AKHLAK RASULULLAH

 


‎‏41 AKHLAK RASULULLAH ï·º‎ YANG PATUT KITA CUBA CONTOHI‏‎


Ù¡. Baginda selalu diam.
Ù¢. Berbicara ketika perlu.
Ù£. Perbicara'annya fasih, ringkas tetapi padat.
Ù¤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab Allah سبحا نه و تعالى.
Ù¦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'.
Ù§. Berfikir terus-menerus.
Ù¨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
Ù©. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
١٠. Tidak pernah-marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
١١. Marah bukan kerana nafsu.
١٢. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
١٣. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
١٤. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
١٥. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
١٦. Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
١٧. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda mema'afkan dan berlapang dada.
١٨. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan Allah سبحا نه و تعال.
١٩. Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.
٢٠. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu dan membuat sendiri segala keperluan diri.
٢١. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
٢٢. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut dan peramah.
٢٣. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
٢٤. Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak dan segala yang tidak diperlukan.
٢٥. Tidak pernah mencela dan memaki hamun orang lain.
٢٦. Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
٢٧. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
٢٨. Perbicara'annya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
٢٩. Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun dan hormat terhadapnya.
٣٠. Sesiapa yang selalu bergaul dan telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
٣١. Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk dan tidak membezakan dikalangan mereka.
٣٢. Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
٣٣. Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
٣٤. Dimanana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu dan sabar serta amanah.
٣٥. Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.
٣٦. Semua mengakui keutama'annya kerana ketaqwaannya; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan dan kebajikan orang asing.
٣٧. Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
٣٨. Paling berlapang dada.
٣٩. Paling tepat dalam berbicara.
٤٠. Paling halus keperibadiannya.
٤١. Paling ramah dan beradab dalam pergaulan dan muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah ï·º‎ oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki).
ماشاء الله تبارك الله .
اللهم صل على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan