Nazam Syair Wudhu
Bermula suci mengangkat hadas
Menyuci Hati Jiwa Yang Keras
Bersih sentiasa Janganlah malas
Agar Ibadah Tujuannya Jelas ..
Fardhu Wudhu enam semuanya
Niat berwudu awal mulanya
Jatuh ia pada membasuh muka
Agar Terang menghadap yang mulia..
Fardhu Ketiga Setelah yang lalu
Membasuh tangan hingga ke siku
Kiri dan kanan sekaliannya fardhu
Ditinggal ia batallah wudhu..
Fardhu keempat menyapu kepala
Sekurang kepala Tiga helai sahaja
Memadai ia membasah sahaja
Menyapu sekaliannya Lebih utama..
Fardhu kelima membasuh kaki
Dari kaki kebuku lali
Jika tiada ia berkaki
Memadai ia membasuh yang berbaki..
Setelah selesai basuhan yang wajib
Fardhu seterusnya mengikut tertib
Ini kefardhuan sekalian yang wajib
Semoga beroleh kebaikan Hakiki
[ Sumber dari Amersarawak ]
0 comments:
Catat Ulasan