ORANG PERTAMA YANG MENYAMBUT MAULIDURRASUL SECARA BESAR-BESARAN DI MALAYSIA


ORANG PERTAMA YANG MENYAMBUT MAULIDURRASUL SECARA BESAR-BESARAN DI MALAYSIA ADALAH WALIYULLAAH.

Beliau ialah Tuan Guru Hj Abdurrahman bin Hj Senik atau terkenal dengan panggilan Tok Selehor Al-Kalantani 1871- 1935M pernah mengadakan Maulid an-Nabi secara besar-besaran dan dialah Ulama dan Waliyullaah pertama yang mempelopori perayaan itu di Malaysia secara besar-besaran. Di katakan bahawa beliau jugak mempelopori Perarakan secara besar-besaran sehingga amalan tersebut kekal di Malaysia sampai ke hari ini bahkan ia nya jugak turut di lakukan seluruh dunia Islam.Pada zaman beliau,pernah berpuluh-puluh ribu orang datang ke majlis perayaan dan perarakan sempena Maulid Nabi anjurannya. Hal ini pernah dikritik oleh golongan Muda(Salahpi Wahhabi) pada zamannya dengan menuduh bahawa itu adalah Bid'ah Dholalah(sesat) dan ada sebahagian pihak akhbar turut mengkritik beliau kerana kejahilan mereka tentang keharusan sambutan Maulidurrasul , tetapi beliau tidak pernah berhenti mengadakannya kerana beliau ingin menanam rasa cinta Masyarakat kepada kisah kelahiran dan perjuangan Rasulullaah ﷺ. Dengan cara itu lah ramai pelajar2 pondok lebih cepat bermesra dengan Rasulullah Shallallaahu 'alaihiwasallam..daripada hanya menyampaikan kisah tanpa diadakan gerak kerja.
Beliau yang hidup sezaman dengan Tok Kenali dan ulama2 yang lain sentiasa berjuang mempertahankan Aqidah dan Amalan2 Ahlussunnah Waljamaah Asya'irah & Maturidiyyah.Begitu besar jasa beliau dan para Waliyullaah dan Ulama2 pada zamannya sehingga kita semua mendapat kenikmatan ilmu dalam merayakan sambutan Maulidurrasul hingga ke hari ini..
Rasulullaah ﷺ bersabda:
إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا,إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Mafhumnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang sangat banyak”.-Hadith Riwayat Tirdmizi,Abu Daud dll.
Aqidah seluruh Para Nabi,Waliyullaah,Ulama dan Umat Islam ialah: Allaah Ada Tanpa Tempat.
Sebar2kan kerana Allaah.
Di sahkan oleh: Mohd shauki Abd majid bin Abu Bakar bin Abd Rahman ( Cicit Tok Selehor)..t.kasih Tuan Setiausaha ..
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan