Benarkah Nur Muhammad makhluk pertama ciptaan Allah SWT?

 


Benarkah Nur Muhammad makhluk pertama ciptaan Allah SWT?

Ulama dalam kitabnya Fatawa Mu’asirah menyebut, ada pendapat mengatakan tanpa lahirnya Muhammad maka dunia tidak tercipta
“ Telah diketahui, hadis yang menyatakan bahawa makhluk pertama adalah itu atau ini dan seterusnya, tidak satu pun sahih, sebagaimana ditetapkan oleh para ulama sunnah. Oleh kerana itu, kami dapati sebahagian bertentangan dengan sebahagian yang lain. Sebuah hadis mengatakan, yang pertama kali diciptakan oleh Allah adalah pena.”
Hadis lainnya mengatakan, yang pertama kali diciptakan Allah adalah akal. Telah tersiar di antara orang awam daripada kisah maulid yang sering dibaca bahawa Allah menggenggam cahaya Nya, lalu berfirman,
“ Jadilah engkau Muhammad ”.
Maka ia adalah makhluk yang pertama kali diciptakan Allah daripada situ diciptakan langit, bumi dan seterusnya. Daripada itu juga tersiar kalimat, selawat dan salam bagi mu wahai makhluk Allah yang pertama. Hingga kalimat itu dikaitkan dengan azan yang disyariatkan, seakan-akan sebahagian daripadanya.
Perkataan itu tidak sah riwayatnya dan tidak dibenarkan oleh akal, tidak akan memartabatkan agama dan tidak pula bermanfaat bagi perkembangan peradaban dunia. Awalnya Nabi Muhammad s.a.w sebagai makhluk Allah tidak terbukti, seandainya terbukti tidaklah berpengaruh pada keutamaan dan kedudukannya di sisi Allah.
Tatkala Allah memujinya dalam kitab Nya, maka Allah memujinya dengan alasan keutamaan yang sebenarnya. Allah berfirman di dalam surah al-Qalam: 4,
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar orang yang berbudi pekerti agung.”
Hal ini terbukti dan ditetapkan secara mutawatir. Nabi s.a.w. adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib al-Hasyim al-Quraisy yang dilahirkan di Mekah pada tahun gajah.
Baginda dilahirkan sebagaimana halnya manusia biasa dan dibesarkan sebagaimana manusia dibesarkan. Beliau diutus sebagaimana para Nabi dan Rasul sebelumnya diutus dan bukannya Rasul yang pertama di antara rasul-rasul Nya.
Baginda hidup dalam waktu terbatas, kemudian Allah memanggilnya kembali kepada Nya seperti firman Allah s.w.t di dalam surah al-Zumar: 30,
“ Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula). ”
Baginda akan ditanya pada hari kiamat, sebagaimana para Rasul ditanya dalam firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Maidah: 109,
“ (Ingatlah) hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul, lalu Allah bertanya (kepada mereka): Apa jawapan kaum mu terhadap seruan mu? Para rasul menjawab: Tidak ada pengetahuan kami (tentang itu) sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui perkara yang ghaib. ”
Al-Quran telah menegaskan kemanusiaan Muhammad s.a.w di berbagai tempat dan Allah memerintahkan menyampaikan hal itu kepada orang-orang dalam berbagai surah, antara lain, Firman Allah S.W.T. Surah al-Kahfi: 110,
" Katakanlah, sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepada ku, bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa. ”
Ayat di atas menunjukkan, Baginda adalah manusia seperti manusia lainnya, tidak memiliki keistimewaan, kecuali dengan wahyu dan risalah.
Nabi s.a.w menegaskan makna kemanusiaannya dan penghambaannya terhadap Allah dan memperingatkan agar tidak mengikuti kebiasaan-kebiasaan daripada orang-orang sebelum kita, iaitu penganut agama-agama terdahulu dalam hal memuja dan menyanjung. Hal itu jelas disebut di dalam sebuah hadis.
“ Janganlah kamu sekalian menyanjung ku sebagaimana kaum Nasrani menyanjung Isa putera Maryam. Sesungguhnya aku adalah hamba Allah dan Rasul Nya. ” HR Bukhari
“Nabi yang agung ini adalah manusia seperti manusia lain dan tidak diciptakan daripada cahaya mahupun emas, tetapi diciptakan dari air yang memancar dan keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang rusuk wanita sebagai bahan penciptaan Muhammad s.a.w.”
Kepada yang telah terjatuh dari landasan islam yang haq, kembalilah kepada fitrah asal-mu. Mengharap kepadanya agar kita benar-benar di atas jalan yang diredhai Allah. Semoga pencerahan ini sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada kita. Amin
[ Sumber dari Awalludin Ma'rifatullah / Abu Qudamah Asy Syami ]
 

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan