Hakikat Puasa...



Antara puasa dan taqwa.....
Saudara tentu sudah mengetahui bahwa tujuan dari puasa itu agar bertaqwa..... Bagaimana suatu puasa itu boleh mem,beri kesan meningkatnya taqwa......??
Puasa sendiri merupakan jalan atau pusat pengendalian rasa..... Pusatnya rasa.....
Rasa yang liar, yang tak terkendali, yang tidak mau tunduk itulah yang harus dipuasakan atau dipenjara, ditahan dengan sepenuh hati..... Agar rasa yang liar itu menjadi jinak dan nurut.....
Rasa yang jinak itulah rasa ketuhanan, rasa yang selalu tunduk dan patuh serta ingat kepada Allah, ia adalah hakekat rasul di dalam hati kita..... Ia akan membimbing dengan risalah atau pengajaran dari dalam qolbu yang jernih.... Pengajaran itulah tarbiyah ilahiyah yang kita terima berupa kepekaan ilham yang tinggi..... Kesemua itu yang disebut sebagai ketaqwaan.... Yaitu rasa yang telah tunduk kepada Robbnya.....
~Abah syekh muhammad zuhr

Hakikat Puasa...

RAHSIA ATAU MAKSUD PUASA DIFARDHUKAN PADA SIANG HARI
Jika ditilik dengan cermat, siang atau malam itu hanyalah istilah bagi menggambar keadaan BUMI dengan CAHAYA MATAHARI.
Bilamana BUMI menerima pancaran CAHAYA MATAHARI maka dikatakan BUMI mengalami SIANG
Bilamana BUMI tanpa pancaran CAHAYA MATAHARI maka dikatakan BUMI mengalami MALAM
Jadi jika situasi diatas dibawa kepada DIRI, maka dapatlah dikiaskan seperti berikut :
BUMI itu adalah kiasan kepada JASAD
CAHAYA MATAHARI itu adalah kiasan kepada ROH
SIANG itu adalah kiasan kepada HIDUP @ KEHIDUPAN (Jasad bersama Roh)
MALAM itu adalah kiasan kpd MATI @ KEMATIAN (Jasad tanpa Roh)
PUASA itu adalah kiasan kepada proses mengenal diri-mengenal allah
Maka dari kiasan diatas dapatlah ditafsirkan bahawa rahsia atau maksud difardhukan puasa pada siang hari itu ialah…
“ MENGENAL DIRI (Puasa) difardhukan pada setiap manusia yang masih HIDUP (Siang) sebelum datangnya MATI (Malam) “
Maksudnya, setiap manusia yang masih hidup perlu mengenal diri dan mengenal allah sebelum datangnya kematian.
#2 – APAKAH YANG SEBENAR DICARI DIDALAM PUASA
Kita sedia maklum, didalam bulan Ramadhan adanya Lailatulqadar , maka lailatulqadar inilah yang dicari didalam puasa
Jika Lailatulqadar itu dibawa kepada DIRI maka yang dicari didalam puasa adalah mencari yang sebenar-benar HIDUP dan sebenar-benar WUJUD
Bagaimanakah caranya….??
Baiklah…begini caranya mencari yang sebenar-benar HIDUP, yang sebenar-benar WUJUD…
Semasa didalam alam rahim dan sebelum dilahirkan ke alam syahadah @ alam dunia, Allah swt telah meniupkan atau menyatukan ROH kedalam JASAD maka terciptalah MANUSIA.
Setelah dilahirkan ke alam syahadah atau alam dunia, MANUSIA akan dikepilkan atau dibekalkan dengan satu sifat yang dipanggil AKU atau KEAKUAN.
Maka semasa manusia masih HIDUP, sifat KEAKUAN ini perlu dileburkan sebelum datangnya MATI.
Proses meleburkan sifat keAKUan ini dinamakan PUASA atau Mati Sebelum Mati.
Seperti kita sedia maklum, setiap manusia dilahirkan dengan penzahiran 7 sifat maani iaitu :
SAMAK, BASAR, KALAM, QUDRAT, IRADAT, HAYAT, ILMU
Semenjak dari lahir, 7 sifat maani ini akan sentiasa terzahir selagi manusia masih hidup.
Disebabkan sifat KEAKUAN yang kuat, manusia menyangka bahawa ke-7 sifat diatas adalah miliknya

BASAR -- aku yang melihat
SAMAK – aku yang mendengar
KALAM – aku yang berkata-kata
QUDRAT – aku yang berkuasa
IRADAT – aku yang berkehendak
HAYAT – aku yang hidup
ILMU – aku yang tahu
Proses PUASA atau Mati Sebelum Mati itu ialah dengan menafikan 7 sifat maani diatas dan mengisbatkan kepada yang empunya sifat, ALLAH MAHA AGUNG.
BASAR – Yang melihat itu ALLAH, bukan mata aku
SAMA' Yang mendengar itu ALLAH, bukan telinga aku
KALAM – Yang berkata-kata itu ALLAH, bukan mulut atau lidah aku
QUDRAT – Yang gagah itu ALLAH, bukan kaki-tangan aku
IRADAT – Yang berkehendak itu ALLAH, bukan aku
HAYAT – Yang hidup itu ALLAH, bukan aku
ILMU – Yang tahu itu ALLAH, bukan aku
Maka setelah melalui proses diatas, maka mengenallah sudah si manusia bahawa sesungguhnya JASADnya itu pada hakikatnya MATI tidak pernah hidup dan yang sebenar-benar HIDUP itu hanya ALLAH MAHA AGUNG sahaja.
Manakala setelah Baqo’ didalam WAJAH ALLAH maka tetaplah atau TABDI lah menusia itu bahawa sesungguhnya ALLAH itu HIDUP-NYA dan WUJUD-NYA tanpa berAWAL dan tanpa berAKHIR
LAA HURFUN WALA SHAUTIN…
AHAD, AHAD, AHAD….
Sesungguhnya kefahaman itu milik allah yang maha agung.
Usah mengambil faham...
Sirr Rabbani
[ Sumber dari FB ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan