HADRAT Sheikh Aleey Abdul Qadir At-Tohiri, London, England, r.a

 


HADRAT Sheikh Aleey Abdul Qadir At-Tohiri, London, England, r.a
𝐑𝐀𝐌𝐀𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐘𝐀-𝐓𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐒𝐇𝐄𝐈𝐊𝐇 𝐈𝐍𝐈
𝗧𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔
INI ADALAH HADRAT Sheikh Aleey Abdul Qadir At-Tohiri, London, England, r.a. dilahirkan diKampung Bagan Lebai Tahir, Seberang Perai, Pulau Pinang , Malaysia. Nama yang tercatit didalam kad pengenalan beliau , Rosli bin Sulaiman tetapi lebih mesra dengan nama timangan yang diberikan oleh Ibu beliau sebagai “Ali”, dan sebagaimana makna namanya “Ali” yang bererti “sesuatu yang tinggi, beliau telah digelarkan orang sebab ketinggian pencapaian rohaniah yang dianugerahi Allah ‘azza wajalla kepada beliau. Pribadi bercahaya yang bertitihkan Hadrami ini, terbit dari keluarga beragama dan dihormati masyarakat sekampung sebagai keluarga baik dan mesra masyarakat dan suka menghulurkan pertolongan
Disini dinyatakan biodata ringkas beliau serta perjalanan ilmu dan suluk /tarbiyah (pendidikan) beliau.



