ASAS ZIKIR NAFAS

 


ASAS ZIKIR NAFAS - APA YANG PERLU DILAKUKAN IALAH KEMBALI BERNAFAS SEPERTIMANA MULA-MULA DILAHIRKAN....
Ini adalah apa yang dimaksudkan dari Hadis tentang tuntut ilmu
‎اطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ
(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)
Apa yang dimaksudkan ialah setiap seorang perlu mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku kepada bayi yang berada didalam buaian tentang cara keseluruhan ianya bernafas dan seterusnya perlu juga setiap seorang mengambil pelajaran dan iktibar pelajaran dari keadaan manyat yang berada didalam liang lahat.
Firman Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 29
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
Solat adalah mikrajnya orang mukmin - macam mana nak buat ini ?
Bagaimana cara untuk dilakukan sehingga mencapai kepada solat merupakan mikraj.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 30
Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.
FIRMAN ALLAH BERKAITAN DENGAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD DAN TAUHID
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Allah sendiri telah menerangkan didalam firmanNya
TIDAK TERTULIS KALIMAH TUHAN
18.Surah Al-Kahf ayat 109
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
31.Surah Luqmān ayat 25
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
31.Surah Luqmān ayat 26
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
31.Surah Luqmān ayat 27
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
31.Surah Luqmān ayat 28
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..
DENGAN MENGINGATI ALLAH AKAN MENTENTERAMKAN HATI MANUSIA
FIRMAN ALLAH
13.Surah Ar-Ra`d ayat 28
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
ALLAH BERFIRMAN “WAHAI JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...”
89.Surah Al-Fajr ayat 27
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
Didalam ayat ini Allah telah menerangkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
Manakala didalam Surah Ar-Ra`d ayat 28 Allah telah berfirman
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Dengan secara tidak langsung menerangkan kepada kita bahawa dengan mengingati Allah akan menjadikan seseorang itu sebagai seorang yang beriman dan beramal soleh.
TIMBUL PULA PERSOALAN BAGAIMANA HENDAK DILAKUKAN SEHINGGA MENDAPAT KEADAAN INGAT KEPADA ALLAH SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
CONTOH YANG ALLAH AJARKAN TENTANG BAGAIMANA CARA NAK MENDATANGKAN INGAT KEPADA ALLAH ... SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
"DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU" seperti didalam firman Allah
2.Surah Al-Baqarah ayat 198
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),
DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU
dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.
Sesungguhnya amal yang dilakukan untuk ingat kepada Allah sebelum daripada melaksanakan perintah Allah “INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” merupakan “SALAH JALAN IBADATNYA”
HENDAKLAH SETIAP SEORANG BERUSAHA MEMPERBAIKI AMALAN
Yang selama ini yang telah dilakukan dengan "SALAH JALAN IBADATNYA"
Firman Allah
Surah Al-Baqarah ayat 198
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),
DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU
dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.
2.Surah Al-Baqarah ayat 195
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 56
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
9.Surah At-Tawbah ayat 91
Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
9.Surah At-Tawbah ayat 120
Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang "A'raab" ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
16.Surah An-Naĥl ayat 119
Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
16.Surah An-Naĥl ayat 128
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Ada dikalangan manusia yang membantah tentang apa yang telah Allah ajarkan ini dengan membuatkan kenyataan "APA PERLUNYA NAK DISEBUT-SEBUT LAGI" sedangkan ini adalah cara yang telah Allah ajarkan untuk INGAT KEPADA ALLAH...
Kenyataan seperti ini telah menyalahi dengan kenyataan yang terdapat didalam firman Allah tentang bagaimana cara nak ingat kepada Allah
Berhubung dengan perkara ini Allah telah memperjelaskan didalam Surah Al-'Isrā' ayat 38
Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
4.Surah An-Nisā' ayat 59
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
CARA UNTUK MENYEBUT NAMA ALLAH PULA BOLEH DILAKUKAN SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH PADA
7.Surah Al-'A`rāf ayat 180
‎وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 181
‎وَمِمَّنْ خَلَقْنَا أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ
Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 182
‎وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 183
‎وَأُمْلِي لَهُمْۚ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ
Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
‎قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَۖ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH ATAU NAMA-NAMA ALLAH YANG BAIK SERTA MULIA BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT DIDALAM
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
JADI BAGAIMANA HENDAK MELAKSANAKAN FIRMAN ALLAH
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dengan cara menyebut nama Allah melalui lisan lidah boleh dilakukan mengikut dari firman Allah pada
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Yang cara untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati boleh dilakukan mengikut huraian yang telah dihuraikan melalui hadis Nabi saw seperti dibawah
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
Sebut nama Allah didalam keadaan lidah tertongkat kelangit-langit itulah yang dimaksudkan menyebut Allah didalam qolbi / hati ...
Setelah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah, seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah, boleh seseorang itu melaksanakan mengikut sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw.
Sabda Rasulullah saw melalui hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi
Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?
Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.
Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.
Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.
Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?
Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.
Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.
Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.
Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :
Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.
“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.
“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.
Ini akan berlaku sepertimana peristowa Nabi Musa yang telah Allah jelaskan didalam firmanNya pada
7.Surah Al-'A`rāf ayat 143
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata:
"Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu".
Allah berfirman:
"Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu",
Setelah Tuhannya "Tajalli" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka)
"TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)
Sebenarnya Tajalli Allah akan berlaku setelah diri sendiri dan makhlok selain daripada Allah binasa iaitu tidak ada lagi didalam perkataan yang diperkatakan, tidak lagi ada yang bemain-main didalam pemikiran dan tidak ada lagi yang terlintas didalam lintasan hati tentang keberadaan diri sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah
Juga seseorang itu bersih daripada sangkaan tentang keberadaan Allah.
Sangkaan tentang keberadaan Allah ialah keadaan dimana memperkatakan dengan lisan lidahnya, memikirkan dengan pemikirannya dan masih ada yang terlintas didalam hatinya tentang keberadaan Allah diketika seseorang itu masih lagi sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri serta keberadaan sesuatu yang lain selain daripada Allah
Jadi keadaan bersih daripada sangkaan tentang keberadaan Allah ialah seseorang itu tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidahnya, tidak lagi ada yang difikirkan dengan pemikirannya dan tidak ada lagi yang terlintas didalam hatinya tentang keberadaan Allah diketika sedang merasakan keberadaan diri sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain daripada Allah.
Ada rahsia tersirat yang perlu dketahui disini..
Didalam menumpukan kepada turun naik pernafasan (mesti lakukan pernafasan seperti mana bayi didalam buaian bernafas - sabda Nabi saw "tuntutlah ilmu dari bayi yang didalam buaian")
Cara perlaksanaan ... Zikir nafas (asas)
Mesti berlatih bernafas sepertimana kita mula-mula dilahirkan dulu iaitu bila tarik nafas perut kembung (automatik dubur akan terkemut), bila melepaskan nafas perut akan kempes....
DISINI TELAH MENUTUP DUA PINTU SUPAYA SEMASA PENGHABISAN NAFAS TIDAK TERKELUAR MENGIKUT PINTU INI .... JIKA TIDAK DITUTUP PINTU INI NAFAS YANG AKAN DICABUT DIKETIKA SAKARATUL MAUT AKAN TERKELUAR DARI DUA PINTU INI. MENYEBABKAN IA KEMBALI KEPADA TUHANNYA MENGIKUT JALAN YANG SALAH KERANA SEMASA DATANG NAFAS TELAH DIMASUKKAN MENGIKUT UBUN-UBUN, BUKAN MENGIKUT DUA PINTU INI.
Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada turun naiknya pernafasan yang sedang berlaku... (Guna pernafasan asal- tumpukan kepada sifat hidup)
Semasa menarik nafas didalam masa yang sama akan berlaku zikir Huu (tidak perlu disebut samada dengan mulut atau dengan hati) Ianya akan berlaku dengan sendiri... Cukup hanya dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada turun naiknya nafas yang sedang keluar masuk sahaja..
Semasa menghembuskan nafas, didalam masa yang sama akan berlaku zikir Allah (tidak perlu disebut samada dengan lidah atau pun hati ), cukup dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada turun naiknya nafas yang sedang berlaku sahaja...
Biar nafas yang berzikir .... Zikirnya adalah seperti yang telah diterangkan seperti diatas...
Kerja kita hanya menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada turun naiknya pernafasan sahaja, zikirnya akan berlaku dengan sendiri...
Semasa ini hendaklah tungkatkan lidah kelangit-langit untuk menutup tujuh pintu dibahagian atas, supaya nafas tidak keluar mengikut tujuh pintu tersebut dan membenarkan nafas naik keubun-ubun melalui lidah yang ditungkatkan kelangit-langit.
Jika tidak ditungkatkan lidah kelangit-langit, semasa penghabisan nafas diketika sakaratul maut nafas akan keluar dari mana-mana tujuh pintu tersebut. Ini adalah jalan yang salah kerana semasa datang dulu nafas telah dimasukkan mengikut ubun-ubun.
Dan semasa hendak kembali ia juga mesti keluar mengikut ubun-ubun juga
Firman Allah
"sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)."
(Surah Al-'A`rāf ayat 29)
Adalah dinasihatkan supaya melakukan tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada ada yang sedang dirasakan dengan sebulat tumpuan, didalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya..
Supaya mendapatkan kemahiran melakukan kedua-dua perkara tersebut didalam satu masa yang sama....
Apabila telah mendapat kemahiran melakukan kedua perkara tersebut didalam satu masa yang sama, disinilah akan berlaku penyaksian dan pengakuan keatas apa yang sedang disaksikan itu adalah sifat ada Allah..
Setelah mahir melakukan menyebut nama Allah secara lisan lidah, lakukan cara untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati, juga sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah
Setelah mendapat kemahiran ini barulah dilakukan asas zikir nafas tersebut..
Kemahiran melakukan dua perkara didalam satu masa yang sama adalah diperlukan untuk membantu melakukan asas zikir nafas seperti diatas...
Perbuatan menarik nafas membawa maksud kepada sedang berlakunya sebenar-benar penyerahan kepada Allah iaitu (laa maujudun, laa haiyun, laa 'alimun, laa khodirun, laa muridun, laa basirun. Laa sami'un, laa mutakallimun bil haqqi illallah) atau memasukkan diri yang zahir kedalam diri yang batin dan memasukkan diri yang batin kedalam Allah
Ada juga yang menyebut memasukkan Adam kedalam Muhammad dan memasukkan Muhammad kedalam Allah
zikirnya ialah Huu yang tanpa perlu disebut... Maksudnya akan berlaku dengan sendiri iaitu dengan maksud lain, perbuatan menarik nafas itulah yang sedang menyebut kalimah Huu tersebut..
Perbuatan menghembuskan nafas membawa maksud sedang berlakunya tiada daya nak mengerjakan kebaikan dan tiada upaya hendak menjauhkan kejahatan melainkan dengan daya dan upaya Allah sendiri - (LAA KHAULAWALA KHUWA TA'ILLA BILLAH)
zikirnya ialah Allah yang tanpa perlu disebut samada melalui lidah atau hati, dengan kata lain zikir Allah diketika keluarnya nafas akan berlaku dengan sendiri iaitu perbuatan keluarnya nafas itulah yang sedang menyebut nama atau kalimah Allah ...
Melakukan asas zikir nafas yang telah didahulukan dengan mendapat kemahiran dengan melakukan dua perkara (tumpukan dengan sebulat tumpuan kepada apa yang sedang dirasa dan menyebut Allah sebanyak-banyaknya) didalam satu masa yang sama, berdasarkan kepada firman Allah pada
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
akan berlaku pula sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah berkaitan bertaubat dari melakukan perbuatan syirik
2.Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu bunuhlah diri kamu.
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
KISAH NABI-NABI ADALAH SEBAGAI IKTIBAR
12.Surah Yūsuf ayat 111
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
Kisah nabi-nabi mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang memunyai akal fikiran.
Untuk ini mari sama-sama dilihat siapakah orang yang mempunyai akal fikiran (berakal)?
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 190
‎إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Ulil Albab)
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Untuk menjadi seorang yang berakal iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan semasa berbaring mengiring setiap seorang mesti tahu, boleh menghuraikan bagaimana nak lakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga ia akan mendapat keadaan mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan semasa berbaring mengiring.
Supaya membuktikan yang seseorang itu tidak memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan.
Janji yang telah dijanjikan oleh Allah kepada sesiapa yang telah melaksanakan perintah Allah untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" yang tertera didalam firman Allah pada
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
4.Surah An-Nisā' ayat 69
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
4.Surah An-Nisā' ayat 70
Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
Lagi sekali diingatkan sebelum melakukan asas zikir nafas ini, hendaklah terlebih dahulu dilakukan latihan untuk mendapat kemahiran melakukan dua perkara (iaitu tumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada apa yang sedang dirasa dan menyebut Allah dengan sebanyak-banyaknya) didalam atau pada satu masa yang sama...
Dimulai dengan menyebut nama Allah dengan lisan lidah dan diikuti pula dengan menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati.
Tanda sedang menyebut nama Allah melalui lisan lidah ialah bergeraknya lidah pada setiap sebutan nama Allah yang disebut.
Tanda sedang menyebut nama Allah didalam hati ialah bergeraknya bulu ruma tunggal atau kunci nyawa pada setiap kali menyebut nama Allah, satu hayunan kunci nyawa akan terhasil satu sebutan nama Allah secara tersembunyi didalam hati
INI ADALAH SEPERTI TAPAK BAGI SEBUAH RUMAH .....
SEDIKIT HURAIAN TENTANG NAFAS YANG ADA KAITAN DENGAN MALAIKAT..
Pekerjaan Allah yang meniup sangkakala (memasuk dan mengeluarkan nafas) tiupan yang pertama rosak binasa sekalian alam (mati) iaitu masuknya nafas, tiupan yang kedua hidup kembali iaitu keluarnya nafas,
Ini ditunjukkan didalam firman Allah
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 27
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya..
Pekerjaan Allah yang meniup sangkakala dinamakan dengan nama Malaikat Isrofil bernyawa lemah lembut (ya latif)
Nafas kita ialah afa'al bagi roh, roh itu menyatakan nufus iaitu yang tidak masuk dan keluar.
Disinilah pertemuan diantara hamba dengan tuhannya. Dipanggil makam Al-fatihah @ sebenar bismillah @ Nur muhammad.
Apabila berlaku perhimpunan nafas, anfas, tanafas dan nufus dipanggil roh izofi, roh izofi itulah roh kudus, roh kudus itulah ruhullah ( keseluruhan itu dipanggil amar robbi - pekerjaan tuhan) berlaku pada ubun2.
Tidak ada satu pun yang melata melainkan Dia yang menguasai ubun-ubunnya. Dan Tuhanku adalah di atas jalan yang lurus. ( Ayat 56 : Surah Hud )
11.Surah Hūd ayat 56
"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasai ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.
Ialah sidrotul muntaha, pintu loh mahfuz, pintu langit.
Kembali kerahmatullah ialah sentiasa duduk didalam afa'al Allah.
DISINILAH TERDAPAT RAHSIA DIMANA PERLUNYA MELAKUKAN PERNAFASAN SEPERTIMANA BAYI DIDALAM BUAIAN BERNAFAS SEPERTI YANG TELAH DITUNTUT OLEH SABDA NABI SAW "TUNTUNLAH ILMU DARI BAYI YANG DIDALAM BUAIAN, SEHINGGALAH KEPADA MANYAT YANG DIDALAM LIANG LAHAT" DAN MELAKUKAN DIDALAM KEADAAN SENTIASA TONGKATKAN LIDAH KELANGIT-LANGIT...
Ada rahsia tersirat yang perlu dketahui disini..
JALAN YANG LURUS IALAH JALAN ALLAH
42.Surah Ash-Shūraá ayat 51
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
42.Surah Ash-Shūraá ayat 52
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
42.Surah Ash-Shūraá ayat 53
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
NABI MUHAMMAD SAW HANYA MENYERU KEJALAN YANG LURUS
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 73
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 74
Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 75
Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.
JIKA TIDAK DIPIMPIN OLEH ALLAH, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK
Firman Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 43
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS
16.Surah An-Naĥl ayat 9
Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
ORANG YANG AKAN DIPIMPIN OLEH ALLAH KE JALAN YANG LURUS IALAH ORANG YANG TELAH MELAKUKAN PERINTAH ALLAH
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Yang ramai dikalangan manusia tidak akan melakukannya kecuali sedikit sahaja dikalangan manusia yang akan melakukan perintah tersebut.
Ini juga telah diperjelaskan oleh Allah didalam firmanNya pada Surah An-Nisā' ayat 66
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Seterusnya Allah memperjelaskan juga didalam Surah An-Nisā' ayat 66
"Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka)."
Didalam Surah An-Nisā' ayat 67 Allah telah memperjelaskan
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
Seterusnya didalam Surah An-Nisā' ayat 68 Allah menegaskan ...
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Salah satu daripada firman Allah yang telah memperjelaskan tentang satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan ialah
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr ayat 42
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
Dengan ini menunjukkan bahawa "JALAN YANG LURUS" ialah "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"
Secara tidak langsung firman Allah pada surah An-Nisā' dari ayat 66 hingga ayat 68 memperjelaskan bahawa Allah akan memimpin orang yang telah melakukan perintah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Kejalan yang lurus dengan maksud Allah akan menjadikan orang yang melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Sebagai seorang "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"

[ Sumber dari Adnan Dahalan
 Awalludin Ma'rifatullah ] 



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan