimana cara untuk berniaga dan menjadi kaya.
Kesimpulannya;
Golongan Salik semata-mata, Golongan Majzub semata-mata amatlah tidak sesuai untuk menjadi seorang Guru atau mendidik orang lain.
Kerana Salik sahaja ia tidak dapat hasil lagi, dia hanya tahu berniaga sahaja. Manakala Majzub pula dia hanya tahu kaya sahaja, sedangkan dia tidak tahu cara untuk berniaga, dia hanya dikurniakan oleh Allah swt hanya untuk dirinya sahaja, jika dia mengajar orang lain pasti orang itu akan bengkrup atau tunggang langgang kerana dia tidak memiliki pengalaman berniaga.
Ada pula Golongan Salik Majzub dan Golongan Majzub Salik, adalah orang yang sudah menempuh dua pengalaman atau pejalanan iaitu payah menanggung keperitan dan berhasil mendapat keberuntungan. Dua golongan ini sangat sesuai untuk menjadi seorang Guru untuk mendidik dan mengajar kepada orang-orang yang mahu mendekatkan diri kepada Allah swt.
Apa itu JAZBAH ???
Ia adalah kurnia Allah swt, kurnia Allah kepada seseorang yang dengannya terbuka hijab mata hatinya, seperti;
a) Yang malas menjadi rajin
b) Yang tidak khusyuk menjadi khusyuk
c) Yang tidak faham menjadi faham
d) Yang tidak berkeyakinan menjadi teguh keyakinannya
Dengan disebabkan "NUR" inilah yang disebutkan didalam Al-Quran;
"Maka sesiapa yang Allah Ta'ala lapangkan dadanya untuk terima islam, maka Al-Quran menjelaskan ini dengan ungkapannya; orang ini berada diatas cahaya dari Tuhannya."
Nabi saw mengatakan menghuraikan ayat ini;
"Nur ini bila menembusi sampai kedalam hati manusia, akan terbuanglah segala kotor-kotoran didalamnya."
#Sumber dari Syeh Haqtullah
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan