RAHASIA SOLAT
SOLAT daripada Takrif Bahasanya adalah merupakan 'DOA'.
Pengertian SOLAT didalam SYARIAT pula ialah :
Takrif SOLAT daripada pandangan ARIFBILLAH' pula ialah :
“SOLAT itu adalah suatu PERHUBUNGAN yang MENGHUBUNGKAN diantara HATI dengan TUHAN. Tujuannya untuk MENYATAKAN ALLAH SWT...”
Ada tiga perkataan penting yang perlu diperhatikan betul-betul, iaitu :
1) PERHUBUNGAN.
2) HATI.
3) TUHAN.
Huraian tafsiran SOLAT daripada pandangan ARIFBILLAH', iaitu :
SOLAT itu adalah suatu "PERHUBUNGAN"...
Apakah yang hendak DIHUBUNGKAN ???
- MENGHUBUNGKAN HATI dengan ALLAH SWT.
Apakah maksudnya HATI ???
- HATI itu adalah QALBU ataupun ROH. Maka yang hendak DIHUBUNGKAN itu adalah ROH dengan TUHANNYA.
Siapakah yang MENGHUBUNGKAN ???
- TUHAN itu sendiri melalui perantaraannya ROH.
TUHAN MENYATAKAN DIRI-NYA melalui ROH,
ROH MENYATAKAN DIRI-NYA melalui Makhluk (Manusia),
Manusia Menyatakan Dirinya melalui Jasad,
Jasad Menyatakan Dirinya melalui Sel,
Sel Menyatakan Dirinya melalui Nukleus,
Nukleus Menyatakan Dirinya melalui Atom dan Atom itu kembali MENYATAKAN DIRI TUHAN-NYA.
(Tujuh Martabat : Bermulanya dengan Tuhan dan berakhirnya dengan Tuhan...)
* PERHUBUNGAN ITU BOLEH MEMBAWA MAKSUD KEPADA MENYAKSIKAN, BERTEMU, BERKOMUNIKASI ATAUPUN BERINTERAKSI.
(Komunikasi yang baik adalah Komunikasi dua hala...)
Apalah ertinya KOMUNIKASI jikalau hanya satu pihak sahaja yang BERKOMUNIKASI ???
Apalah ertinya PERTEMUAN jikalau tidak BERTEMU ???
Apalah ertinya BERINTERAKSI jikalau satu pihak sahaja yang memberi REAKSI ???
Apalah ertinya SAKSI jikalau tidak kenal SAKSI dan tidak pernah MENYAKSIKAN SAKSI ???
Apabila telah BERKOMUNIKASI,
Apabila telah BERINTERAKSI,
Apabila telah BERTEMU diantara ROH dengan TUHAN,
Maka akan NYATALAH PENYAKSIAN itu.
NYATA PENYAKSIAN itu bermaknanya,
NYATALAH TUHAN...
Apabila NYATANYA TUHAN, maka tiadalah segala sesuatu melainkan DIA sahaja !
Apakah TUGAS makhluk manusia ???
- Untuk BERIBADAH kepada TUHAN.
Apakah itu IBADAH ???
- Merendahkan, Menundukkan dan Melenyapkan diri makhluk sehinggalah tidak lagi kelihatan segala sesuatu. Sama ada Dzahir dan Batin melainkan Allah SWT.
Bagaimanakah hendak Merendahkan Diri ???
- Buanglah segala sesuatu yang bersifatkan makhluk.
Apabila mati segala sifat makhluk, maka NYATALAH SIFAT TUHAN.
Apabila TUHAN telah NYATA, maka BERHUBUNGLAH...
Bagaimanakah untuk BERHUBUNG ???
- Lakukanlah SOLAT.
Apakah itu SOLAT ???
- Suatu PERHUBUNGAN yang MENGHUBUNGKAN diantara HATI dengan TUHAN.
Tujuannya adalah untuk ME-'NYATA'-KAN ALLAH SWT...
Bagaimanakah BERSOLAT (BERHUBUNG) ???
- Mematikan diri daripada segala sesuatu, membuang segala sifat makhluk, membuang segala nama yang bernama, membuang segala sifat yang bersifat, membuang segala perbuatan yang memperbuat.
Buanglah segala DZAT yang BERZAT !
Apabila segala-galanya telah dapat dibuang, maka pulangkanlah segala sifat itu kembali kepada Pemilik-Nya (TUHAN).
TUHAN itulah NAMA (ASMA') bagi segala yang BERNAMA.
TUHAN itulah SIFAT bagi segala yang BERSIFAT.
TUHAN itulah yang MEMPERBUAT bagi segala PERBUATAN (AF’AL).
TUHAN itulah DZAT bagi segala yang mempunyai ZAT.
Sebab itulah apabila sampai sahaja di “Haiya Alaasolah”. Maka kita pun akan menjawab :
“Laa Hau Lawala Quwwata Illa Billah."
* HUBUNG KAITNYA PENGERTIAN SOLAT SYARIAT DAN SOLAT MA'KRIFAT.
Didalam pengertian SYARIAT, ianya lebih menerangkan akan perihal kaedah-kaedah ataupun cara-cara memperlakukan SOLAT daripada Dzahir kepada Batin.
Manakala pengertian ARIFBILLAH' lebih tertumpu kepada PERHUBUNGAN daripada Batin kepada 'DIRI BATIN'.
Tetapi kedua-duanya Bermatlamat Menuju kepada Tujuannya yang sama iaitu "ALLAH SWT".
SYARIAT itu bermaknanya Peraturan, Hukum ataupun Undang-Undang.
Peraturan itu untuk umat manusia yang bertubuh berjasad yang bersifat Dzahir ini.
Justeru itu, Pentakrifan SYARIAT itu lebih menyentuh akan perihal sesuatu yang bersifat Dzahir kepada umat manusia.
Sesuatu yang Dzahir itu tidak akan dapat di Dzahirkan melainkan adanya yang Batin.
Perkara Batin pula tidak akan dapat dihuraikan oleh perkara Dzahir. Hanya Batin yang dapat menghuraikan segala perkara Batin.
Justeru itu, istilah SYARIAT banyak mengandungi Qias dan Perumpamaan yang memerlukan ILMU untuk difahami.
SOLAT didalam Takrifan SYARIAT itu adanya sedikit Qias.
Qiasannya ialah :
Bagaimanakah perkara Dzahir (Beberapa Ucapan dan beberapa Perbuatan yang dimulai dengan Takbir, disudahi dengan Salam) boleh bersama-sama dengan perkara Batin (Beribadah kepada Allah SWT) ???
- Hanya perkara Batin yang dapat bersama-sama dengan perkara Batin.
"HANYA BATIN YANG AKAN MENGENALI BATIN..."
Bagaimanakah yang Dzahir boleh Mengenal yang Batin ???
- Perkara Dzahir adalah perkara nampak, sedangkan perkara Batin adalah perkara yang tidak nampak.
Bagaimanakah perkara nampak hendak melihat perkara yang tidak nampak ???
Contohnya begini :
Dengan keadaan Sedar dan Jaga.
Cubalah kita Bayangkan sebiji Buah Apel yang ranum.
Sekarang, cuba kita gerakkan tangan dan cubalah kita mengambil Buah Apel yang Dibayangkan itu dengan tangan yang ada.
Adakah boleh ?
Nescayalah tidak boleh !
Maka tangan itu adalah perkara Dzahir, mana mungkin boleh mengambil Buah Apel yang Wujud hanya didalam Bayangan ataupun Khayalan.
Sekarang, cubalah pula kita meletakkan diri kita didalam gelombang Alpha ataupun Theta (Berkhayal ataupun Mimpi).
Didalam Khayalan itu, cubalah kita mengambil Buah Apel itu tadi, kemudiannya kita mengupas-kupaskan kulitnya, lalu kita makan isinya dan kita Rasakan kesedapannya.
Jikalau Khayalan ataupun Mimpi kita itu KHUSYUK, nescaya kita akan dapat Merasakan yang kita benar-benar mengambil, mengupas dan memakan Buah Apel itu.
Malah, kesedapan Rasa Buah Apel itu, seolah-olah benar-benar Terasa di tekak kita.
Maka contoh ini menyatakan bahawa, mana mungkin perkara Batin boleh Dirasai oleh perkara Dzahir.
"HANYA BATIN YANG AKAN DAPAT MENGENALI BATIN..."
Buah Apel yang didalam Khayalan ataupun Mimpi itu hanyalah boleh Dirasai oleh orang-orang yang Berkhayal ataupun Bermimpi.
Mana mungkin orang-orang yang Sedar boleh Merasakan Buah Apel yang Wujud hanya didalam Khayalan ataupun Mimpi.
Jikalau dibawa kepada persoalan SOLAT, maka Takrif MA'KRIFAT lebih mirip kepada perkara Batin dan Takrif SYARIAT pula akan lebih mirip kepada perkara Dzahir.
Namun kedua-duanya itu Menuju Tujuannya yang sama, iaitu kepada ALLAH SWT...
Cuma, 'JALANNYA' sahaja yang berbeza-beza...
Perlu di ingatkan bahawa, meskipun Tujuannya JALAN SYARIAT dan JALAN MA'RIFAT itu sama, namun ramai pengikut-pengikut aliran SYARIAT dan ramai juga pengikut-pengikut aliran MA'RIFAT 'TERSESAT' ketika mencari 'JALAN'.
Sebabnya ???
- Kerana mereka itu kekurangan ILMU, dan mereka hanyalah dipenuhi dengan MAKLUMAT sahaja.
Bagaimanakah kita mengetahui bahawa kita TERSESAT JALAN ???
- Kita mengetahui bahawa kita telah TERSESAT, apabila kita MERASA bahawa kita masih tidak KENAL dan tidak JUMPA akan apa yang kita CARI.
Kita mengetahui bahawa kita telah TERSESAT apabila kita MERASA bahawa kita masih tidak SAMPAI-SAMPAI ke tempat yang DITUJUI.
Apabila kita masih tidak tahu apa itu Hakikatnya 'IKHLAS'.
Apabila kita tidak pernah MERASA dan masih lagi TERCARI-CARI apa itu 'KHUSYUK'.
Apabila kita masih lagi mengaku, ini aku punya, itu aku buat.
Maka kita akan mengetahui bahawa kita telah TERSESAT apabila kita Merasakan bahawa kita "Mampu" untuk mengucapkan SYUKUR kepada Allah SWT.
Makanya, apabila kita mengetahui bahawa yang kita telahpun TERSESAT DIHUJUNG JALAN.
Maka, hendaklah kita BERBALIK SEMULA KE PANGKAL JALAN.
Balik ke PANGKAL JALAN itu adalah balik ke TEMPAT ASAL kita, iaitu TEMPAT BERMULANYA PERJALANAN kita...
Bagaimanakah kita boleh TERSESAT JALAN ???
- Kita TERSESAT kerana kita tidak mengetahui JALANNYA.
Kita tidak mengetahui JALANNYA kerana kita tidak mengetahui bagaimana MENCARI JALAN.
Kita tidak mengetahui bagaimana MENCARI JALAN kerana kita TIDAK FAHAM AKAN ILMU.
Kebanyakannya daripada kita hanyalah menganggap MAKLUMAT itu adalah sebagai ILMU !
MAKLUMAT itu tidak akan dapat 'MENGENAL' dan tidak akan 'SAMPAI' ke TEMPAT TUJUANNYA (ALLAH SWT).
Untuk MAKLUMAT menjadi ILMU, kita perlulah mengetahui akan Teknologi 'MEMPROSES ILMU'.
Apabila kita faham akan Teknologi ILMU, maka barulah kita akan boleh 'MEMPROSES MAKLUMAT' untuk dijadikannya ILMU.
Apabila mengetahui caranya MEMPROSES MAKLUMAT, maka barulah MAKNA ataupun MAKSUD boleh Dihasilkan.
Apabila MAKNA dan MAKSUD Terhasil, maka barulah kita memperolehi HAKIKAT KEFAHAMAN.
Apabila memperolehi HAKIKAT KEFAHAMAN, maka barulah kita MENGENALI JALAN.
Apabila kita MENGENALI JALAN, barulah kita tidak akan TERSESAT !
Apabila kita tidak SESAT, maka barulah 'SAMPAI' ke TEMPAT TUJUANNYA ataupun MATLAMATNYA.
Maka, belajarlah !
Tuntutlah ILMU itu walaupun sampai ke Negeri China.
Walaupun Ulama Hadist ada mengatakan bahawa Hadist ini Dhaif, maka itu tidaklah menjadi persoalannya.
Anggap sajalah ianya sebagai kata-kata mutiara, kerana kita cuma ingin mengambil ILMU disebalik kata-kata itu.
Apakah SOLAT itu yang menjadi TUJUANNYA ???
SOLAT itu bukanlah menjadi TUJUANNYA.
Yang menjadi TUJUANNYA ialah ALLAH SWT !
Tetapi SOLAT itu WAJIB dilakukan dan tidak boleh ditinggalkan kerana SOLAT itu adalah "PERHUBUNGAN" yang perlu dilakukan untuk "MENYATAKAN ALLAH SWT".
ALLAH SWT MENYATAKAN DIRI-NYA melalui perantaraan ROH dan ROH MENYATAKAN DIRI-NYA melalui perantaraan Jasad Manusia.
Jasad Manusia itu hanyalah Penzahiran ataupun Pantulan (Reflextion) ROH dan ROH itu pula bersumberkan Allah SWT.
Maka jikalau tidak BERSOLAT, bagaimanakah mungkin kita boleh MENYATAKAN ALLAH SWT ???
Maka BERSOLATLAH !
Janganlah sesekali meninggalkan SOLAT.
SOLATLAH sama ada didalam SOLAT atau diluar SOLAT.
SOLATLAH sama ada SOLAT didalam Takrifan SYARIAT ataupun SOLAT didalam Takrifan ARIFBILLAH' (MA'KRIFAT).
Apabila NYATANYA ALLAH SWT, maka tertunduklah diri, rendahlah diri dan terhapuslah diri.
Yang MAHA TINGGI dan yang MAHA WUJUD hanyalah Allah SWT semata-mata.
Inilah IBADAH !
Inilah SOLAT !
SOLAT yang Senantiasa Tidak Putus, inilah 'SOLAT DAIM' (PERHUBUNGAN YANG SENANTIASA TIDAK PUTUS).
Inilah SOLAT yang Tidak Berkesudahan bermulanya daripada Subuh, habis Subuh, sambung ke Zohor, habis Zohor, sambung ke Asar, sambung ke Maghrib, sambung ke Isyak dan berbalik ke Subuh.
TANPANYA BATASAN WAKTU !
Cuma, didalam hendak MENYATAKAN ALLAH SWT itu, kita perlulah adanya ILMU untuk bagaimana kita hendak "BERHUBUNG".
Perlulah faham akan setiap Takrifan SYARIAT.
Perlulah mengetahui dan memahami juga akan Takrifan HAKIKAT dan MA'KRIFAT.
Sebab itulah kita sangat-sangat perlu kepada 'GURU MURSYID YANG HAQQ'.
GURU yang MENGENAL TUHAN itu tidak semestinya fasih berbahasa Arab !
GURU yang MENGENAL TUHAN itu tidak semestinya bernama ala-ala pak Arab !
GURU yang MENGENAL TUHAN itu tidak semestinya bergelar Ustaz, Syeikh, Al-Fadhil ataupun lain-lainnya.
GURU yang MENGENAL TUHAN itu tidak semestinya memiliki sijil, pangkat, jawatan, pengaruh, harta dan sebagainya.
Fahamilah sebenar-benarnya akan Martabat GURU MURSYID !
Sebab itulah mengapa GURU seperti ini sering 'TERSEMBUNYI' daripada penduduk dunia (Ahli duniawi), dan tidak akan mudah diketemui.
Hanya Insan-Insan yang telah berjaya membuang segala Keakuannya dan bersungguh-sungguh mengorbankan masa, harta dan segala-galanya sahaja yang akan dapat dipertemukan dengannya.
Sebagaimana Nabi Musa AS yang mencari-cari dan bertemunya dengan Nabi Khidir AS (RAHSIA SURAH AL-KHAFI)...
Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah...
0 comments:
Catat Ulasan