HAKIKAT SYAHADAH

 


HAKIKAT SYAHADAH
Sudahkah kamu menjadi sebenar-benarnya ISLAM ataupun sekadar ISLAM hanya pada namanya sahaja ???
Marilah menjadi Umat ISLAM yang HAQIQI, iaitu Umat BERIMAN yang BERTAUHID HAQQ. Demi Keselamatan di Dunia dan di Akhirat...
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, daripada Ali bin Abi Talib RA berkata;
“Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa sudah hampir tiba suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya Namanya, tidak tinggal daripada Al-Qur'an itu kecuali hanya Tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada Hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada dibawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca Fitnah, dan kepada merekalah Fitnah itu akan kembali”.
(HR. Al-Baihaqi)
Kesempurnaan AQIDAH dan KEIMANAN seseorang Muslim itu adalah bergantung kepada sejauh mana ia dapat Menyempurnakan RUKUN dan SYARAT SYAHADAHNYA.
Begitulah juga AQIDAH yang telah Sempurna itu boleh sahaja Batal dan Rosak apabila RUKUN dan SYARATNYA itu dilanggar !
Maka tiadalah lagi KEIMANAN baginya, apabila telah Terbatal dan Rosak AQIDAH seseorang Muslim itu. Bahkan Kafir dan Syirik jua adanya...
LAFAZ SYAHADAH ialah :
Ertinya : “Aku Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku Bersaksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah.”
SYAHADAH ini hendaklah DILAFAZKAN dengan Lidah dan Ditasdiqkan (Ingatkan dengan tetapkan) didalam Hati.
Berikut adalah huraian mengenai RUKUN, SYARAT dan perkara-perkara yang boleh Merosakkan ataupun yang Membatalkan AQIDAH...
* RUKUN SYAHADAH.
RUKUN SYAHADAH itu memiliki empat RUKUN, iaitu :
1) Menetapkan DZAT ALLAH TA'ALA.
2) Menetapkan SIFAT ALLAH TA'ALA adalah yang paling Sempurna.
3) Menetapkan PERBUATAN ALLAH TA'ALA sebagai PERBUATAN DIA semata-mata.
4) MEMBENARKAN KEBENARAN RASULULLAH SAW.
* SYARAT SYAHADAH.
1) Menyebut atau Mengucapkan KALIMAH SYAHADAH (Diucapkan dengan Lidah).
2) Meyakini didalam Hati akan maksudnya SYAHADAH, iaitu Meyakini HAK-HAK Allah dan Rasul.
3) Jangan ada didalamnya Syak, Zann dan Waham (50 - 50 Percaya, 70 - Percaya dan 30 tidak Percaya, atau 70 tidak Percaya dan 30 Percaya),
WAJIB SOLID 100% !
4) Beramal dengan apa yang Diyakini, dan menolak segala sesuatu yang Merosakkan dan Membatalkan SYAHADAH.
* IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR.
1) Kesan Dunia,
Memberi Kebahagiaan, Ketenangan dan Keselamatan disepanjang kehidupan dan tidak akan pernah lalai dan tersesat.
2) Kesan Akhirat,
Akan membawa SYAHADAH apabila bertemu Allah TA'ALA, dan Allah TA'ALA akan bertanya KALIMAH tersebut di Alam Barzakh sehinggalah ke Padang Mahsyar.
3) Menentukan Kebahagiaan, Ketenangan dan Keselamatan Kehidupan di Akhirat.
* PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH.
1) Menyekutukan Allah TA'ALA dengan segala sesuatu.
2) Bertawakal kepada makhluk (Bergantung nasib dan takdir kepada makhluk, sedangkan konsep sebenarnya hanyalah boleh bergantung kepada Allah TA'ALA sahaja).
3) Mengkafirkan Umat Islam yang telah Nyata Islamnya dan tidak Mengkufurkan orang Kafir yang telah Nyata Kufurnya.
4) Yakin dan Percaya bahawa ideologi yang dibawa oleh umat manusia adalah lebih baik daripada Hukum Islam.
5) Mencaci Nabi dan Sunnahnya.
6) Hukum Allah TA'ALA menjadi sendaan dan gurauan.
7) Menenung nasib dan bermain sihir.
8) Membantu orang-orang kafir untuk merosakkan Islam dan umatnya.
9) Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak akan apa-apa (Murtad).
10) Menolak sebahagian daripada Al-Qur'an dan menerima sebahagian Al-Qur'an sahaja.
11) Memperjudikan Islam (Tunggang Agama atau Memperdagangkan Agama) untuk kepentingan dirinya sendiri ataupun kepentingan duniawinya.

* DUA KALIMAH SYAHADAH.
a) RUKUN SYAHADAH.
b) FARDHU SYAHADAH.
c) SYARAT SAH SYAHADAH.
1) RUKUN SYAHADAH itu mengandungi empat perkara, iaitu;
a) Mengisbatkan DZAT.
b) Mengisbatkan SIFAT.
c) Mengisbatkan AF'AL.
d) MUHAMMADAR RASULLULLAH, MUHAMMADAR BABUR ARWAH, NUR MUHAMMAD SALLALLAH.
Dengan mengikut Zahir dan Batinnya MUHAMMAD. Iaitu MUSYAHADAH NUR (Bukan Zahir sahaja).
2) FARDHU SYAHADAH.
FARDHU SYAHADAH itu ada dua perkara, iaitu;
a) IKRAR DI LIDAH :
"ASSYAHADUANLA ILA HAILLALLLAH, WASSYAHADU ANNA MUHAMMADAR RASULLULLAH...'"
b) DI TASDIQKAN DIHATI :
Iaitu Hati yang senantiasa Hadir Mendengarkan Bisikkan ALLAH... ALLAH... ALLAH...
Bukannya Mendengarkan Bisikkan IBLIS, Bisikkan HAWA NAFSU dan Bisikan ANGAN-ANGAN ataupun KHAYALAN.
3) SYARAT SAH SYAHADAH.
SYARAT SAH SYAHADAH itu ada empat perkara, iaitu;
a) Yakin ALLAH itu ADA.
b) Di IKRARKAN dengan Lidah (LAFAZ).
c) Di TASDIQ Dihati,
Iaitu senantiasa Hadir Hatinya Mendengarkan Bisikkan 'AMANAH' (DZIKRULLAH).
d) Amalkan senantiasa menjadi Darah Daging dan yang tidak tahu WAJIBLAH DIPELAJARI.
Jika tidak, maka hilanglah salah satunya.
Ertinya masih belum lagi SAH ISLAM seseorang itu (Masih Kafir dan Syirik)...
INSYAALLAH... BERSAMBUNG...
(Dengan huraian RUKUN SYAHADAH)...

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan