ILMU HAI'ATIL MAKNUN* "RAHASIA PERHIASAN YANG SANGAT INDAH..

 


ILMU HAI'ATIL MAKNUN* "RAHASIA PERHIASAN YANG SANGAT INDAH..."
Tersangat-sangatlah sulit pada Hakikatnya di Akhir Zaman (Penghujung Zaman) hari ini untuk menjelaskan dengan lebih mendalam tentangnya 'ILMU HAKIKAT' dan 'ILMU MA'RIFAT' kepada orang-orang yang mempelajari Agamanya hanya kepada tuntutan SYARIAT (FEKAH) semata-mata.
Iaitu, hanyalah sekadar menghafalkan akan ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis semata-mata, akan tetapi tidak sesekali memiliki "RUH" daripada Al-Qur’an itu sendiri.
Padahal Hakikat daripada Al-Qur’an itu adalah "NUR ALLAH" yang "Tidak Berhuruf Dan Tidak Bersuara".
Maka dengan "NUR" itulah Rasulullah SAW memperolehi Pengetahuan yang sungguh-sungguh Luar Biasa daripada Allah SWT.
Hafalan itu tetaplah sekadar hafalan sahaja, dan ianya itu hanya akan tersimpan didalam otak yang dimensinya sangat-sangat rendah dan tidak akan mampu menjangkaui HAKIKATNYA Allah SWT, kerana otak itu adalah BAHARU sedangkan Allah SWT itu adalah QADIM.
Maka sudah pastilah yang BAHARU itu tidak akan sesekali dapat 'SAMPAI' kepada yang QADIM...
Jikalau kamu cuma belajar daripada segala Dalil-Dalil dan mengharapkan untuk dapat 'SAMPAI' atau 'PERTEMUAN' kepada Allah SWT dengan segala Dalil-Dalil yang kamu miliki itu.
Maka sudah Pastilah kamu tidak akan sesekali dapat 'SAMPAI' ke Hadirat-Nya...
Dan orang-orang yang hanya bersandarkan ataupun berpegang kepada Dalil-Dalil semata-mata dan tidak bersepakat dengan yang HAQQ. Maka itulah golongan Jahil Murakabb pada Hakikatnya.
Ketika kamu tidak dapat 'SAMPAI' ke Hadirat-Nya, maka sudah pastilah kamu akan tersangat-sangatlah hairan dengan segala ucapan-ucapannya daripada Insan-Insan yang sudahpun 'BERMA'RIFATULLAH'.
Yang mana mereka mampu menghuraikan segalanya dengan lebih mendalam berkenaan Agama, Kehidupan, Dunia dan Akhirat, Alam Nyata dan Alam Ghaib atau berjumpa dengan Para Malaikat, berjumpa dengan Rasulullah SAW, Masuk ke Neraka dan Syurga, Menyaksikan Allah SWT dan sebagainya.
Dan kamu akan menganggap itu kesemuanya adalah hanya sebuah kebohongan dan dusta belaka, dan sudah pastilah kamu akan mengumpulkan lagi puluhan bahkan ratusan Dalil-Dalil untuk membantah-bantah segala ucapannya golongan AHLI MA'RIFAT tersebut dengan Dalil-Dalil yang menurut kamu adalah sudah benar.
"Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Qur'an ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah."
(QS. Al-Kahf : 54)
Padahal kadangkala Dalil-Dalil yang kamu berikan itu justeru sangat-sangatlah mendukung ucapannya golongan AHLI MA'RIFAT itu, tetapi sayangnya Mata Hati kamu telahpun Dibutakan oleh Hawa Nafsu.
Didalam Al-Qur’an disebutkannya :
"Khatamallahu ‘ala Qulubihim"
Maksudnya : Tertutup Mata Hati mereka.
Maka itulah HIJAB yang akan menghalangi kamu untuk menuju kepada TUHAN yang sesungguhnya.
“Dan barangsiapa yang Buta di Dunia ini, nescaya di Akhirat ia akan lebih Buta dan lebih tersesat dari jalan (Yang benar).”
(QS. Al-Isra' : 72)
Rasulullah SAW telahpun menggambarkan bahawa 'ILMU HAKIKAT' dan 'ILMU MA'RIFAT' itu sebagai :
“HAI'ATUL MAKNUN..”
Yang ertinya adalah :
“PERHIASAN YANG SANGAT INDAH...”
Sebagaimana Hadisnya yang dibawakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya sebahagian ILMU itu ada yang diumpamakan seperti PERHIASAN YANG INDAH dan selalu TERSIMPAN yang tidak ada seorang pun yang mengetahui kecuali Para Ulama Allah. Ketika mereka menerangkannya maka tidak ada yang mengingkari kecuali orang-orang yang biasa lupa (Tidak BERDZIKIR kepada Allah).”
(HR. Abu Abdir Rahman As-Salamy)
Didalam Hadis ini telahpun menjelaskan dan ditegaskannya menurut kata Nabi SAW bahawa :
Ada sebahagian ILMU yang tidak diketahui oleh sesiapapun kecuali Para Ulama Allah, yakni Ulama yang HAQQ dan senantiasa DZIKIR kepada Allah SWT.
'ILMU' tersebut tersangat-sangatlah 'INDAH' laksananya 'PERHIASAN' dan ianya 'TERSIMPAN RAPI'...
Yakni ILMU MA'RIFAT yang didalamnya terdapatnya Amalan-Amalan sepertinya ILMU LATAHIF dan lain-lainnya.
Masih ingatkah kita akan kisahnya Nabi Musa AS dengan Nabi Allah Khidir AS yang pada akhir perjumpaannya mereka itu.
Mereka telahpun membangunkan sebuah RUMAH untuk Anak Yatim Piatu tanpanya meminta upah, demi untuk menjaga HARTA yang berupa EMAS yang TERSIMPAN didalam RUMAH tersebut.
Jikalau RUMAH tersebut dibiarkan dengan begitu sahaja, maka EMASNYA itu akan dicuri oleh perompak !
Maka 'HARTA' tersebut itu tidak lain dan tidak bukan adalah 'ILMU HAKIKAT' dan 'ILMU MA'RIFAT' yang tersangat-sangatlah tinggi akan nilainya.
Dan 'RUMAH' yang dimaksudkannya itu adalah 'ILMU SYARIAT' dan 'ILMU TAREKAT' yang harus tetap dijaga untuk membentenginya, agar ianya tidak jatuh ketangan yang tidak BERHAK !
Semakin tegas lagi pengertian diatas dengan adanya Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah seperti berikut :
“Aku telah hafal dari Rasulullah Dua jenis ILMU,
Pertama ialah ILMU yang aku DIANJURKAN UNTUK MENYEBARLUASKAN kepada sekalian manusia iaitu ILMU SYARIAT.
Dan yang kedua ialah ILMU yang aku TIDAK DIPERINTAHKAN UNTUK MENYEBARLUASKAN kepada manusia iaitu ILMU yang seperti “HAI’ATIL MAKNUN”.
Maka apabila ILMU ini aku SEBARKANLUASKAN nescaya engkau sekalian memotong leherku (Engkau menghalalkan darahku)."
(HR. Thabrani)
Hadis diatas ini tersangat-sangatlah jelas sekali tentangnya apa yang ingin saya sampaikan, jadi tidak perlulah saya menghuraikannya lagi...
Dengan demikian itu, maka barulah kita SEDAR bahawa kenapakah banyaknya orang-orang di Akhir Zaman ini yang tidak senang (Anti) dengan ILMU HAKIKAT, ILMU MA'RIFAT dan ILMU TASAWWUF ?!
Kerana kesemua ILMU itu sememangnya teramat-amatlah "RAHASIA".
Bahkan Para Sahabat Nabi SAW sendiri pun tidak di izinkan untuk Disampaikannya dengan secara umum, kerana ILMU itu haruslah diturunkan dan Wajib mendapatkan Keizinan daripada Nabi SAW.
Maka daripada Nabi SAW Keizinan itu diteruskanlah kepada Khalifahnya dan terus kepada Para Auliya Allah sehinggalah sampai ke saat ini.
Iaitu kepada AHLI-AHLINYA (AHLILLAH') atau 'PEMEGANG AMANAH-NYA' ataupun 'INSAN YANG TERPILIH OLEH ALLAH SWT' sahaja.
Jikalau "ILMU HAI’ATIL MAKNUN" itu disebarluaskan dengan secara terbuka kepada orang-orang yang belum melepasi SYAHADAHNYA yang Haqiqi dan Berbai'at DZIKIR ataupun “DISUCIKAN”.
Sebagaimana yang telah Allah SWT firmankan didalam Al-Qur'an Surah Al-‘Ala.
Maka orang-orang yang cuma AHLI SYARIAT (FEKAH) semata-mata, sudah tentulah akan timbulnya pelbagai anggapan bahawa ILMU jenis Kedua ini, yakni ILMU HAKIKAT dan ILMU MA'RIFAT adalah sebagai sesat dan sebagainya.
Bahkan pelbagainya Fitnah-Fitnah yang akan dilontarkan tanpanya usul periksa, mempelajari, memahami dan mengalaminya terlebih dahulu.
Dan mereka-mereka ini juga mempunyai Itikad bahawa ILMU yang Kedua tersebut adalah jelas di ingkari oleh Syarak.
Padahal ianya tidaklah sedemikian itu, bahawa HAKIKAT ILMU yang Kedua itu tadi justeru merupakan INTISARI daripada ILMU yang Pertama.
Ertinya ILMU HAKIKAT dan ILMU MA'RIFAT itu adalah INTISARI daripada ILMU SYARIAT...
Oleh kerana itu, jikalau kamu ingin memahami atau ingin mempelajari akan ILMU HAKIKAT dan ILMU MA'RIFAT dengan secara lebih mendalam lagi.
Maka sebaik-baiknya adalah kamu mencari terlebih dahulu akan GURU MURSYID yang AHLI, Mahir atau Ariff dan diberikan Keizinan dengan Taslim dan Tafwidh juga Redha.
Jadi, ILMU KETUHANAN ini tidaklah cukup dengan hanya melihat pelbagainya tulisan-tulisan, buku-buku, kitab-kitab dan sebagainya yang mana hari ini boleh didapati dan dibeli dimana-mana. Bahkan dihujung jari sahaja.
Lalu nantinya kamu sendiri yang akan mengingkarinya, bahkan mungkin mudah timbulnya pelbagai prasangka buruk terhadap AHLI HAKIKAT dan AHLI MA'RIFAT.
Dikeranakan itulah, kebanyakkannya Kitab-Kitab TASAWWUF dan Kitab-Kitab lain-lainnya yang berkenaan itu "DIHARAMKAN KERAS" untuk orang-orang awam memilikinya dan membacanya. Melainkan hanyalah kepada AHLI-AHLINYA sahaja.
Sepertimana kata Al-Imam Al-Ghazali kepada anak-anak muridnya, iaitu :
"Janganlah sesekali kalian menyangka bahawa apa yang telah aku tunjuk ajarkan itu menandakan kalian telahpun menjadi AHLINYA, kerana ada lagi satu perkara, jikalau aku membuka kepada kalian. Maka sudah tentu kalian sendiri yang akan mengatakan aku tidak betul, sesat dan sebagainya."
* KESIMPULANNYA.
Didalam setiap Peristiwa Akhir Zaman yang Mewarnai Kehidupan kita pada hari ini, seringkali kita tidak termampu ataupun tidak mahu menangkap Kehadirannya Allah SWT dengan segala Sifat-Sifat-Nya.
Padahal Sifat-Sifat Allah SWT itu tersangat-sangatlah terkait erat dengan Ayat-Ayat Kauniyah-Nya yang terhampar diatas muka Bumi-Nya ini.
Betapa Allah SWT melalui Ayat-Ayat Kauniyah-Nya, memang ingin menunjukkan ke MAHA KEKUASAAN-NYA dan ke MAHA BESARAN-NYA agar Hamba-Hamba-Nya senantiasa "SEDAR DIRI", waspada dan berhati-hati didalam bertindak dan berperilaku.
Agar tidak mengundang turunnya Sifat Jalilah-Nya yang tidak akan termampu dibendung, apatah lagi dilawan oleh sesiapapun. Dengan upaya dan sarana kekuatan apa-apapun sekali tanpanya terkecuali.
Kerana sememangnya Allah SWT "MAHA ESA" dan "MAHA TUNGGAL" kepada segala pemilik Kekuatan dan Kekuasaan terhadap seluruh Penciptaan-Nya...
“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”
(QS. Qaaf : 16)
Al-Imam As-Syafi'e berkata :
"Ketika engkau sudah berada di JALAN yang BENAR MENUJU ALLAH, maka BERLARILAH.
Jika sulit bagimu, maka BERLARI kecillah.
Jika kamu lelah, maka BERJALANLAH.
Jika itupun tidak mampu, MERANGKAKLAH.
Namun, jangan pernah berbalik arah atau berhenti."
Dari Sayyidina Anas bin Malik RA, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
“Sungguh, aku duduk bersama kaum yang BERDZIKIR kepada Allah TA'ALA dari Solat Subuh hingga terbit matahari lebih aku sukai daripada aku membebaskan empat anak Isma’il. Dan sungguh aku duduk bersama suatu kaum yang BERDZIKIR kepada Allah dari Solat ‘Ashar hingga matahari tenggelam adalah lebih aku sukai daripada aku membebaskan empat orang budak.”
(HR. Abu Dawud)


[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan