ROH BAGAIKAN BURUNG DIDALAM SANGKAR*

 

ROH BAGAIKAN BURUNG DIDALAM SANGKAR*
Jasad Batin (Roh) kita sewaktu masih berada di Alam Roh, iaitu sebelum dimasukkan kedalam Sangkarnya.
Jasad Lahir memang sudahpun Mengenali Allah SWT seperti didalam firman-Nya.
Terjemahannya... Allah SWT bertanya kepada Roh;
"Bukankah Aku Tuhanmu ?"
Dan Roh pun menjawab;
"Ya, kami akui Engkau Tuhan kami."
Sebelum masuk kedalam Badan Roh, kita sudahpun Mengenal Allah SWT bahkan sudahpun MENYAKSIKAN KETUHANAN ALLAH SWT dan sudahpun MENGAKUI KEHAMBAAN KEPADA ALLAH SWT.
Tetapi ketika dilahirkan keduniawi ini, Roh dikurung didalam Jasad Lahir bersama-sama musuhnya, iaitu Nafsu dan Syaitan...
Tentang Nafsu, Allah SWT berfirman yang terjemahannya;
"Sesungguhnya Nafsu itu Sangat mengajak kepada kejahatan."
Dan Nabi SAW pula bersabda yang maksudnya;
"Sejahat-jahat musuhmu ialah Nafsumu yang terletak diantara dua lambungmu."
Sedangkan tentang Syaitan Allah SWT berfirman yang terjemahannya;
"Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia."
Berhadapan dengan 'Dua Musuh Batin' itu, Roh menjadi lemah dan rosak atau hilang Rasa Kehambaannya walaupun dia Sudah Mengenal Allah SWT dan mengetahui Wujud dan Maha Perkasanya Allah SWT.
Tetapi Roh tidak pandai Mentaati Perintah Allah SWT, pujukan serta tarikat Syaitan dan Hawa Nafsu lebih kuat dan sangat berpengaruh.
Roh sudah Derhaka kepada Allah SWT seakan-akan sudah tidak lagi KENAL Allah SWT. Roh sudah terbelenggu didalam Jasad dikongkong oleh Nafsu dan Syaitan itu.
Roh sudah tidak takut dan malu lagi kepada Allah SWT, Roh tidak RINDU dan tidak CINTA lagi kepada Allah SWT, tidak merasa hina dan rendah diri serta Bersifat Ketuhanan.
Roh sudah sombong keras, hasad dengki, tamak, pendendam, bakhil, gila duniawi, kuat makan, gemar tidur dan lain-lainnya yang menyerupai kehendaknya Nafsu yang terkutuk itu.
Roh sudah dikuasai oleh Jasad Lahir yang beku bersifat seperti Tanah, kerana dicipta ia daripada Tanah.
Laksana Burung Roh telah terkurung dialam Sangkar, di keranakan Sangkar itu kuat, maka Burung pun terpaksa terkurung didalam Sangkar yang sempit dan menyiksanya itu.
Sebaliknya jikalau Burung lebih kuat daripada Sangkar, Burung akan dapat memecahkan Sangkar dan dapat terbang Bebas ke seluruh alam raya.
Demikianlah jikalau Roh kita lebih kuat daripada Nafsu dan Syaitan. Maka Roh akan dapat menundukkan Nafsu dan Syaitan.
Saat itu bukan Jasad lagi yang Menguasai Roh, tetapi Roh yang Menguasai Jasad Lahir. Roh akan Bebas melakukan Kehendak dan Mentaati Perintah Allah SWT.
Roh akan Terbang Bebas kemana-mana sahaja dan dapat merasakan perkara-perkara yang Ghaib...
Itulah yang terjadi kepada Roh Para Nabi-Nabi, Rasul-Rasul dan Wali-Wali Allah SWT. Roh mereka tidak lagi dibelenggu didalam Jasad Lahir oleh Nafsu dan Syaitan, tetapi sudah Bebas, sudah dapat menundukkan Nafsu dan Syaitan dibawah kehendaknya.
Sudah Melihat Alam Rohani, Alam Malakut dan Alam Jin. Jasad Lahir tidak bererti apa-apa lagi kerana sudahpun Dikuasai oleh Roh untuk menyembah Allah SWT sepanjang masa.
Lain halnya dengan Jasad Lahir, Roh bukan dibuat daripada Tanah tetapi daripada "Nur Cahaya" yang serupa dengan Malaikat, sebab itulah Roh yang sudah Bebas daripada kongkongan Nafsu dan Syaitan akan bergerak Bebas seperti Cahaya yang tembus disetiap ruang dan bidang.
Pandangan Roh adalah pandangan tembus yang dapat membaca Hati dan Batin manusia, kerana itulah bersabdanya Rasulullah SAW;
Maksudnya : "Takutlah akan Firasat Pandangan tembus Orang Mukmin, kerana ia memandang dengan Cahaya Allah."
Itulah RAHASIA DIRI kita yang mesti kita SEDARI !
Apabila kita SEDAR akan Hakikat Kejadiannya kita itu, maka barulah akan terjadinya apa yang dikatakan;
"Barangsiapa yang Mengenal Dirinya, maka dia pasti akan Mengenal Tuhannya..."
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...
[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan