PANTUN INGAT MATI

 


PANTUN INGAT MATI

Bila ingat MATI,
Taubat tidak henti-henti,
Takut disoalnya nanti,
Amal Ibadah aku jagai.

Bila ingat MATI,
Air Wuduk aku basahi,
Bersuci senantiasa diri ini,
Mudahan Dosa diampuni.

Bila ingat MATI,
Bersedia aku hari-hari,
Melangkah setapak aku berhenti,
Takut jalan dimurkai.

Bila ingat MATI,
Harta yang ada tiada erti,
Tinggallah aku menyendiri,
Munajat Musyahadah Ingat ILLAHI'.

Bila ingat MATI,
Dunia sudah cemburui,
Tiada lekat Kasih lagi,
Semua Fana tiada erti.

Bila ingat MATI,
Akhlak Budi aku hiasi,
Takut tersangkut pada duniawi,
Bersenda seloka aku jauhi.

Bila ingat MATI,
Tujuh anggota diangkat pergi,
Tiada lagi ampunya diri,
Hanya Isbat Ingat ILLAHI'.

Bila ingat MATI,
Apa lagi mahu aku cari,
Berjalan bertahun tiada henti,
Ingatkan Allah aku lebihi.

Bila ingat MATI,
Rakan taulan aku jauhi,
Hidup aku menyendiri,
Takut lalai sesaat nanti.

Bila ingat MATI,
Makanan Jasad aku kurangi,
Santapan ROH aku tambahi,
Agar penuh setiap inci.

Bila ingat MATI,
Tidur malam aku kurangi,
Jaga malam aku hiasi,
Senantiasa Munajat pada ILLAHI'.

Bila ingat MATI,
Siang malam aku tangisi,
Kenapa mereka tidak fahami,
Hidup ini pasti akan MATI.

Bila ingat MATI,
Aku senang duduk menyendiri,
Muhasabah tilik Kebenaran Hakiki,
Supaya aku Diredhai.

Bila ingat MATI,
Bergetar Jiwa ingatkan Janji,
Amanah Janji harus aku tepati,
Kembali Suci Sesuci-Suci.

Bila ingat MATI,
Ingatkan Allah tiada henti,
Dosa yang lalu aku Taubati,
Mudahan Kasih Allah aku Diredhai.

Bila ingat MATI,
Carilah jalan mendekati,
Cara untuk Mengingati,
Guru yang senantiasa Memberkati.

Bila ingat MATI,
Ingin aku nasihati,
Ingatlah Allah jangan berhenti,
Semoga kita semua Diberkati dan Diredhai.

Bila ingat MATI,
Selalu aku mengingati diri,
Kerana yang Dihati ianya Bersembunyi,
Menyepikan diri menunggu kembali.

Bila ingat MATI,
Rahsia Diri bersemadi Dihati,
Antara Manikam dan Serkam aku simpan sendiri,
Akhirnya kelak bertemu AKU pasti...

"KEMATIAN itu adalah satu tidur yang panjang, agar aku kembali kepada Tuhanku yang Kekal Abadi dan Hidup Tenang di Kampung Halamanku yang sebenar-benarnya buat selama-lamanya..." - Syeh Haqtullah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“Perbanyaklah Mengingat sesuatu yang melenyapkan semua Kenikmatan iaitu KEMATIAN.”
(HR. At-Tirmizi)
Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
“Orang yang Cerdik (Yang Berakal) adalah orang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah KEMATIAN, sedangkan orang lemah (Imannya) adalah mereka yang jiwanya mengikuti Hawa Nafsunya dan Berangan-Angan kepada Allah SWT (Bahawa Allah akan mengampuninya).”
(HR. At-Tirmizi No. 2459)

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan