ππ„πŒππ€π‡π€π†πˆπ€π π’π˜πˆπ‘πˆπŠ

 


ππ„πŒππ€π‡π€π†πˆπ€π π’π˜πˆπ‘πˆπŠ


Al-Sanusi dalam muqaddimahnya membahagikan syirik itu kepada enam bahagian:
1. π‘Ίπ’šπ’Šπ’“π’Šπ’Œ 𝒂𝒍-π‘°π’”π’•π’Šπ’’π’π’‚π’ (Ψ΄Ψ±Ωƒ Ψ§Ω„Ψ₯Ψ³ΨͺΩ‚Ω„Ψ§Ω„) - menetapkan adanya dua tuhan atau lebih yang berlainan seperti akidah Majusi yang mempercayai adanya Ahura Mazda dan Angra Mainyu.
2. π‘Ίπ’šπ’Šπ’“π’Šπ’Œ 𝒂𝒍-π‘»π’‚π’ƒβ€˜π’Šπ’… (Ψ΄Ψ±Ωƒ Ψ§Ω„Ψͺبعيآ) - menyatukan tuhan daripada beberapa bahagian seperti akidah Triniti agama Kristian.
3. π‘Ίπ’šπ’Šπ’“π’Šπ’Œ 𝒂𝒍-π‘»π’‚π’’π’“π’Šπ’ƒ (Ψ΄Ψ±Ωƒ Ψ§Ω„ΨͺΩ‚Ψ±ΩŠΨ¨) - beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
4. π‘Ίπ’šπ’Šπ’“π’Šπ’Œ 𝒂𝒍-π‘»π’‚π’’π’π’Šπ’… (Ψ΄Ψ±Ωƒ Ψ§Ω„ΨͺΩ‚Ω„ΩŠΨ―) - beribadah kepada Allah kerana mengikut orang lain tanpa dalil dan penuh keraguan.
5. π‘Ίπ’šπ’Šπ’“π’Šπ’Œ 𝒂𝒍-𝑨𝒔𝒃𝒂𝒃 (Ψ΄Ψ±Ωƒ Ψ§Ω„Ψ£Ψ³Ψ¨Ψ§Ψ¨) - menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana makan, dan bukan Allah yang mengenyangkannya.
6. π‘Ίπ’šπ’Šπ’“π’Šπ’Œ 𝒂𝒍-π‘¨π’ˆπ’‰π’“π’‚π’… (Ψ΄Ψ±Ωƒ Ψ§Ω„Ψ£ΨΊΨ±Ψ§ΨΆ) - beramal kerana selain daripada Allah.

Untuk syirik 1 hingga 4, seseorang itu dikira kufur secara ijmak. Adapun bagi syirik ke-5, ia memerlukan perincian. Jika ia disandarkan kepada sebab tertentu semata-mata, maka dia dikira kufur secara ijmak. Jika dia meyakini bahawa ia memberi kesan melalui daya yang dijadikan oleh Allah kepada makhluk, dia dikira fasik dan ahli bidβ€˜ah. Bagi nombor 6, ia dikira maksiat dan tidak kufur secara ijmak.


Dr Shamsul Mohd Nor

Petikan dari kitab 40 Hadis Sahih Tentang Akidah.
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan