BACAAN SELAWAT ANTARA SOLAT SUNAT TARAWIH MENOLAK AQIDAH SYIAH RAFIDHAH

 

BACAAN SELAWAT ANTARA SOLAT SUNAT TARAWIH MENOLAK AQIDAH SYIAH RAFIDHAH
'Tarodhi' = Membaca "radhiyaallahu anhu"
Contohnya ketika bilal menyebut nama sahabat Abu Bakrin Siddiq, maka jama'ah menyebut "rodhiyaallahu anhu"
Sudah menjadi tradisi bahawa setiap kali selang-seli solat sunat Tarawih, biasanya bilal akan membaca selawat dan do'a kepada sahabat nabi atau yang disebut "tarodhi/taradhi", dan jika kita melihat hukumnya versi bukan Ahli Sunnah Waljamaah pasti pembacaan selawat ini ditentang keras atas alasan bid'ah.
Apakah hukum sebenarnya menurut Ulama Ahli Sunnah Waljamaah?
Seperti biasa mari kita jawab menggunakan kitab kuning.
1. Disunnahkan memisah-misahkan solat dengan berbicara/ucapan
Rasulullah saw bersabda,
أَنْ لاَ تُوصَلَ صَلاَةٌ حَتَّى نَتَكَلَّمَ أَوْ نَخْرُجَ
“Janganlah menyambung satu solat dengan solat yang lain, sebelum kita berbicara atau berpindah dari tempat solat”
Syeikh Zainuddin Al-Malibar menegaskan seperti berikut
ويندب أن ينتقل لفرض أو نفل من موضع صلاته ليشهد له الموضع حيث لم تعارضه فضيلة، نحو صف أول، فإن لم ينتقل فصل بكلام إنسان (فتح المعين - ج 1 / ص 219)
Dianjurkan berpindah dari tempat solat pertama kerana akan melaksanakan solat fardu atau solat sunat yang lain, hal ini bertujuan agar tempat yg baru itu turut menjadi saksi, jika memang tidak bertentangan keutamaanya, misalnya seperti jika telah berada dibarisan / saf awal. Dan apabila tidak berpindah maka disunnahkan memisah dua solat tersebut dengan ucapan/perkataan (Fath al-Muin 1/2190)
2. Bacaan "Taradhi" adalah bacaan yang mempunyai nilai ibadah
Dalam Kitab al-Qasidah al-Bakriyyah alu Hadhramiyyah fii aL-Raddi 'Ala al-Rafidhah al-Imamiyah dan kitab ini (berupa bait-bait qasidah) yang isinya adalah muqabalah (bertentangan) atas pemahaman golongan Syiah Rafidhah Imamiyah yang terlalu memuliakan Sayyidina Ali dan mencaci Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq.
Salah satu isinya adalah tentang membaca "Taradhi" (Radhiyallahu 'anhu) kepada sahabat nabi yang empat (Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali Radhiyallahu 'anhum)
القصيــــدة البكـــرية الحضرمية
في الرد على الرافضة الإمامية
فإن كنت من أهل السنة والجماعة فترض عن الصديق إرغاماً للرافضة الذين ينالون منه، وقد اشتهر الترضي عند أهل حضرموت بذكر الأربعة في مجامعهم في أمرين:
Jika anda sebahagian dari Ahli sunnah Wal Jama'ah, maka bacalah taradhi ke atas Sayidina Abu Bakar dengan kuat untuk Menolak pemahaman Syiah Rafidhah.
Dan telah masyhur pembacaan taradhi dikalangan muslimin Hadramaut Yaman, dalam perkumpulan mereka ketika disebutkan nama sahabat empat , iaitu pada dua perkara :
أحدهما: خطبة الجمعة، ففي فتاوى ابن حجر ما نصه: وأما حكم الترضي عن الصحابة في الخطبة فلا بأس به سواء أذكر أفاضلهم بأسمائهم كما هو المعروف الآن أم أجملهم، ونقل الرملي في حاشيته عن ابن عبد السلام إن الترضي عن الصحابة رضي الله عنهم على الوجه المعهود في زماننا بدعة غير محبوبة، وبحث بعضهم استحبابه حيث كان في بلد الخطبة مبتدع لا يحب الصحابة إذا لم يؤد ذلك إلى فتنة.
وثانيهما: الترضي بين تسليمات التراويح، فيبدأ بالصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ثم الترضي على الأربعة، وقد سئل الفقيه باحويرث في فتاويه هل تسن الصلاة عليه صلى الله عليه وسلم بين تسليمات التراويح أو هي بدعة فنقل جواب ابن حجر بما حاصله الصلاة في هذا المحل بخصوصه لم نر فيه شيئاً من السنة ولا في كلام الأصحاب، فهي بدعة ينهى عنها من يأتي بها بقصد كونها سنة لا من حيث العموم بل جاء في الحديث ما يؤيد الخصوص إلا غير كاف في الدلالة لذلك
Pertama, dalam khutbah Juma'at. Sebagaimana yang dijelaskan Imam Ibnu Hajar dalam Kitab "Fatawa" nya : Adapun membaca "taradhi" ketika khutbah itu tidak mengapa, baik dalam penyebutan keutamaan mereka atau penyebutan nama-nama mereka seperti yang telah diketahui.
Kedua, membaca "taradhi' diantara raka'at Tarawih. Dimulai dengan membaca selawat pada Baginda Nabi SAW, kemudian membaca "taradhi" kepada sahabat empat.
Al-Faqih Bahuwairas ditanya dalam "Fatawa"nya : "Apakah disunnahkan membaca selawat pada Nabi SAW diantara Tarawikh, atau yang demikian adalah bid'ah ?". Al-Faqih menjawab dengan apa yang disampaikan Ibnu Hajar : Dalam pengkhususan ini (menempatkan membaca selawat diantara salam Tarawih) kami tidak menemui dalil apapun dari hadis dan ucapan para sahabat Nabi SAW. Dihukumkan bid'ah jika yang membaca selawat dan "taradhi" tersebut menyakini hal tersebut ada tuntunannya dari Nabi atau sahabat (menyakini ada hadis atau atsar atas pembacaan tersebut).
Namun jika pembacaan selawat dan "taradhi" di bacakan atas dasar dalil yang umum , maka itu tidak mengapa dan mengandungi nilai ibadah.
3. Istirahat sejenak setelah salam Tarawih adalah disunnahkan
Kata Tarawih berasal dari kata "raaha" ertinya istirahat, atau santai, atau tidak tergesa-gesa dalam pelaksanaannya, dalam erti tidak langsung berdiri lagi ketika selesai dari dua rakaat tarawih, namun boleh istirahat beberapa saat dan dalam istirahat ini tidak harus diam tanpa melakukan apa-apa ,namun para ulama (khususnya Ulama' dari Hadramaut - Yaman) menganjurkan untuk mengisi masa istirehat tersebut dengan zikir dan dalam hal ini membaca selawat dan taradhi dengan acuan apa yang disampaikan Imam Ibnu Hajar memahami hadis dianjurkannya membaca zikir dan do'a pada setiap akhir solat dan anjuran memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad saw
Imam As-Sarkhasiy berkata :
الفصل الرابع في الانتظار بعد كل ترويحتين: وهو مستحب هكذا روي عن أبي حنيفة رحمه الله تعالى، لأنها إنما سميت بهذا الاسم لمعنى الاستراحة، وأنها مأخوذة عن السلف وأهل الحرمين فإن أهل مكة يطوفون سبعاً بين كل ترويحتين كما حكينا عن مالك رحمه الله تعالى
“Fasal keempat pada permasalahan duduk menunggu setelah dua Tarawikh (maksudnya adalah setelah dua kali salam), bahawasanya ia dibolehkan (mustahab), seperti inilah diriwayatkan dari Abu Hanifah rahimahullahu Ta’ala. Kerana sesungguhnya ia dinamakan dengan nama tarawikh yang bermakna istirehat dan diambil dari perbuatan para salaf dan penduduk Haramain bahawa penduduk Mekah melaksanakan tawaf tujuh kali diantara tiap dua tarawih sebagaimana diriwayatkan kepada kami dari Imam Malik Rahimahullahu Ta’ala.” [Al-Mabsuuth 2/146]
Imam Zakariyya Al-Anshaariy berkata :
وسميت كل أربع منها ترويحة، لأنهم كانوا يتروحون عقبها، أي يستريحون
“Dan setiap empat raka’at darinya dinamakan tarwiihah (dengan bentuk tunggal), kerana mereka dahulu berhenti setelahnya, iaitu beristirehat.” [Asnaa Al-Mathaalib 1/200]
KESIMPULAN
Dengan menggabungkan 3 perkara diatas maka wujudlah kesimpulan iaitu membaca Selawat dan "taradhi" adalah disunnahkan kerana mengandungi tiga unsur sunnah iaitu
1. Sunnah berbicara antara dua solat
2. Sunnah membaca Selawat dan mendoakan sahabat
3. Sunnah duduk sebentar diantara dua solat sunat Tarawih.


[ Sumber dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan ]


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan