RAHSIA DIRI ITU NAFAS

Inilah pada menyatakan bahawa di dalam badan manusia itu ada 4 bahagian:

NAFAS..ANFAS..TANAFAS..NUFUS

Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAFAS itu saperti ANFAS. Maka keempat-empat itu berperingkat sampai kepada NUFUS
Nufus itu saperti rupa ZAT. 

Zat itu saperti rupa SIFAT Sifat itu saperti rupa ASMA’. Asma’ itu saperti rupa AF’AL.
Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi
AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU
Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya.
SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala.
Barangsiapa mengenal BADANnya , ia akan mengenal NYAWAnya.
Barangsiapa mengenal nyawanya, ia akan mengenal SIRRnya.
Barangsiapa mengenal Sirrnya , ia akan mengenal TUHANnya yang qadim adanya.

YANG KELUAR itu bernama NAFAS
Yang dinamai ANFAS itu gerak dari hidung sampai ke bawah leher.
Yang dinamai TANAFAS itu gerak dari bawah leher sampai ke hati.
Yang dinamai NUFUS itu di dalam Hati. 

Itulah HAKIKAT NYAWA. AWALUDDIN MA'RIFATULLAH
Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.

Firman Allah :
Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engkau Kenal Aku
Ashabul Kahfi 7, 12 21

RAHSIA ZIKIR NAFAS
(HURAIAN BAB : 1)

- Mengenal NAFAS.
- Mengenal asal usulnya NAFAS.
- Mengenal datangnya NAFAS.
- Mengenal tempatnya NAFAS.
- Mengenal puncak kedatangnya NAFAS.
- Menghargai NAFAS dengan Haqqul Yakin.
- Melihat kedatangan NAFAS daripada pandangan Ainul Yakin.
- Tarbiyyah Diri dengan Muttu' Qablaantammutu (hadits).

LATIH MEMATIKAN DIRI.
- Latih PERGERAKAN ALLAH;
Dengan memulangkan DZAT, SIFAT, ASMA, AF’AL ALLAH.
Juga dengan MURAQABAH dan MUSYAHADAH.

- Latih ILMU ALLAH;
Dengan KALIMAH SYAHADAH dan SYUHUD.
QUDRAT - Kekuasaan.
IRADAT - Berkehendak.
ILMU - Pengetahuan dan Kefahaman.
HAYAT - Kehidupan.

Bagi kaum Arifbillah' :
NAFAS adalah Cerminan daripada ROH, dan NAFAS adalah Kembaran bagi ROH...
ROH adalah HAKIKAT,
NAFAS adalah SYARIATNYA di alam ini...
ROH itu di ibaratkan KAPAL,
NAFAS itu pula bagaikan OMBAK.
Maka jikalau tenang OMBAKNYA, maka tenanglah juga perjalanan KAPALNYA...

Begitulah juga dengan ROH !
Jika NAFAS seorang hamba itu tenang, maka ia akan memberi kesan kepada ROHNYA.
Kaum Arifbillah' dan Ahli Rohani teramat-amatlah mementingkan LATIHAN PERNAFASAN ini.
Apabila PERNAFASANNYA baik, maka akan baiklah PERJALANAN ROH dengan RABB nya.
EMOSI teramat-amatlah mempengaruhi PERNAFASAN, baik ia di dalam keadaan marah, “stress” ataupun tenang.
 
Jikalau seseorang itu berhasil mengawal EMOSINYA, maka akan TENANGLAH ia. Mereka yang tidak mementingkan ROHANINYA adalah seperti JASAD yang tidak adanya ROH. Maka mereka-mereka itu teramat-amatlah mudah dibodohi dan disesatkan oleh Iblis dan Syaitan...Apa gunanya sebatang JASAD walaupun ianya adalah seorang raja ataupun seorang yang cantik dan kaya jikalau tidak adanya ROH dan NYAWA ?

Maka nanti, akan di kebumikanlah orang itu dengan secepat mungkinnya (Mayat namanya itu).
ROH dan KEROHANIAN itu teramat-amatlah penting sekali didalam memahami Pengertian Hidup dan Perjalanan Hidup ini !

NAFAS berasal daripada ROBBUL ALAMIN...
Bagaimanakah mengenal Turunnya dan Naiknya NAFAS ini daripada sebatang Tubuh yang tidak ada Hawl dan Quwwah...?

Bagaimanakah ratusan ribu bahkan jutaan makhluk menerima NAFAS Turun dan NAFAS Naik dengan secara sistematik ? Dan juga secara teratur tanpa ada sedikitpun gangguan, dan tidak kehilangan satu NAFAS pun yang terkendala di dalam jutaan tahun. Kecuali jikalau sudah sampainya ajal maut seseorang itu dengan Takdir NAFAS dan usia Hayyatnya ?

NAFAS adalah sumber Kehidupan, tanpa NAFAS maka hancurlah Kehidupan itu. NAFAS adalah Al-Hayat yang datang daripada Tuhan, maka NAFAS itu adalah RAHSIA ILAHI. Para Ulama SUFI telah mengamalkan ZIKIR NAFAS ini untuk PEMBERSIHAN ROHANINYA...Manakala Para Ahli “Tenaga Dalaman” pula telah mengamalkan PERNAFASAN ini untuk mengaktifkan Tenaga Ghaibnya. Sehinggalah dapat melakukan perkara-perkara dengan kekuatan JASAD.

Kaum SUFI menamakannya sebagai 'NASMA'. Yaitu gabungan diantara ROH, JASMANI dan JASAD.
ZIKIR NAFAS adalah sebagai dynamo Penggerak ke semua Sistem ROHANI dan JASMANI.

"ZIKIR NAFAS adalah merupakan 'IBU' daripada segala Zikir yang mempunyai banyak keistimewaan. Yaitu mampu membersihkan segala kotoran didalam JASAD dan ROHANI."

ZIKIR NAFAS ini adanya pecahan dan rangkaiannya tersendiri. Saya cuba huraikannya;
Pecahan ZIKIR ini ialah ZIKIR NUFUS, ZIKIR TANAFAS dan ZIKIR ANFAS.
Keempat-empatnya ini saling berkaitan diantara satu sama dengan yang lainnya.
Bermulanya daripada NAFAS itu, kerana ANFAS.
Hidup ANFAS itu kerana NUFUS,
Hidup NUFUS itu dengan RAHASIA
dan RAHASIA itulah merupakan "DIRI RAHASIA ALLAH".
NUFUS, ANFAS dan TANAFAS itu adalah satu perkara yang Ghaib. Yang wujud tanpa dapat Dirasakan dan tidak boleh dilihat sepertinya juga NAFAS.

Kurang Adab jikalau membicarakan sesuatu yang tidak boleh dibuktikan dengan ILMU YAKIN, ataupun AINUL YAKIN. Kerana ini akan menimbulkan Fitnah yang besar kepada sesiapa sahaja yang membicarakannya kelak. Sudah menjadi kelazimannya umat manusia akan saling menolak sesuatu yang tidak tercapai oleh AKAL dan ILMUNYA.
 
Meskipun jalan yang paling baik adalah, jika ia mendiamkan diri (Tawakuf) di samping belajar untuk memahaminya sahaja. Kedudukan SISTEM BATIN dan KEROHANIAN ini bergerak dengan QUDRAT yang MUTLAK, dan hanya dapat dilihat dengan MATA HATI (BASHIRAH) oleh mereka-mereka yang telah HIDUP HATINYA secara Zahir dan Batin. Tanpa ILMU MATA HATI, memanglah HATI itu tidak akan Terbuka dan Hidup, dan tidak akan dapat memperhatikan KEAJAIBAN HATI ini.
 
- Kedudukan ANFAS ialah di HIDUNG.
- Kedudukan TANAFAS di TELINGA.
- Kedudukan NUFUS di JANTUNG.
- Kedudukan NAFAS ialah di MULUT.

ANFAS , NAFAS , TANAFAS dan NUFUS ini merupakan satu “KUASA” ataupun keadaan yang Keluar dan Masuk (Bergerak) didalam Tubuh seseorang umat manusia.
Apakah INSAN akan mudah memahami Pergerakan SISTEM KEROHANIAN ini tanpa Mengenal RABB nyadan ILLAH nya...??? 

Sama sekali INSAN itu tidak akan Mengenal RABB nya tanpa ILMU KALIMAH :
"LAA ILAHA ILLALLAH." Kesemua Sistem Penggerak NAFAS, ANFAS, TANAFAS adalah satu Sistem
Unggul dan Ajaib yang penuh dengan MUKJIZAT.
- TANAFAS bergerak di TELINGA.
- NUFUS bergerak di JANTUNG.
- ANFAS bergerak di HIDUNG.
- NAFAS pula di MULUT.
 
Di antara keempat-empat unsur ini, NAFASLAH yang boleh Dirasai dan Disentuh serta mudah untuk diyakini (Jikalau kita membicarakannya). Kerana setiap orang boleh Merasakannya dengan Perasaan Zahir.  Justeru itu didalam bab ini, kita hanya akan membicarakan ZIKIR NAFAS sahaja...

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan