TELANJANGINYA AGAR SAMPAI
'TAUHID' itu adalah 'ILMU' yang Menelanjangi 'CINTA TUHAN' !
Maka untuk mendapatkan CINTA yang Telanjang itu, kamu haruslah Telanjangi juga dirimu sendiri.
Kerana yang Telanjang sahaja yang hanya boleh bertemu dengan yang Telanjang...
Ooohhh... Sungguh Nikmatnya yang dinamakannya Telanjang-Telanjang itu !
Persetubuhan diantara dua anak Adam itu juga adalah yang menggambarkan 'Peristiwa' ataupun 'Keadaan' 'MA'RIFATULLAH' itu juga.
Maksudnya, jikalau kamu mahu merasakan 'CINTA TUHAN',
Maka kamu pun harus Telanjang juga, agar 'KESATUAN' dan 'KEESAAN' itu terasa dahsyatnya yang memabukkan.
Haha... Aku gila...
Maksudnya Telanjang itu ialah;
"Datanglah kamu Kepada-NYA dengan 'KOSONG' !..."
Tanpa Ilmu,
Tanpa prasangka,
Tanpa pemikiran atau tanpa pendapat,
Tanpa pertanyaan atau soalan,
Tanpa kitab atau dalil,
Tanpa apapun jua termasuklah dirimu sendiri.
Tinggalkanlah dirimu sendiri sahaja...
Allah SWT Berfirman didalam Hadis Qudsi yang bermaksud;
"Jika Engkau datang Kepada-KU dengan Amal, maka Engkau akan KU timbangi akan Amalan baik dan buruk itu.
Jika Engkau datang Kepada-KU dengan Ilmu, maka Engkau akan KU pertanggungjawabkan atas Ilmu yang Engkau miliki itu.
Jika Engkau datang Kepada-KU dengan MA'RIFAT, maka Engkau akan KU hujahi sebatas mana Engkau Mengenal AKU.
Jika Engkau datang Kepada-KU Dengan-KU, maka itu Urusan-KU."
Bagaimanakah caranya itu ?
Iaitu dengan MEYAKINI bahawa yang 'MELIPUTI SEKELIAN ALAM' ini.
Inilah DIA !
Disinilah akan Matinya 'KEAKUAN' diri kamu itu, tiada lagi sebesar Zarrah pun yang terbit daripada diri kamu. Semuanya hanyalah Terbit daripada Allah SWT semata-mata.
Ketakutan dan keraguan itu hanyalah Menghalangi dan Menghijab dirimu daripada;
KEMERDEKAAN DIRIMU SENDIRI !
Itu adalah tandanya belum genap IMANMU, maka tidak ada yang boleh kamu ubah didalam kehidupan ini.
Perubahan yang kamu anggap ada itu adalah, hanyalah perubahan sangkaanmu semata-mata sahaja !
Putih sudah untukmu, maka kamu takkan pernah sesekali mendapatkan yang hitam lagi.
Fahamkan baik-baik Hakikatnya ini...
Maka kini TUGASMU adalah hanya "BERSAKSI SEMATA-MATA",
Itu pun 'SAKSI' dengan Pandangan-KU jua, kerana;
"Tiada TUHAN Selain AKU..."
Itulah SYAHADAT YANG TIADA PUTUSNYA !
Janganlah bertanya-tanya lagi, kerana pertanyaan itu adalah tandanya kamu belum YAKIN !
BERIMANLAH kamu !
Maka tidak ada yang boleh membuatmu Bahagia dan Tenang selain AKU !
Cukuplah AKU 'KEKASIHMU'.
Engkau itulah 'KENYATAAN AKU'.
Engkau itu hanyalah tempat 'MENYATAKAN KEBERADAAN-KU'.
Maka AKULAH yang bersandiwara dengan DIRI-KU SENDIRI...
CINTA-KU itu tiadalah bunyi dan tiadalah umpama apa-apapun yang dapat menggambarkannya.
Hanya ia menjadi 'RAHASIA' diantara AKU dan KEKASIH-KU.
Maka kini barulah Engkau mengetahui bahawa kenapa dikatakan 'PUNCAK ILMU' itu adalah DIAM atau BERSEMBUNYI !
Itulah batasmu !
FAHAMKANLAH...
[ Sumner dari FB ]
0 comments:
Catat Ulasan