KESUCIAN CINTA SUFI
"Senantiasalah BERBUAT BAIK, kerana kamu akan selalu berada didalam Hal Keadaan yang TERBAIK disepanjang kamu BERNIAT BAIK... "
HAKIKAT CINTA itu adalah sepertimananya MATAHARI...
Seseorang Insan tanpanya HAKIKAT CINTA itu akan memiliki HATI yang sepertimananya BATU.
Maka, apakah hubungannya HATI dengan BATU ?
Ianya sepertimana MATAHARI yang Menghangatkan Bumi dan Menerangi Seluruh Kegelapan.
Maka, begitu jugalah dengan HAKIKAT CINTA YANG SUCI DAN TERPUJI.
Kerana ianya itu akan memberikanmu sebuah Pengalaman Kehidupan, Menghangatkan Darahmu dan juga membuatmu Bermurah Hati.
Apakah adanya sebiji buah pun yang tidak akan pernah mendapatkan SINARAN MATAHARI ?
Pada Hakikatnya, kesemuanya itu akan Mati sekiranya tidak pernah mendapatkannya.
Maka, tidak akan pernah adanya Makhluk seperti itu yang tidak akan mendapatkan HAKIKAT CINTA.
Jikalau tidak, mereka kesemuanya juga akan turut Mati.
Kerana, Hal Keadaan yang terpaling Berharga sekali didalam kehidupan di Duniawi ini adalah HAKIKAT KESUCIAN CINTA.
Kemudiannya,
Yang terpaling berat sekali itu adalah TUGAS yang seseorang Insan itu melakukan dengan bersama-samanya.
HATI yang tanpanya HAKIKAT CINTA dan KASIH SAYANG itu adalah HATI yang terbuat daripada BATU.
Mereka-mereka ini tidak akan pernah sesekali memberikan apa-apapun Manfaat, Tauladan, Pedoman, Peringatan dan Kesedaran.
Melainkan hanyalah senantiasa akan memberikan segala Kekacauan, Keresahan dan Kesusahan didalam kehidupan di Duniawi ini semata-mata.
Oleh sebab itulah,
Seseorang Insan itu tersangat-sangatlah memerlukan kepada HAKIKAT CINTA YANG SUCI DAN TERPUJI.
Agar Insan itu akan tetap senantiasa bersama-sama dengan KESUCIAN CINTA.
Kerana pada akhirnya, Insan itu akan menjadi salah satu Insan yang TERSAYANGI dan yang paling TERKASIHI.
Sang Pemilik HAKIKAT CINTA SUCI DAN TERPUJI itu pula tidak lain hanyalah semata-mata ALLAH SWT !
TUHAN SEMESTA ALAM...
Sang Pemilik MAHA CINTA, MAHA KASIH SAYANG, MAHA RAHMAT, MAHA REDHA dan segala-galanya.
Sehinggakan,
Kemana-mana sahaja pun Insan itu Memandang, maka Insan itu akan Melihat bersama-sama dengan NIAT BAIK daripada ALLAH SWT semata-mata.
Sebabnya,
Hanyalah Insan-Insan yang memandang dengan REDHA dan RAHMAT ALLAH SWT sahajalah yang akan boleh memberikan segala Kedamaian, Ketenangan dan Kebahagiaan pada kehidupan di Duniawi ini.
Sehinggakan dapat ia mencapai Keselamatan dan Kesejahteraan Menuju ke Kampung Halamannya (Negeri Akhirat) yang Kekal Abadi..
Imam Ibnu Qayyim pula pernah menegaskan bahawa :
“Hati adalah Raja yang menggerakkan seluruh anggota badan. Hati Bersemayam didada, dilindungi dan dilayani oleh seluruh anggota badan lain. Hati adalah anggota badan manusia yang paling Mulia. Dengan Hati, tiang kehidupan kukuh berdiri.”
Dari An Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Ingatlah bahawa didalam Jasad itu ada Segumpal Daging. Jika ia Baik, maka Baik pula seluruh Jasad. Jika ia Buruk, maka Buruk pula seluruh Jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah Hati”
(HR. Bukhari dan Muslim)
0 comments:
Catat Ulasan