KELUASAN RAHMAT ALLAH BAGI ORANG-ORANG YANG BERAKAL

 


KELUASAN RAHMAT ALLAH BAGI ORANG-ORANG YANG BERAKAL
Siapakah orang yang berakal seperti yang telah dijelaskan oleh Allah
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 190
‎إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Ulil Albab)
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 20
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
51.Surah Adh-Dhāriyāt aya 21
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
34.Surah Saba' ayat 20
Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya).
34.Surah Saba' ayat 21
Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.
34.Surah Saba' ayat 22
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka".
34.Surah Saba' ayat 23
Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: "Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?" Sebahagian di
antara mereka menjawab: "Tuhan telah menitahkan kebenaran"; dan Dia lah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya.
34.Surah Saba' ayat 24
Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".
34.Surah Saba' ayat 25
(Oleh itu) katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan".
34.Surah Saba' ayat 26
Katakanlah lagi:" Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Ia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar; dan Dia lah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya".
34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Contoh sifat-sifat ketuhanan ialah seperti sifat ada, sifat hidup, sifat mengetahui, sifat berkuasa, sifat berkehendak, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan lain-lain lagi...
Didalam surah saba’ pada ayat ke 27
Allah telah menerangkan kepada kita bahawa pada makhlok tidak ada sifat-sifat ketuhanan, hanya yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah
Tetapi apa yang berlaku pada masa kita sedang menjalani kehidupan seharian kita, kita rasa kita yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan (seperti sifat ada, sifat hidup, sifat mengetahui, sifat berkuasa, sifat berkehendak, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan lain-lain lagi...)
Dengan maksud kita yang bersifat ada (kita sedang merasai akan keberadaan diri kita sendiri) kita yang bersifat hidup, kita yang mengetahui, kita yang berkuasa, kita yang berkendak, kita yang melihat, kita yang mendengar, kita yang berlata-kata dan lain-lain lagi...
Keadaan inilah yang dimaksudkan sebagai “sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.”
Allah telah menyeru kepada Nabi Muhammad supaya menyeru kepada umatnya dengan firmanNya Katakanlah lagi
“"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.”
Keadaan dimana kita sedang merasai akan keberadaan atau keakuan diri kita sendiri, jika dihuraikan dengan perkataan atau melalui percakapan akan berlaku sepertimana yang telah Allah firmankan didalam
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
Kita tidak boleh merasai akan keberadaan atau keakuan diri kita sendiri kerana ini adalah perbuatan sedang sekutukan diri sendiri dengan Allah
Tetapi keadaan inilah yang akan dan sedang berlaku kepada setiap orang (Amanah)
Jadi bagaimanakah cara yang perlu dilakukan untuk menghilangkan rasa keberadaan diri sendiri mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
Maksud hilang rasa keberadaan diri sendiri ialah kita ini asalnya bersifat dengan sifat tidak ada, sudah tentu yang bersifat tidak ada itu tidak ada mempunyai segala sifat ketuhanan dan tidak ada rasa perasaan pun
Jika kita masih berperasaan ini membawa kepada makna yang kita sedang berada didalam keadaan sedang bersangka-sangka sifat ketuhanan yang ada itu sebagai sifat diri kita sendiri bukan sifat ketuhanan Allah.
Setelah kita membaca akan firman Allah pada surah Saba’ ayat 27 hadzirlah didalam pengetahuan (diri yang sedang dirasakan ada iaitu sangkaan kepada adanya diri sendiri kerana sebenar atau hakikatnya ada yang sedang disangka sebagai ada diri sendiri itu adalah sifat ada Allah yang ditajallikan)
Walaupun sudah ada pengetahuan (didalam diri yang sedang disangka sebagai ada diri sendiri) yang ada pada diri yang sedang disangka sebagai diri sendiri itu adalah sifat ada Allah, rasa sangkaan ada diri sendiri itu tidak akan hilang, kita tetap akan sedang berada didalam sedang menyangka ada Allah itu adalah sebagai ada diri sendiri..
Ini adalah sangkaan pertama yang akan dan sedang dialami oleh semua manusia dan sangkaan ini akan mula dialami oleh setiap orang setelah ianya mula berakal..
Ini adalah merupakan syirik yang tersembunyi.
Sangkaan kedua yang akan menjadi halangan kepada setiap orang ialah sedang menyangka diri yang sedang disangka sebagai ada diri sendiri itu pula yang akan arau sedang disangka sebagai adanya Allah..
Keadaan ini akan berlaku kerana kita memperkatakan ilmu yang kita ketahui tanpa melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu (Allah)
Contoh :-
Setelah seseorang itu membaca keterangan dari firman Allah yang terkandung didalam surah saba’ ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri sebenarnya adalah sifat ketuhanan Allah.
Didalam keadaan sedang berada didalam keadaan yang sedang menyangka sifat Allah adalah sifat diri sendiri, (tanpa melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal tuhanmu) terus kita memperkatakan atau menjadikan ilmu yang diketahui iaitu “SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA DIRI KITA ADALAH SIFAT ALLAH” sebagai pegangan kita..
Jika sedang berlaku seperti ini, apa yang sedang berlaku sebenarnya ialah seseorang itu sedang menyangka ada Allah yang sedang disangka sebagai ada diri sendiri (sangkaan ada diri kita)
Apabila kita memperkatakan “SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA DIRI SENDIRI ADALAH SIFAT ALLAH” didalam keadaan kita sedang berada didalam keadaan sangkaan ada diri
Sangkaan ada diri inilah yang akan disangka sebagai ada Allah kerana diketika sedang memperkatakan apa yang diketahui “SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA DIRI SENDIRI ADALAH SIFAT ALLAH” pada ketika masih dan sedang berada didalam keadaan sangkaan ada diri sendiri (sedang menyangka ada Allah sebagai ada diri sendiri), keberadaan diri yang sedang disangka ada itu tidak akan hilang.
BAGAIMANA ATAU APA YANG PERLU DILAKUKAN SUPAYA SANGKAAN ADA DIRI SENDIRI INI BOLIH HILANG?
5.Surah Al-Mā'idah ayat 35
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.
78.Surah An-Naba' ayat 39
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !
72.Surah Al-Jinn ayat 11
Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
PELBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID...
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 89
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.
SALAH SATU DARI BERBAGAI CARA DAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG BOLEH DILAKUKAN IALAH
BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH DIDALAM
2.Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
“BUNUHLAH DIRI KAMU” - Diri yang hendak dibunuh ialah sangkaan ada Allah yang sedang disangka sebagai ada diri sendiri.
KISAH NABI-NABI ADALAH SEBAGAI IKTIBAR DAN PENGAJARAN
12.Surah Yūsuf ayat 111
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK ADALAH MERUPAKAN TAUBAT NASUHA
3. BERTAUBATLAH DENGAN “TAUBAT NASUHA”, MUDAH-MUDAHAN TUHAN KAMU AKAN MENGHAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHAN KAMU DAN MEMASUKKAN KAMU DALAM SYURGA
Firman Allah
66.Surah At-Taĥrīm ayat 6 hingga 8
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".
66.Surah At-Taĥrīm ayat 8
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran yang apabila dilakukan perintah Allah tersebut akan menghilangkan keberadan, keakuan atau keakuan diri sendiri
Sama-samalah dibincangkan disini tentang perintah Allah yang mana satu yang apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan, keakuan atau keakuan diri sendiri... ?
JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH KEPADA MEREKA YANG TELAH MELAKSANAKAN CARA UNTUK BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATA SYIRIK IAITU DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI”
Firman Allah
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah)
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
4.Surah An-Nisā' ayat 69
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
4.Surah An-Nisā' ayat 70
Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
Jalan yang lurus yang akan dipimpin oleh Allah ialah "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SYIRIK"
Firman Allah
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr ayat 42
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
17.Surah Al-'Isrā' ayat 65
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
38.Surah Şād ayat 82
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
38.Surah Şād ayat 83
" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".
FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK
29.Surah Al-`Ankabūt ayat 65
Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK
31.Surah Luqmān ayat 22
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
39.Surah Az-Zumar ayat 2
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
39.Surah Az-Zumar ayat 3
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
KESIMPULAN DARI FIRMAN ALLAH SEPERTI DIATAS IALAH IKHLAS SAMA ERTINYA DENGAN BERSERAH DIRI BULAT-BULAT KEPADA ALLAH DAN JUGA MEMBAWA MAKSUD KEPADA BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK..
JALAN YANG LURUS IALAH JALAN ALLAH
42.Surah Ash-Shūraá ayat 51
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
42.Surah Ash-Shūraá ayat 52
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
42.Surah Ash-Shūraá ayat 53
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
NABI MUHAMMAD SAW HANYA MENYERU KEJALAN YANG LURUS
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 73
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 74
Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 75
Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.
JIKA TIDAK DIPIMPIN OLEH ALLAH, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK
Firman Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 43
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS
16.Surah An-Naĥl ayat 9
Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mungubah janjiNya
30.Surah Ar-Rūm ayat 6
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
2.Surah Al-Baqarah ayat 80
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
10.Surah Yūnus ayat 44
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
Setelah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada (afa’al, asma’, sifat atau zat) Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah, barulah seseorang itu akan berada didalam keadaan seperti firman Allah...
55.Surah Ar-Raĥmān ayat 26
Segala yang ada di muka bumi itu binasa
55.Surah Ar-Raĥmān ayat 27
Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
7.Surah Al-'A`rāf ayat 185
Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?
7.Surah Al-'A`rāf ayat 186
Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka.
10.Surah Yūnus ayat 24
Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
10.Surah Yūnus ayat 25
(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).
10.Surah Yūnus ayat 26
Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
10.Surah Yūnus atat 27
Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
16.Surah An-Naĥl ayat 128
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
BERTAQWA KEPADA ALLAH
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 102
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 103
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Adapun cara untuk bertaqwa kepada Allah
CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK BERTAKWA KEPADA ALLAH
4.Surah An-Nisā' Ayat 1
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
4.Surah An-Nisā' Ayat 2
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
Sama-samalah dibincangkan disini tentang perintah Allah yang mana satu yang apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan, keakuan atau keakuan diri sendiri... ?

[ Sumber dari FB ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan