JAGA LISAN KITA



BERHATI-HATILAH JAGA LISAN KITA INI BAIK-BAIK JANGAN BERKATA SESUATU YANG KITA SENDIRI TAK TAHU TAHU KEBENARANNYA DAN JAGALAH TANGAN KITA INI DARIPADA MUDAH NAK MENAIP NAK KOMEN SESUATU PERMASALAHAN SEHINGGA SAMPAI BERANI MEMFITNAH,MEMPERLI,MENCACI,
MENGHINA PARA ULAMA
MEMPERSOALKAN MENGENAI NASAB KETURUNAN SESEORANG,MENGATAKAN ORANG ITU SESAT APATAH LAGI KITA YANG KITA PERSOALKAN ITU ADALAH KESOHIHAN NASAB PARA HABAIB KETURUNAN BAGINDA RASULULLAH ï·º YANG MULIA
KALAU KITA ADA MASALAH MENGENAI HUKUM HAKAM DAN MASALAH-MASALAH YANG KITA TIDAK PUAS HATI MAKA KITA JUMPA DENGAN ORANG-ORANG BERKENAAN KITA TANYA HAKIKAT YANG SEBENARNYA APA PENCERAHAN MEREKA BETUL KE TIDAK
JANGANLAH KITA PERCAYA BULAT-BULAT DENGAN APA YANG KITA BACA APA YANG KITA DENGAR DAN DAPAT DI MEDIA SOSIAL SEBAB BELUM TENTU SEMUANYA ITU 100% ADALAH BENAR TAKUT-TAKUT DISEBABKAN KEJAHILAN DIRI KITA INI KERANA TIDAK DIDASARI DENGAN ILMU MAKA AKHIRNYA DIRI KITA MUDAH DITIPU ORANG TURUT MENDAPAT SAHAM DOSA TANPA DISEDARI
Dengan memikirkan kematian dengan memikirkan masa depan, dosa-dosa kita dengan memikirkan akhirat dengan memikirkan kesudahan kira-kira dengan kesudahan yang seperti apa yang akan menyudahi diri kita masing-masing. Itu mampu untuk menyibukkan diri untuk kita tidak komen tentang fulan tentang fulan tentang siapa tentang siapa. Apa lagi kalau waktu itu kita tidak mengenal secara pasti apa lagi kalau pada waktu kita dapatkan informasi yang tidak betul atau juga dengan penyelidikan dan kajian yang salah tentang hakikat daripada diri seseorang.
Ini antara perkara yang banyak menghabiskan waktu kita, fikiran kita yang sehingga banyak masa kita dari masa ke semasa yang pada saat kita diberikan peluang untuk berucap diberikan peluang untuk ceramah diberikan peluang untuk menyampaikan sesuatu dan untuk menulis sesuatu. Ternyata dengan isinya tidak lebih daripada memesongkan tidak lebih daripada memperli tidak lebih daripada mencerca dan mencaci maki bahkan sampai tahap sesat menyesatkan.
Maka kita tanyakan kepada diri kita masing-masing dan saudara-saudara kita yang sibuk menghabiskan waktu hanya untuk menyesatkan orang. Apa memang kita diperintahkan seperti itu? Apakah memang kita mempunyai keluasan waktu sehingga memang kita mempunyai waktu untuk berbuat demikian? Apakah memang kita diciptakan Allah untuk menjadi manusia seperti itu? Kerja-kerja kita tidak lebih daripada memerli orang tidak lebih mengutuk Para Ulama Salafussoleh Ulama-Ulama kita terdahulu.
Ternyata perbicaraan tentang perangai dan perilaku yang seperti itu di kalangan mereka dan sasaran yang ditujukan itu ternyata tidak ada seorang pun yang terelak yang selamat. Baik itu daripada kalangan Para Ulama Mujahid, Ulama Tasawwuf, Ulama Fiqih, Ulama Hadith ataupun juga di kalangan Para Habiab keturunan Sayyiduna Rasulullah ï·º.
Memang untuk kita menyejukkan hati dan perasaan kita katakan siapalah kita.Kalau dengan Para Nabi-Nabi dan Rasul saja dicerca dan dicaci maki oleh mereka ataupun juga oleh kaum-kaum mereka. Tak akan kita boleh bebas dan terelak daripada celaan daripada orang-orang yang tidak berkenan dengan kita.
Akan tetapi, kita ingin merenung sejenak. Apakah tujuan yang semacam itu Allah menciptakan kalian hanya semata-mata untuk menyalahkan ini tidak ngerti, ini tidak faham, ini bidaah, ini sesat, ini membawa ajaran sesat ataupun ucapan-ucapan yang seumpamanya.
Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Hafidzohullah mengingatkan dan memberikan penjelasan kepada para jemaah yang hadir mengenai pihak-pihak yang di luar sana yang ada mempersoalkan mengenai nasab keturunan Para Habaib dan cara dakwah mereka yang dikatakan songsang dan sesat.
Kata Tuan Guru Syeikh Nuruddin di antara budaya jahiliah, sifat orang jahiliah, pemikiran orang-orang dahulu yang jelik dan buruk iaitu mencermakan, mempersoalkan tentang keturunan. Kenapa ada sebahagian sahabat-sahabat kita di sini yang mempertanyakan yang mempersoalkan tentang kesohihan nasab Para Habaib.
Yang jadi sasaran bukan orang banjar yang jadi sasaran bukan lagi orang bugis yang menjadi sasaran bukan lagi orang siam tetapi yang menjadi sasaran itu keturunan Sayyiduna Rasulullah ï·º. Sampai ada yang bertittle maulana ke Dr ke ataupun siapa saja yan mempersoalkan tentang nasab Para Habaib yang datang berkunjung ataupun yang bermukim yang berdakwah di negara kita.
Apakah kira-kiranya kita tidak tahu sejarah? Apakah kita tidak pernah membaca perjalanan hidup agama? Ataupun dengan dakwah sejak zaman Sayyiduna Rasulullah ï·º sampai pada kita sekarang ini?
Cuba kita renung sejenak yang pasti Baginda Rasulullah ï·º bukan daripada keturunan orang melayu. Baginda Nabi bukan diutus oleh Allah pada orang-orang nusantara. Baginda Nabi selama 23 Nabi kita tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia ke Indonesia ke Thailand ke Brunei maka kalau seperti itu hakikatnya melalui siapa Islam sampai ke negara kita? Melalui siapa dakwah sampai ke tempat tinggal kita? Melalui siapa dengan kita dapat mengenal Allah? Melalui siapa kita tahu hukum hakam?
Yang sehingga mereka yang selalu memerli dan memperli baik tentang nasab tentang kehidupan keilmuan seorang Alim tentang nasab daripada Para Habaib yang mana ada juga di antara mereka yang perli memperli itu menimpa ilmu pengetahuan daripada mereka yakni Para Habaib. Kenapa kita mengutuk, memperli, menyalahkan orang-orang yang hakikatnya mereka(Para Habaib) itu adalah Guru-Guru kita.
Jadi secara pasti kalaulah orang-orang melayu kebanyakan bermazhabkan dengan Mazhab Imam Syafie Rahimahullah. Imam Syafie bukan daripada Nusantara bukan berasal daripada tempat kita tapi Imam Syafie Rahimahullah berasal daripada Yaman. Dilahirkan di Palestin. Di bawa ke Mekah. Perjalanan dakwah beliau daripada Mekah ke Madinah ke Baghdad ke Mesir kembali ke Baghdad. Kemudian akhir sekali patah kembali ke Mesir duduk di Mesir sampai beliau wafat di sana(204H)
Jadi kira-kira sejak lebih 1 200 tahun yang lalu tapi kenapa ramai pengikut-pengikut Imam Syafie ramai di Nusantara? Tidak terhitung ramainya jumlahnya di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Itu melalui siapa? Bererti ada orang yang datang ke negara kita pada ketika itu.Sedikit sangat bahkan boleh dikatakan tidak ada bangsa kita yang datang ke Tarim Yaman yang datang ke Mesir yang datang ke Negara Arab,Timur Tengah.
Justeru yang pertama sekali datang ke negara kita itu adalah di kalangan Para Habaib itu disebutkan Para Salaf. Kenapa dipermasalahkan keberadaan mereka sedangkan mereka(Para Habaib) itulah yang berjasa untuk membawa Agama untuk membawa Islam ke negara kita.
Jadi kenapa ada orang yang menghidupkan kembali budaya orang jahiliah mempertikaikan tentang nasab keturunan seseorang. Kalau dengan kita saja tidak pernah dipertengkarkan mengenai nasab asal usul kita mana. Apakah kita daripada bugis? Apakah kita daripada Madura? Apakah kita daripada India? Apakah Apakah!! Apakah begitulah seterusnya.
Belum pernah rasanya kita berjumpa dengan seseorang yang bilamana kita mengatakan nama kita ini siapa kita asal daripada mana. Kemudian orang yang bertanya itu meminta kepada kita mengemukakan mana dalilnya? Mana buktinya? Kemudian dia mengatakan nama kita itu salah asal kita itu salah. Itu pelik!!! Itu tidak perlu bukti kerana itu tentang peribadi kita masing-masing.
Jadi seandainya sampai dengan kita memperkatakan ataupun memperli atau juga memperolok-olokkan sekalipun kepada sesuatu yang mengatakan "Aku Fulan Bin Fulan Ibn Fulan. "Orang tanya awak siapa. Katanya saya "Mudhor Bin Ali." maka orang yang bertanya itu mengatakan "Tak!! Kamu Mudhor Bin Abu Bakar."
Itu kata Ulama memang nampak seperti bergurau main-main saja tapi memperkatakan, menafikan tentang keturunannya daripada "Mudhor Bin Ali tukar kepada Mudhor Bin Abu Bakar." Maknanya kamu telah menuduh mak dia berzina dengan Abu Bakar.
Ini baru untuk orang-orang biasa. Macam mana kalau kita menafikan keturunan Para Habaib yang mana mereka ada salsilah-salsilah yang bersambung "Bin siapa Bin siapa Bin siapa Bin siapa sampailah kepada Saiyyiduna Rasulullah ï·º.
Jadi tak akan dengan Tok-Tok Guru kalau sememangnya layak dikatakan Tok Guru mempertikaikan masalah nasab dan memperkatakan bahawasanya mereka(Para Habaib) membawa ajaran songsang.
MashaAllah Tabarakallah baru tahu rupanya Ulama-Ulama kita dahulu terperangkap semuanya. Maknanya Ulama-Ulama kita dahulu sejak daripada generasi pertama tidak tahu ke bahawasanya Para Habaib itu membawa ajaran sesat? Ternyata baru tahu sekarang dengan apa yang kalian katakan.
Kira-kiranya agaknya kalau berbicara tentang hakikat. Siapa kira-kira yang sesat? Apakah kalian yang pada saat ketika ini memperkatakan tuduhan yang semacam itu? Atau juga yang diperkatakan yang dituduh oleh kalian yang sejak keberadaan di sini itu sejak daripada beberapa abad yang lalu.
Tak akan dengan Syeikh Daud Al-Fathoni, tak akan dengan Tok Kenali tak akan dengan Syeikh Arsyad Al-Banjari tak akan dengan sejumlah Ulama-Ulama hebat Al-Quran di dalam dada mereka, Al-Quran dalam kehidupan mereka, sunnah-sunnah Nabi dalam perilaku mereka tidak tahu.
Kita sekarang ini setakat dimulut saja. Sunnah-sunnah Nabi dimulut, kita bercakap tentang sunnah, beramal tentang sunnah, kembali kepada Al-Quran dan Hadith tetapi kepala kita tidak menunjukkan kita beramal dengan Al-Quran dan Hadith, pakaian kita tidak menunjukkan kita beramal dengan Al-Quran dan Hadith, perilaku kita tidak menunjukka kita beramal dengan Al-Quran dan Hadith.
Mereka(Para Habaib) sampai perkara yang paling kecil apa pun mereka amalkan. Dengan pakaiannya tahu bagaimana secara sunnah, makan minumnya mereka tahu bagaimana secara sunnah, duduknya mereka tahu bagaimana secara sunnah, pergaulannya mereka tahu bagaimana secara sunnah dan perhiasannya mereka tahu secara sunnah sampai kepada cincinnya pun di mana Nabi kita meletakkan cincin, di mana Nabi kita memakainya di situ mereka memakainya, jubah-jubah mereka.
Itu siwak kita tengok Para Habaib. Minta maaf cakap mana Mantan Mufti kah atau juga Mufti yang masih bertugaskah mana ada yang kita lihat keluarkan siwak. Dia baca apa yang saya baca, dia tahu tidakkah yang disunnahkan sebelum sembahyang itu adalah bersiwak.
Nabi kita bersabda "Kalau bukan kerana akan menyusahkan Ummat akan aku perintahkan mereka untuk bersiwak pada tiap kali wudhuk dan juga tiap kali sembahyang." Kita masih belum mampu untuk mengamalkannya padahal tak sesusah mana tapi mereka Para Habaib mengamalkan.
Sesuatu yang pelik bin ajaib bin aneh kalau kita mengakui keilmuan mereka dalam bidang hal seumpama pemakaian, makan minum, kehidupan rumahtangga dan juga perkara-perkara yang ada hubung kaitnya dengan serban dengan bersedekah dengan safar dengan adab-adab di waktu tidur, adab di waktu bangun, adab di waktu masuk masjid yang mengerti segala hal tentang sunnah-sunnahnya Baginda Rasulullah ï·º
Akan tetapi kita katakan mereka tidak mengerti tentang akidah, tidak mengerti tentang ideologi, tidak mengerti daripada hakikat daripada sifat Asma'Wa Sifat. Itu sesuatu perkara yang pelik sesuatu perkara yang ajaib. Itu ada lagi perkara yang mereka tidak puas hati mempertanya dan mempersoalkan tentang betul atau tidak yang Para Habaib itu dengan alasan itu syiah-syiah iran itu dikatakan ramai di kalangan Para Habaib.
Kita tidak mengatakan benda yang sama sebab yang datang ke negara kita di antaranya Habib Umar Ben Hafidz di antaranya yang baru-baru ini Habib Abu Bakar Al-Adni Bin Ali Al-Masyhur. Kata mereka itu syiah. MashaAllah Tabarakallah sebenarnya kita tahu atau tidak sebenarnya akidah syiah itu seperti apa? Menuduh orang pula itu daripada kumpulan syiah.
Untuk pengetahuan kita yang perlu kita ketahui yang paling sederhana yang merupakan perkara asas yang walaupun sesiapa saja yang pernah membaca tentang syiah yang pernah tahu tentang aliran syiah. Di antara pegangan dan ideologi keyakinan syiah mereka adalah orang yang paling membenci Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.
Jadi yang dituduh tadi itu yang dikatakan syiah justeru bernama Umar bernama Abu Bakar. Pelik!!! Kalau memang syiah memang tak nak bagi nama anak dengan nama Umar dan dengan nama Abu Bakar. Yang kalian katakan syiah tadi itu bukankah bernama Habib Umar dan Habib Abu Bakar. Kalian yang katakan itu syiah ternyata betul-betul orang yang buta sejarah yang tak tahu tentang akidah yang sebenarnya.
Kita ingin lebih dewasa apa lagi kalau kita tergolong daripada kumpulan orang yang berpendidikan agama. Jangan sesekali kita menghabiskan waktu hanya untuk memperli untuk mencerca untuk mencaci untuk memfitnah dan seumpamanya.
Kalau seandainya ada permasalah berkenaan dengan hukum hakam dengan masalah-masalah yang kita tidak berpuas hati maka kita jumpa dengan orang berkenaan. Kita tanyakan hakikat sebenarnya seperti apa. Bukannya buat andaian kita komen tulis dekat facebook. Bukannya buat andaian kita buat keputusan muktamad. Itu tidak betul!!!
Sepatutnya kita mendapatkan bimbingan, pengajaran, penjelasan daripada mereka, pencerahan daripada mereka, fatwa daripada mereka. Kalau kita tidak yakin, kalau kita tidak pasti,kalau tidak tahu,kalau tidak pernah menyemak, kalau tidak pernah bergaul, kalau tidak pernah duduk sekali, kalau tidak pernah bertalaqqi.
Jangan sampai kita sebarkan benda-benda yang kita tidak pasti kebenarannya. Kalau di zaman dahulu itu hanya setakat di dalam kitab-kitab yang ditulis yang kalau dengan kitab itu hanyut dan larut maka dengan maklumat yang ditulis itu akan lenyap dan hilang tapi kalau seperti di zaman kita sekarang ini sepatah kata dalam facebook sepatah kata dalam youtube itu akan abadi mungkin sampai kepada hari kiamat.
Kalau kita tidak berpuas hati duduklah bertanya tapi jangan sampai lempar batu sembunyi tangan. Kalau kita tak tahu sangat maka diam itu lebih baik jangan sampai kita ini maaf cakap jangan sampai nampak kebodohan diri kita ini.
#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH

( Sumber dari PONDOK HABIB )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan