KEROHANIAN ISLAM DAN AHLI SUFI

 

KEROHANIAN ISLAM DAN AHLI SUFI
"SUFI" itu adalah perkataan Arab, iaitu "SAFA".
Yang berertinya : "KESUCIAN".
ALAM BATIN (HATI dan JIWA) SUFI, DIPERSUCIKAN sehinggalah ianya SUCI SESUCINYA BAITULLAH.
Setelah ianya menjadi SUCI dan DITERANGI pula oleh CAHAYA MA'RIFAT, PENYATUAN dan KEESAAN.
Istilah SUFI juga dikaitkannya dengan bidang KEROHANIAN yang senantiasa BERHUBUNG dengan Sahabat-Sahabat Rasulullah SAW yang dikenali sebagai :
‘'Puak yang memakai baju bulu atau Jambang Putih atau Orang Tua Bijak...'’
Pakaian bulu yang kasar itu pada Hakikatnya adalah menggambarkan keadaan mereka yang serba Fakir Miskin lagi hina.
Kehidupan Duniawi didalam kesempatan pula, mereka tersangat-sangatlah berjimat cermat dan berhati-hati didalam segala Hal makanan, minuman dan lain-lainnya.
Didalam Kitab ‘Al-Majm’ ada dikatakan bahawa :
“Apa yang terjadi kepada Ahli Suluk yang Suci ialah, pakaian dan kehidupan mereka yang sangat-sangat sederhana dan hina...”
Walaupun mereka itu kelihatannya tidak menarik secara Keduniawian. Akan tetapi,
"HIKMAH KEBIJAKSANAAN" (MA'RIFAT) ternyata pada sifat mereka yang suka merendah diri, pemurah, lembut hati, pendiam, menyendiri, halus sikapnya dan sebagainya.
Yang akan menjadikan mereka itu menarik kepada sesiapa sahaja yang mengenali mereka dengan secara terperinci.
Mereka menjadi contoh kepada Alam Manusia, kerana mereka hanyalah Berpandukan kepada "ILMU ALLAH SWT" semata-mata.
Pada Pandangan Allah SWT, mereka telahpun berada pada "MARTABAT PERTAMA KEINSANAN".
Didalam pandangan mereka-mereka yang MENCARI (MENGENAL) ALLAH SWT,
Pada Hakikatnya, Kaum SUFI ini kelihatannya Cantik dan Indah belaka. Walaupun pada zahirnya kelihatan buruk dan hina.
Mereka mesti Dikenali dan berupaya Mengenali, dan mereka pasti dengan cara itu, iaitu SATU dan SEMUA.
Kerana mereka kesemuanya telahpun berada pada "MAQAM KEESAAN" dan mestilah Nyata sebagai "SATU".
Didalam bahasa Arab, perkataan TASAWWUF (KEROHANIAN ISLAM) itu pula terdiri daripada empat huruf, iaitu :
‘TA’, ‘SIN’, ‘WAU’ dan ‘FA’ (T-S-W-F).
* Huruf pertama 'T' yang bermaksudnya TAUBAT.
Ini adalah langkah-langkah pertama yang perlu diambil pada Jalan ini. Ianya adalah seolah-olahnya dua langkah, iaitu :
Satu Zahir dan Satu Batin.
1) TAUBAT ZAHIR didalam Perkataan, Perbuatan dan Perasaan.
Menjaga kehidupannya agar bebas daripada segala Dosa dan Kesalahan, dan cenderung pula untuk berbuat segala Kebaikan dan Ketaatan.
Dengan meninggalkan segala Keingkaran, Kemungkaran dan Penentangan. Lalu mencari segala Ketaatan, Kesejahteraan dan Kedamaian.
2) TAUBAT BATIN pula dilakukannya dengan Hati.
Penyucian Hati daripada segala Hawa Nafsu Duniawi Tipu Daya yang huru-hara dan menghancurkan.
Dan Hati pula akan senantiasa tetap Berazam untuk mencapai "ALAM KETUHANAN".
HAKIKAT TAUBAT...
Iaitu, Mengawasi segala Kesalahan-Kesalahan dan terus menerus meninggalkannya.
"MENYEDARI AKAN KEBENARAN DAN BERJUANG PULA KEARAHNYA..."
Itu akan membawa seseorang kepada langkah yang kedua.
Langkah kedua ialah keadaan Aman dan Sejahtera (Kesucian).
* Huruf ‘S’ adalah simbolnya.
Didalam peringkat ini juga, adanya dua langkah yang perlu ianya diambil.
Pertama ialah, kearah Kesucian didalam Hati.
Yang kedua pula adalah kearah Qalbu.
Hati yang Tenang itu akan datang daripada Hati yang bebas daripada segala kesusahan dan keresahan yang disebabkan oleh masalah-masalah semua Kebendaan Duniawi.
Iaitu masalah makan, minum, tidur, harta, pujian, pangkat, gelaran, pengaruh, perkataan dan perbuatan yang sia-sia, yang Melalaikan, yang Menyesatkan dan sebagainya.
Duniawi ini seumpamanya Tenaga Tarikan Bumi, dimana ianya akan menarik Hati terus menerus kebawah.
Dan untuk Membebaskan Hati daripada segala masalah-masalah tersebut, ianya akan menyebabkan berlakunya tekanan yang hebat kepada Hati.
Disana adanya pula segala ikatan-ikatan Hawa Nafsu dan Kehendak, Pemilikan, Kasihkan Harta Benda, Pangkat, Gelaran, Pengaruh, Keluarga dan Anak-Anak.
Dimana, perkara-perkara yang sebegitu akan mengikat Hati kepada bumi dan menghalangnya untuk terbang lebih tinggi.
Cara Membebaskan Hati, bagi Menyucikannya pula adalah dengan "MENGINGATI ALLAH".
Pada permulaannya, INGAT ini akan berlaku secara luaran sahaja, iaitu dengan mengulangi Nama-Nama Tuhan, menyebutkannya kuat-kuat sehinggalah kamu dan orang-orang lain boleh mendengarkannya.
Apabila INGAT Kepada-Nya ini sudahpun berterusan (Menjadi darah daging), maka INGATAN tersebut akan masuk kedalam Hati dan ianya pula akan berlaku didalam keadaan Senyap dan Sunyi.
Allah SWT berfirman :
“Sesungguhnya orang Mukmin itu ialah mereka yang apabila disebut (Nama) Allah, takutlah Hati-Hati mereka, dan apabila dibacakan Ayat-Ayat Allah menambahkan lagi Keimanan mereka, dan kepada Tuhan merekalah mereka kembali”.
(QS. Al-Anfal : 2)
"TAKUTKAN ALLAH..."
Didalam Ayat tersebut bermaksudnya TAKUT dan HARAP, HORMAT dan KASIHKAN ALLAH SWT semata-mata.
Dengan INGATAN dan UCAPAN akan Nama-Nama Allah SWT, maka Hati akan Menjaga daripada Ketiduran dan Kelalaian. Lalu ianya akan menjadi Suci Bersih dan Bersinar-Sinar.
Kemudiannya, Bentuk dan Rupa daripada Alam Ghaib akan Menyata didalam Hati.
Nabi SAW bersabda :
“Ahli Ilmu Zahir mendatangi dan menerkam sesuatu dengan Akal Fikirannya sementara Ahli Ilmu Batin sibuk Membersihkan dan Menggilap Hati mereka...”
Kesejahteraan pada RAHSIA QALBU bagi Hati akan diperolehi dengan Membersihkan Hati daripada segala sesuatu, dan menyediakan untuk menerima DZAT ALLAH SWT semata-mata yang memenuhi ruang Hati.
Apabila Hati sudahpun Diperindahkan dengan KECINTAAN kepada Allah SWT.
Alat Pembersihannya itu ialah dengan berterusan MENGINGATI dan MENYEBUT didalam Hati.
Dengan LIDAH RAHASIA akan KALIMAH TAUHID :
“LAA ILAHA ILLALLAH...”
Apabila Hati dan Qalbu berada didalam Hal Keadaan Tenang dan Damai, maka pada peringkat kedua yang disimbolkan sebagai huruf ‘S’ pun akan selesai.
* Huruf ketiga ‘W’ yang bermaksudnya WILAYAH, SUASANA KESUCIAN dan KEASLIAN.
Bagi Para PENCINTA ALLAH SWT dan Rasul-Nya serta Para Sahabat-Sahabatnya.
Hal Keadaan ini akan bergantung kepada "KESUCIAN BATIN" seseorang.
Allah SWT menggambarkan Wali-Wali-Nya dengan Firman-Nya :
“Ketahuilah, sesungguhnya Wali-Wali Allah tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita. Bagi merekalah kegembiraan di penghidupan dunia dan akhirat”.
(QS. Yunus : 62 - 64)
Seseorang yang telahpun berada didalam KESUCIAN, maka ia akan MENYEDARI dengan sepenuhnya akan Perihal Allah SWT, Mencintai-Nya dan senantiasa Berhubungan Dengan-Nya.
Hasilnya, ia akan Diperelokkan atau Disempurnakan dengan peribadi, Akhlak dan perangai yang paling Terbaik dan yang Terpuji sekali.
Ini adalah merupakan "HADIAH SUCI" yang Dianugerahkan oleh Allah SWT kepada mereka.
Nabi SAW bersabda :
“Perhatikanlah Akhlak yang Mulia dan berbuatlah sesuai dengannya...”
Didalam peringkat ini, seseorang yang didalam KESEDARAN tersebut akan meninggalkan segala sifat-sifat Keduniawian Tipu Daya yang sementara ini.
Maka akan kelihatanlah ia DILIPUTI oleh Sifat-Sifat Allah SWT yang BENAR lagi SUCI.
Didalam Hadis Qudsi, Allah SWT berfirman :
“Bila Aku Kasihkan Hamba-Ku, Aku menjadi Pendengarannya, Penglihatannya, Percakapannya, Pemegangnya dan Perjalanannya”.
Maka keluarkanlah segala-galanya daripada Hati kamu, dan biarkanlah Allah SWT sahaja yang berada di Hati kamu.
“Dan katakanlah telah datang Kebenaran dan telah lenyap Kepalsuan kerana sesungguhnya Kepalsuan itu akan lenyap”.
(QS. Al-Israa' : 81)
Apabila KEBENARAN telahpun datang, dan KEPALSUAN telahpun lenyap. Maka selesailah peringkat WILAYAH ini.
* Huruf keempat ‘F’ pula bermaknanya FANA.
Iaitu :
"LENYAP DIRI SENDIRI KEDALAM KETIADAAN..."
Diri yang Palsu akan Hancur Lebur dan hilang apabila segala Sifat-Sifat yang SUCI telahpun memasuki seseorang Insan Pilihan-Nya.
Dan apabila Sifat-Sifat serta Keperibadian yang banyak menghalangi tempatnya, maka ia akan diganti pula oleh SATU sahaja.
Iaitu, SIFAT KE-ESA-AN.
Didalam Kenyataan HAKIKAT pula akan senantiasa HADIR.
Ianya tidak akan sesekali hilang dan tidak juga akan pernah berkurangan.
Apa yang berlaku adalah, orang yang BERIMAN (INSAN KAMIL) akan MENYEDARI dan menjadi "SATU" dengan yang Menciptakannya.
Didalam suasana berada Dengan-Nya, orang yang BERIMAN (INSAN KAMIL) akan memperolehi segala Kurniaan-Nya.
Manusia yang sementara menemui KEWUJUDAN yang sebenar-benarnya dengan "MENYEDARI RAHASIA ABADI..."
“Semua akan binasa kecuali Wajah-Nya”.
(QS. Al-Qasas : 88)
Cara untuk MENYEDARI HAKIKAT ini ialah dengan melalui Anugerah-Nya, dan dengan Kehendak-Nya semata-mata.
Apabila kamu berbuat segala Kebaikan semata-mata Kerana-Nya dan bersesuaian dengan Kehendak-Nya.
Maka pada Hakikatnya, kamu akan menjadi hampir dengan Hakikat-Nya dan juga Dzat-Nya.
Kemudian, kesemuanya akan Lenyap kecuali MAHA ESA yang Meredhai dan yang DIA Redhai (BERSATU).
Perbuatan-Perbuatan yang Baik itu adalah Ibu Yang Melahirkan Bayi KEBENARAN (Kehidupan didalam Kesedaran bagi Insan yang sebenar-benarnya).
“Perkataan yang Baik dan perbuatan yang Baik naik kepada Allah”.
(QS. Fatir : 10)
Jikalau seseorang itu berbuat sesuatu dan jika kewujudannya bukanlah untuk Allah SWT semata-mata, maka dia pada Hakikatnya telahpun Mengadakan SEKUTU bagi Allah SWT.
Dia telahpun meletakkan yang lain pada tempat Allah SWT, maka itu adalah Dosa yang tidak akan pernah sesekali Diampunkan oleh Allah SWT.
Keadaan seperti itu akan memusnahkannya kelak, lambat atau cepat sahaja.
Tetapi, apabila diri dan kepentingan diri "FANA" seseorang itu mencapai Peringkat "BERSATU" dengan Allah SWT.
Maka Allah SWT telahpun menggambarkan MAQAM tersebut :
“Sesungguhnya orang-orang yang Berbakti (adalah) dalam kebun-kebun dan (dekat) sungai-sungai. Di tempat duduk Kebenaran, di sisi Raja Agung yang sangat Berkuasa”.
(QS. Al-Qamar : 54-55)
Tempat itu ialah tempat bagi HAKIKAT yang penting !
HAKIKAT kepada HAKIKAT-HAKIKAT.
Tempat PENYATUAN dan KE-ESA-AN...
Ia adalah Tempat yang disediakan untuk Para Nabi-Nabi, Rasul-Rasul, Sahabat-Sahabat, Wali-Wali dan untuk Insan-Insan yang Dikasihi dan Dirahmati oleh Allah SWT.
Sesungguhnya Allah SWT Beserta dengan Insan-Insan yang BENAR !
Apabila "KEWUJUDAN BERSATU" dengan "WUJUD YANG ABADI", maka ia tidak boleh lagi dipandang sebagai Kewujudan yang terpisah.
Apabila kesemua ikatan Keduniawian telahpun ditanggalkan dan seseorang itu didalam suasana "KESATUAN" dengan Allah SWT. Iaitu :
Dengan KEBENARAN (HAKIKAT) ILAHI, dia menerima KESUCIAN YANG ABADI, tidak sesekali akan tercemar lagi.
Maka Insan itu akan masuk kedalam golongan :
“Mereka itu Ahli Syurga yang Kekal di dalamnya”.
(QS. Al-A’raf : 42)
Mereka itu adalah :
“Orang-orang yang Beriman dan Beramal Soleh”.
(QS. Al-A’raf : 42)
Bagaimanapun :
“Kami tidak memberatkan satu diri melainkan sekadar Kuasanya”.
(QS. Al-A’raf : 42)
Tetapi seseorang itu memerlukan Kesabaran yang sangat-sangatlah kuat :
“Dan Allah Beserta orang yang Sabar”. (QS. Al-Anfal : 66)

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan