Syair Mengenal Tuhan

 


Anta maqsuudi wa redhaqa mathluubi a'tini mahabataka wa ma'rifataka.

Ketika ahli ilmu kalam itu menghina orang jahil, maka hancurlah ilmunya.
Ketika orang mukallaf (ahli amal) itu mencela kemalasan ber-amal ibadah orang lain, maka hancurlah amalnya.
Ketika ahli ilmu dan ahli amal mencerca orang maksiat kepada Allah Ta'ala, maka hancurlah ilmu dan amalnya.
Ahli Ma'rifat sejati itu tidak menghina dan mencela orang maksiat.
Tidak menghina orang kafir.
Tidak membuka aib orang lain.
Tidak membenci para pembenci.
Tidak menyalahkan ajaran orang lain.
Sesungguhnya, ahli Ma'rifat sejati tidak menyukai dosa dzahir mahupun dosa batin. Tetapi mereka menyayangi dan menyantuni serta membimbing orang² yang sedang terjerumus pada lembah kejahilan, kufur dan maksiat secara hikmah.
Dan sesungguhnya, Tajalli Ma'rifatullah itu tidak akan dapat diperolehi dengan kaedah mencari...
Ianya hanya akan diperolehi daripada anugerah dan kurnia Allah Ta'ala semata².



Aku mengenal Allah Ta'ala rata², jelas dan sempurna secara Tajallillah, yakni atas bantuan dan anugerah oleh Allah Ta'ala dengan berwasilahkan Baginda Rasulullah SAW.

Jalan hakikat bukan kepalang, Jalan disuluh semuanya terang, Zahir dan batin semuanya lapang, Kerana Sir yang Empunya pandang.

Wahai saudaraku dengarlah tuan, Sebenar hidup katakan Tuhan, Kuntum yang Tujuh di situ tersimpan, Itulah pakaian Wali Sembilan.

Kuatnya tubuh itulah nyawa, Sekalian yang zahir takluk padanya, Syurga yg Tujuh Dia yang punya, Kepda kita menjadi rahsia

Jalan hakikat sangat terpilih, Hendaklah tahu asalnya benih, Nafi di dalam hati yang putih, Makrifat kita barulah jernih.

Sifat Makni tidak bersekutu, Sifat Allah namanya itu, Tiada boleh bandingkan sesuatu, Wujud Allah namanya itu

Tuntutlah ilmu walau di mana, Amal dan ilmu tiada terhingga, Amal tanpa ilmu diazab kita, Di akhirat tiada berguna.

Kejadiannya kita daripada air lazat, Cahayanya seperti kilat, Tatkala asyik tiada ingat, Barulah ada Junub dan Janabat.
Di wadi mani manikam, Asalnya ia daripada kalam, Dengan kudrat Tuhan Khaliqul Alam, Yang menjadikan tubuh anak Adam.

Kalau kita tidak mengkaji, Kpada Tuhan mendapat keji, Malaikat tiada membawa wahi, Allah tiada mungkirkan janji.
Jika TARIQAT hendak dibawa, Carikan guru akan petua, Supaya jangan bertuhankan nyawa, HAKIKAT kita tiada derhaka
SYARAT rukunnya sudah ketahui, SAH batalnya demikian lagi, AMAL diterima Tuhan Ilahi, SYARAT rukunnya sudah ketahui.
Siapa beramal dengan jahalnya, Tiada tahu sah batalnya, Amal tiada diterima Tuhannya, Di dalam neraka kekallah ia

Wahai sekalian saudaraku, Mengenal Ka'abah biarlah tentu, Jika tak kenal Ka'abah itu, Akhirnya kamu menyembah batu.

Wahai saudara tua dan muda, Fikirkan olehmu senantiasa, Jgn lah seperti Org yg buta, Tinggal ilmu mencari harta.
Hidup tiada ingat akan mati,
Sersukaria sepanjang hari, Hanya harta dapatkan diri, Tiga lapis kain kafan saja Ia beri.

Jalan HAKIKAT bukan kepalang, Jalan disuluh semuanya TERANG, Jikalau hati syak dan waham, CAHAYA yang terang menjadi kelam.

Wahai sekalian saudara-saudaraku, Jalan HAKIKAT demikianlah itu, Jikalau boleh pintalah selalu, Jangan BINASA sifatmu itu.

Hati yang MUKMIN SUCI dan IKHLAS, Laksana AIR di dalam GELAS, Cuci hatimu seperti kapas, MAKRIFAH kita barulah JELAS.

SYARIAT itu martabatnya tinggi, Yang dipakai oleh Sayyidina Ali, Barangsiapa dapat asalnya jadi, Yang bergantung tiada bertali.

Syariat TARIQAT terlalu mulia, Itulah pakaian Wali Anbiyya, Barangsiapa dapat asalnya, Bolehlah membawa badan dan nyawa.
Berhati hati tatkala berjalan, Takut kaki terpijak duri,
Belajar baik baik jalan Ketuhanan, JANGAN sampai BERTUHANKAN DIRI.

Baik baik menebang buluh, Buluh ditebang di kerat kerat, Hati hati mengenal tubuh, Di dalam tubuh adanya sifat.

[ Sumber dari FB ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan