ILMU SYAHADAH*


Wahai saudara wahai saudari
Amalkanlah Dzikrullah setiap hari
Kerjakan dengan qasad yang suci
Kerana menuntut keredhaan Ilahi
Wahai saudara taulan sebaya
Baik miskin ataupun kaya
Amalan tarekat amalan yang mulia
Mengukuhkan iman dan menguatkan percaya
Wahai adik, kakak dan saudara
Amalan tarekat sangat berharga
Jangan saudara menjahatkan sangka
Mengatakan amalan yang direka-reka
 Syair Sufi *

ILMU SYAHADAH*
Ilmu Syahadah ialah "KUNCI" Perbendaharaan Ilmu Allah SWT di langit dan di bumi ataupun kepada Zahir dan Batin.
Manusia itu terciptanya daripada dua unsur, iaitu;
a) Jasad yang Zahir daripada Tanah.
b) Diri yang Batin daripada NUR.
Jasad adalah seumpamanya Sarung bagi Roh ataupun Diri yang Batin...
Tetapi harini ramainya manusia yang hanya lebih berminat untuk mengambil berat dan menjaga Tubuh Zahirnya yang bersifat sementara sahaja, daripada menjaga Roh atau Diri Batin yang merupakan Hakikat Dirinya yang sebenar-benarnya.
Maka selama-lamanyalah manusia itu akan Terhijab atau Terdinding daripada Mengenal, Mengetahui, Menyaksikan atau Memasuki Alam Ghaib yang penuh berbagai makna dan Rahsianya yang tersembunyi.
Firman Allah SWT;
"Kitab al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
(QS. Al-Baqarah : 2 & 3)
Bagaimanakah untuk kita dapat menjelajah ke Alam Ghaib dan Mengenali Allah SWT ?
Apa yang perlu kita buat yang pertama sekali adalah, membersihkan QALBU atau HATI kita terlebih dahulu...
Hati kita ini mempunyai Penyakit yang sangat-sangatlah perlu diubati. Antara Penyakit yang sangat-sangat MERBAHAYA pada Hati itu, adalah;
a) Takabbur
b) Dengki
c) Suka berdendam
d) Sombong
e) Riak
f) Ujub
g) Bakhil
h) Mengampu
i) Cinta dunia
j) Takut mati
Dan berbagai-bagai lagi Penyakit-Penyakit yang merupakan sifat-sifat tercela (Sifat Kebinatangan) pada Hati kita.
Kita haruslah mengikis dan membuang kesemua Penyakit-Penyakit ini dengan Amalan Dzikir yang terdapat didalam Al-Quran, Hadis, kitab-kitab pusaka Para Ulama terdahulu ataupun daripada Guru Mursyid dan sebagainya.
Amalan Dzikir sebenarnya memiliki NUR atau CAHAYA yang dapat menggilap Hati Kita dan dapat mencabut keluar segala jenis Penyakit-Penyakit Kegelapan didalam Hati kita.
Sebenarnya "KUNCI" untuk ke Alam Ghaib itu cuma ada 3 perkara saja, iaitu;
1) TAKHALLI
Membuang segala sifat-sifat tercela daripada Hati kita (Tafakur Diam)...
2) TAHALLI
Mengisi Hati kita dengan Sifat-Sifat yang Terpuji (Tafakur Diam)...
3) TAJALLI
Tenggelamkan diri kita kedalam Cahaya Kebesaran-NYA (Tafakur Kreatif)...
Sebenarnya ia hanya memiliki 2 tangga sahaja, iaitu;
a) Tafakur Diam
b) Tafakur Kreatif
Perkara itu untuk kita Membersihkan ataupun Menyucikan Hati kita dan mengisikannya dengan Sifat-Sifat Terpuji seperti;
a) Tawadhu’
b) Redha
c) Syukur
d) Ikhlas
e) Rajin
f) Amanah
g) Jujur
Dan berbagai-bagai lagi Sifat-Sifat yang Terpuji...
Apabila kita mengamalkan Tafakur Kreatif dan Tafakur Diam, maka Hati kita akan mulai Bercahaya, Bersinar dengan gilang-gemilangnya.
Mata Hati dan 9 Pancaindera kita akan menjadi Celik daripada kebutaan selama ini. Maka dengan RAHMAT dan Rezeki daripada Allah SWT, maka terbukalah pandangan Ghaib untuk kita dan limpahan NUR Anugerah daripada Allah SWT yang dengannya Hijab pun akan terbuka.
Daripada 7 tangga pendakian Martabat Nafsu, kita cuma perlu mendakinya sampai ketangga yang ke empat sahaja.
Pendakian itu bermulanya dengan Nafsu Ammarah, Lawwamah, Mulhammah, Mutmainnah, Radhiah, Mardhiah dan Kamilah.
Maka cukuplah setakat dengan tangga Mutmainnah sahaja. Selebihnya kita akan mendapatkan ILHAM daripada Allah SWT sekiranya kita dipilih untuk sampai ke Matlamatnya, yakni menjadi "INSAN KAMIL"...
Permulaan untuk mereka yang mahu Membersihkan dan Menyucikan Hati ini, disarankan supaya perbanyakkanlah melakukan Solat Sunat Taubat dan Solat Hajat serta Tafakur Diam dan Tafakur Kreatif.
Jika kita telah menjadi Jujur dan Ikhlas dengan Amalan. INSYAALLAH...
Kita akan menjadi INSAN yang LUARBIASA, yang Kenal akan Allah SWT serta Tawadhu'. Tidak sombong dan Ria, Ujub ataupun Takabbur.
Insan yang mempunyai JIWA yang TENANG dan SEMPURNA.
"KENALI DIA MELALUI DIA"

T E L L A L A L L A L
-----------------------------
Cogokkan pakaian kemunafikan dan kefasikan
Bogel dan ditanggalkan pakaian dzahiriah
Bogel dan ditanggalkan pakaian bathiniah
Dalam setiap degupan jantung
Dalam darah berkarat
Dalam semua bogel...
Tiada apa yang boleh disembunyikan!!
Penyerahan dan berbakti secara mutlak....
Sepenuh jiwa saya!!
Tiada jaminan dan tiada syarat
Dzahir bhatin tanpa pakaian
Dan lihatlah pembentukan acara
Makna hakiki dalam setiap inci lenggok sebenar
Dengar terjemahan kalimah
Tutup minda seorang duga
Senyapkan perasaan
Biarkan hati nurani menerima Ucapan
Yang tidak pernah dilihat oleh mata
Yang tidak pernah didengari oleh telinga
Yang tidak pernah terlintas di hati
Yang tidak pernah dirasai oleh diri sendiri
Tiada pakaian untuk anda
Pakaian awak ialah Bhatil.....
Awak adalah Pakaian SAYA
Capai diri anda kepada SAYA

[ Sumber dari Syeh Haqtullah / Siti Hariyani EA ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan