MENGENAL DIRI ATAU MENJADI FASIK
RAMAI UMAT YANG CERDIK PANDAI DIDALAM ILMU DUNIAWI PALSU YANG SEMENTARA INI, NAMUN JAHIL DAN LALAI DIDALAM ILMU AGAMA ATAUPUN ILMU AKHIRAT.
Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan Akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya Negeri Akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)."
(QS. Al-Ankabut : 64)
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”
(QS. Ali ‘Imran : 185)
Terdapatnya dalil-dalil yang menunjukkan celaan bagi orang-orang yang hanya Cerdik dan Pandai didalam Ilmu Duniawi semata-mata, namun sangat Jahil dan Lalai pula terhadap urusan Akhirat (ILMU SYAR’I).
Inilah keadaan keseluruhannya umat Islam di Akhir Zaman harini, dimana ILMU SYAR’I sudah benar-benar dilupakan daripada perhatian dan kepentingan mereka.
Allah SWT berfirman;
“Mereka hanya mengetahui yang lahir (Sahaja) dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang (Kehidupan) Akhirat adalah lalai.”
(QS. Ar-Ruum : 7)
Maksudnya, sebahagian besar umat Islam tidaklah mempunyai Ilmu kecuali Ilmu tentangnya Duniawi semata-mata, dan segala yang terkait dengannya.
Mereka sangat-sangat cerdik pandai dengan hal-hal tersebut, namun Jahil dan Lalai didalam masalah-masalah Agama mereka dan apa yang boleh memberikan manfaat bagi Akhirat mereka kelak.
Al-Hasan Al-Bashri Rahimahullah berkata;
”Demi Allah, salah seorang dari mereka telah mencapai keilmuan yang tinggi dalam hal dunia, di mana ia mampu memberitahukan kepadamu mengenai berat sebuah dirham (wang perak) hanya dengan membalik wang tersebut pada ujung kukunya, sedangkan dirinya sendiri tidak cekap dalam melaksanakan Solat.”
(Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 6: 84. Abu Ishaq Al-Huwaini menyatakan bahawa As-Suyuthi dalam Ad-Daar Al-Mantsur menisbatkan perkataan ini pada Ibnu Al-Mundzir dan Ibnu Abi Hatim)
Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di Rahimahullah berkata;
“Sungguh menghairankan ada yang begitu bijaksana dalam ilmu atom, elektrik, bahkan mereka ialah ahli dalam bidang pengangkutan darat, laut dan udara, kebijaksanaannya begitu menonjol. Mereka terlihat sangat pandai dalam ilmu keduniaan tadi.
Mereka pandang dengan Takdir Allah yang lain tidak secerdas mereka. Akhirnya mereka menganggap diri mereka hebat dan pandai, hingga memandang yang lainnya sebelah mata.
Namun sangat disayangkan, mereka malah ‘buta’ dalam hal agama. Mereka malah menjadi orang yang benar-benar Lalai dari Akhirat.
Mereka tidak memandang bahawa hidup di dunia pasti ada akhirnya. Mereka benar-benar berada dalam kepandiran. Mereka lupa pada Allah, maka layak saja mereka dilupakan oleh diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang Fasik.”
(Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hlm. 637)
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;
“Allah sangat membenci orang ja’dzari (orang sombong), Jawwadz (rakus lagi kedekut), suka teriak di pasar (bertengkar berebut hak), bangkai di malam hari (tidur sampai pagi), keledai di siang hari (kerana yang difikir hanya makan), pandai masalah dunia, namun bodoh masalah Akhirat.”
(HR. Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya 72 – Al-Ihsan)
"FASIK" secara bahasa berertinya keluar daripada Ketaatan, keluar daripada Agama, dan jauh daripada Keistiqomahan.
Sedangkan secara istilahnya, FASIK adalah keluar daripada Ketaatan dan melampaui batas dengan Bermaksiat.
KEFASIKAN boleh jadi Dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kerana telah berbuat SYIRIK !
Boleh jadi pula kerana berbuat Dosa Besar walaupun sedikit sahaja, dan juga boleh jadi kerana berbuat Dosa-Dosa yang lainnya.
Atau pengertian mudahnya seperti pernah dikemukakan oleh Syeikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin Rahimahullah;
“Fasik adalah orang yang melakukan Dosa Besar atau orang yang terus menerus melakukan Dosa Kecil.”
(Fathu Dzi Al-Jalali wa Al Ikram, 4: 472)
Allah SWT berfirman;
''Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang Fasik.''
(QS. Al-Hasyr : 19)
* KESIMPULANNYA.
Daripada sini dapatlah difahami bahawa, FASIK pada dasarnya adalah sikap Lupa Dirinya Sendiri.
Contohnya :
Seorang manusia, kerana telah lupa dirimya. Maka ia menjadi lupa kepada Tuhannya.
Dengan lupa kepada Tuhannya, maka pastilah ia akan melawan dan melanggar Hukum-Hukum Tuhan.
Dengan melanggar Hukum-Hukum Tuhan itu. Kerosakan, Kekacauan dan Kehancuran di muka bumi tidak akan dapat dihindari lagi.
Disini, "FASIK" itu serupa dengan "FASAD".
Yakni KEROSAKAN, KEBINASAAN, KEBURUKAN, KEKACAUAN dan KEHANCURAN itu sendiri...
Sebab itulah orang-orang yang Beriman lagi Bijaksana selalu menasihati agar 'MENGETAHUI DIRI' dan 'MENGENAL DIRI'.
Sebabnya, dengan MENGENALI DIRI, kita akan dapat mencapainya MA'KRIFATULLAH !
MENGENAL ALLAH SWT didalam erti yang sebenar-benarnya...
Dengan MA'RIFATULLAH, kita akan dapat menggapainya KETENANGAN dan KEDAMAIAN didalam kehidupan Dunia dan Akhirat.
Sebab itulah, selalunya kita diseru agar jangan sesekali LALAI dan LUPA DIRI !
Kerana KEFASIKAN itu boleh membawa kita masuk ke Lubang Biawak Sekularisme, Liberalisme, Atheism dan sebagainya...
0 comments:
Catat Ulasan