𝗚𝘂𝗿𝘂-𝗴𝘂𝗿𝘂:
Tuan Guru Haji. Ishak- Guru dikampung beliau. Mentalkinkan zikir sirr.
Sheikh Daud- Guru dikampung beliau juga . kemudiannya telah mengarahkan beliau untuk pergi menyambung pelajaran belajar diPondok – Lanai, Kedah ( Pondok alMarhum Tuan Guru Haji Umar Zuhdi).
Tuan Guru Haji Umar Zuhdi – Pondok Lanai – selama 1 Tahun. Kemudiannya Telah mengarahkan beliau pergi mengambil Ijazah Tarekat Ahmadiah Idrisiah ke Melaka kepada Tuan Guru Muallim Haji Wahid.
Tuan Guru Haji Ja’far Al-Hafiz – Pondok Padang Lalang - 7 tahun.
Tuan Guru Mua’llim Haji Wahid, Sungai Udang (Melaka)- Ijazah Tarekat Ahmadiah Idrisiah.
Tuan Guru Syeikh Daud Malau (Pondok Malau 5- 6tahun)- Tarbiyah dan Ijazah Tarekat al-Khidiriyah, walaupun pribadi Sheikh Daud adalah Naqshabandi.
Sheikh Ahmadullah (Pakistan) - Ijazah Tarekat Naqshabandiah.
Tuan Guru Haji Arshad ( Murid Sheikh Yasin al Fadani – Mekah) - Jalan Haji Mat Saad, Telok Bagan, Seberang Prai, Pulau Pinang.- Ijazah Sanad-sanad Ilmu dan Amal.
Sheikh Qurban Ali, Damsyik, Syria.
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘁𝗶𝗿𝗮𝗳𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗷𝗮𝘇𝗮𝗵:
1. Al Marhum Tuan Guru Haji Ja’far al Hafiz- Pondok Padang Lalang- telah mengamanahkan sebagai khalifah memimpin zikir pada setiap malam rabu diPondok Padang Lalang ( Madrasah Ijtimaiyyah Ahmadiyyah ), Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Peristiwa ini berlaku ketika beliau masih menuntut di Pondok.
Disaksikan oleh seluruh pelajar yang ada ketika itu.
2. Al Marhum Tuan Guru Syeikh Daud , Malau – Pondok Malau ( Madrasah al Hanafiah) Pekan Malau Kulim Kedah ,disertai kertas sijil pengiktirafan yang ditandatangi oleh Tuan Guru Sheikh Daud Malau sendiri , iaitu berupa {Syahadah Iktiraf}.
Penulis ada menyimpan salinan Sijil Pengiktirafan tersebut.
3. Al Marhum Tuan Guru Mua’llim Haji Wahid, Sungai Udang (Melaka)- Telah mengijazahkan Tarekat Ahmadiah Idrisiah dan semua amalannya - Tarikat ini yang diasaskan oleh Sidi Ahmad Idris ( iaitu Tarikat Ahmadiah Idirisiah , asasnya kandungannya adalah dari 40 tarikat) , kepada Sheikh Ali dan berkata “ Engkau lepas 3 tahun beramal, ijazahkan (pada orang) dan bawa (iaitu pimpinlah) Tarekat”. Peristiwa ini disaksikan oleh mereka yang hadir ketika itu , antaranya seorang pelajar pondok Lanai – Ustaz Azmi (guru agama lepasan pondok lanai) , dari Greek Perak.
Penulis telah menyimpan surat pengakuan saksi peristiwa tersebut yang di ambil dari Ustaz Azmi, beliau hadir bersama Sheikh Ali ketika pertemuan dengan Tuan Guru Muallim Haji Wahid di Pondok Sungai Udang , Melaka ketika pengijazahan tersebut,
4.Tuan Guru Haji Arshad- Salah seorang murid al Allamah Sheikh Yasin al- Fadani,telah mengijazahkan sanad-sanad kitab ilmu Feqah,Tauhid,Tasauf,Tafsir,Hadis serta Ijazah Dalilul Khairat dengan Sanad dan Silsilahnya yang sampai kepada Imam Al Jazuli r.a.
Dua buah kitab sanad-sanad ilmu Sheikh Ali al Maaliki, yang terkandung didalamnya sanad-sanad semua Ilmu dalam Islam telah diijazahkan kepada Hadrat Sheikh Ali:
1 المسلك الجلىّ في أسانيد فضيلة الشيخ محمد علي تخريج وجمع المفتقر الى مولاه علم الدين محمد ياسين بن عيسى الفدانى المكى
2 اسانيد الكتب الحديثية السبعة الصحيحين والسنن الأربعة وموطأ الامام مالك املاء علم الدين محمد ياسين عيسى الفداني المكي
Perisitiwa ini telah disaksikan dan kedua-dua kitab tersebut telah dilihat oleh penulis sendiri. Alhamdulillah.
5. Sheikh Karamullah an Naqshabandi- Ulamak Pakistan- Mengijazahkan Silsilah Musalsal bil Mushafahah ( iaitu sisilah bersalaman ) .
مسلسل بالمصافحة من الشيخ كرم الله النقشبندى
Peristiwa berlaku diKota Suci Mekah al Mukarramah, penulis juga ada ketika itu.
6. Sheikh Qurban Ali, Sheikh Tarikat Naqshabandi yang bermukim di Damsik, Syiria. Beliau telah mengijazahkan dan mengiktiraf Sheikh Ali sebagai Khalifah Tarikat Naqshabandi. Detik peristiwa ini berlaku sudah lama, ketika Syria masih aman
7. Habib Umar Bin Hafiz- Isyarat pengiktirafan dalam satu pertemuan di Jordon.
8. Habib Ali Al-Jufri - Isyarat pengiktirafan disertai pengakuan dalam syarahan beliau di Alamiah Institute, England dan Abu Dhabi. Alamiah Institute adalah intitusi pendidikan dan pelajaran yang diasaskan oleh Hadrat Sheikh Ali sendiri, yang beroperasi di England.
9. Sheikh Muhammad al-Ya’qubi - Ulamak Syria. Alim dibidang ilmu hadis – Isyarat pengiktirafan disertai anugerah Khirqah berupa Mislah bulu unta. Perisitiwa ini berlaku di kediaman Sheikh Muhammad atas undangan Sheikh Muhammad sendiri dan disaksikan oleh hadirin yang terdiri dari penuntut-penuntut Sheikh Muhammad dan para muridin dari England. Peristiwa ini berlaku ketika Syria masih aman.
10. Sheikh Mahmud Affandi, Cucumbar (baca Karsember menurut dialek Turkie), Fateh, Istanbul, Tukie. Seorang Sheikh Tarekat Naqshabandi Kholidi didaerah Fateh , Istanbul. Beliau dan seorang Khalifah beliau telah mengiktiraf kebolehan Hadrat Sheikh Ali semasa pertemuan pertama mereka di tempat suluk Cucumbar. Beberapa perkara yang dianggap luar dari kebiasaan telah berlaku. Adalah seorang dari khalifah Sheikh Mahmud Affandi telah terkejut dan mengakui bahawa pribadi Hadrat Sheikh Ali telah menghabisi kesemua perjalanan Naqshabandi dan kesemua Lathoif hidup dan berfungsi . Sentiasalah sehingga kini apabila Hadrat Sheikh Ali dan para muridin setiap kali menziarahi Turki akan bertandang dan hadir majlis Khatam Tawajjuh di tempat suluk tersebut yang kebiasaannya diadakan selepas sembahyang asar. Walhamdulillahirobbil a’lamiin.
Penulis juga pernah hadir satu ketika, bersama Sheikh Ali dan rombongan dimajlis khatam tawajjuh di karsembar itu.
𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗶:
Kitab Ihya Ulumiddin- Belajar kepada Tuan Guru Haji Ja’far al Hafiz..
Sairus salikin- Belajar kepada Tuan Guru Haji Ja’far al Hafiz
Bughyatul Thullab- Belajar kepada Sheikh Daud Malau.
Pelita Penuntut - Belajar kepada Tuan Guru Haji Ja’far al Hafiz.
Hidayatul Mutafakkirin-Belajar kepada Tuan Guru Haji Ja’far al Hafiz.
Al Hikam (Tok Pulau Manis)- Belajar kepada Sheikh Daud Malau.
Noted.
Beliau merupakan lepasan aliran pondok tradisional yang berjaya menguasai ilmu agama dan fasih berbahasa Inggeris. Beliau telah mengembangkan dakwah Islam di England dan telah banyak mengIslamkan masyarakat di sana. Beliau juga telah menubuhkan sebuah pusat pendidikan yang dinamakan Alamiyah Institute sebagai tempat pengajian fardhu ‘ain kepada masyarakat Islam di kota London.
و الله على ما أقول و كيل.
والسلام .
SUMBER DIPETAK DARI: https://www.tvtarekat.com/2019/10/sheikh-ali-al-toherey.html
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan