FALSAFAH DAN HIKMAH HAJI - BHG AKHIR
Konsep Tawaf
Mengosongkan diri dan fikiran untuk melihat hakikat diri kita yang sebenar (ujub kita) untuk dapat melihat kebesaran Allah. Hendaklah kita membuang segala sifat keakuan, aqal, keegoan, kewujudan diri untuk mendapat cinta Allah menuju kepada Allah SWT umpama kelkatu mencari cahaya. Bila kita kosongkan diri dan kita rasa perlukan Dia, Allah akan turunkan cinta itu. Allah tidak turunkan cinta melainkan kita memerlukannya.
Hakikat Tawaf :
1) Membersihkan diri dari 7 anggota zahir, mata, telinga, tangan, rambut, kaki, perut dan kemaluan.
2) Membersihkan batin kita dari kecelaan 7 sifat maani, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kalam, Sama’, Basar
Konsep Saie
Saie dari perkataan Sa’ya iaitu usaha.
Dari alam ketuhanan(Konsep Tawaf), kita memasuki pula ke alam keduniaan (Konsep Zam-Zam (Kehidupan)) iaitu seperti memberi makan kepada orang, infak dan sedeqah, banyak memberi salam, ceria dan gembira. Melihat kehidupan kita yang dicatur oleh Allah dengan mengambil iktibar dari Sabar dan Redhanya Siti Hajar dan Nabi Ismail yang ditinggallkan di tanah gersang. Jika kita mengikut jalan Allah, Allah akan meluruskannya.
Ulama’ sufi mengumpamakan berjalan ulangalik dari Safa ke Marwah umpama roh dan jasad kita berulang alik antara kedua-duanya.
Konsep Bergunting / bercukur
Memasuki alam ketuhanan ke alam kemanusiaan iaitu membangunkan dunia sebagaimana Allah kehendaki.
Memasuki kembali ke rahmat Allah (dunia dan kehidupan), untuk menjadi orang yang baru. Kembali kepada kehidupan yang penuh dengan berbagai-bagai rintangan dan halangan yang kita lalui. Berjalanlah mengikut acuan seperti yang ditentukan Allah. Tiada yang lebih baik melainkan acuan Allah.
Konsep Tertib
Mengikut agama iaitu taslim (Islam) kita kepada Alah untuk mendapat rahmat Allah.
Kesimpulan
Proses Haji merupakan proses tarbiyah terus daripada Allah SWT, perjalanan kerohanian untuk kenal diri. Di hujung perjalanan Haji, sesungguhnya kita akan belajar apa itu erti Tawakal, Sabar dan Redha sebagaimana Tawakalnya Nabi Ibrahim dan Sabar dan Redhanya Siti Hajar dan Nabi Ismail.
Ahli tariqah melihat apa yang dilalui dalam proses haji itu sebenarnya adalah satu proses untuk membuka kefahaman (aqal) untuk kita melihat bahwa sesungguhnya perjalanan untuk menuju kepada Allah itu tidak ada henti. Bukan tertakluk kepada perjalanan haji itu sahaja tetapi setiap nafas yang ada padanya di dalam keluasan ilmu Allah.
SEMOGA BERMANAFAAT.
Sumber dari...
Kuliyyah Pengajian Ybhg Ustaz Shamsul Mohd Nor :
- Tafsir Al Quran Surah Al Baqarah : 197 -202 di Bangi, 30 Ogos 2014
- Tafsir Al Quran Surah Al Baqarah : 203 – 207 di Bangi, 07 Mac 2015
- Kursus Umrah di Gombak pada 02 Jun 2013
0 comments:
Catat Ulasan