APA ITU KHUSYUK ?*
Khusyuk itu adalah "Hal Keadaan Yang Lupa Kepada Segala Sesuatu"...
Apabila 'Lupa Kepada Segala Sesuatu', inilah yang diumpamakan seperti "MATI SEBELUM MATI".
Justeru itu, marilah kita sama-sama mencari pengetahuan tentang Khusyuk (Teori) dan tukarkanlah pengetahuan itu menjadi Ilmu (Praktikal) dengan melakukan TINDAKAN (Action) untuk mencapainya.
Berikut adalah beberapa kaedah LATIHAN mencari Khusyuk yang mungkin boleh Dipraktikkan. Kaedah ini mungkin berkesan kepada seseorang dan juga mungkin tidak berkesan langsung kepada seseorang yang lain. Ianya cuma sekadar Kaedah Latihan Fizikal ke atas Deria PENGAMATAN yang 5 dan Organ TINDAKAN yang 5.
* LATIHAN UNTUK MENCAPAI KHUSYUK;
1) LATIHAN KONSENTRASI.
Lakukan Latihan Konsentrasi atau Fokus.
Sebelum Latihan dimulakan, pastikan kita telah buang air besar atau air kecil terlebih dahulu dan bersihkanlah alat kumuh dan alat kelamin sebelum melakukan Latihan agar Latihan tidak akan terganggu.
Latihan Kosentrasi ini memerlukan kita untuk Fokus membuang atau melupakan kesemua kerja Deria PENGAMATAN (Telinga, mata, hidung, lidah dan kulit) dan Organ TINDAKAN (Tangan, kaki, mulut, alat kelamin dan alat kumuh).
Melupakan adalah bermaksud, jangan difikirkan lansung segala Bunyi, segala Penglihatan, segala Bau, segala Rasa mahupun segala Sentuhan semasa proses Latihan.
Contohnya, jika Hidung (Deria Pengamatan) terbau sesuatu semasa Latihan Konsentrasi, buang atau lupakanlah bau tersebut. Jika Telinga terdengar atau Mata telihat sesuatu, Latih diri untuk lupakan penglihatan dan pendengaran itu. Jika Tangan digigit oleh nyamuk, belajar untuk buang rasa gatal itu dengan cara tidak memikirkannya.
Apabila segala-galanya dilupakan, maka Deria BATIN, Akal dan Hati akan masuk ke ‘Mode’ Automatik (Pernanan diambil alih oleh Alam Bawah Sedar atau Sub Concious Mind).
Bila Deria Batin berada didalam ‘Mode Auto’ semua Deria PENGAMATAN dan Organ TINDAKAN juga akan turut bertukar kepada Mode Auto. Dalam keadaan Auto Mode inilah yang dikatakan 'Lupa Dalam Ingat' atau 'Ingat Dalam Lupa', kerana disaat kita telah melupakan segala sesuatu, Ke-Lupa-An itu akan tertumpu kepada suatu Dimensi. Dimensi itulah yang dinamakan "INGATAN".
Dalam Mode Auto ini, diri SEPERTI berada pada suatu ‘Alam Kosong’. Dalam Penglihatan, ‘Alam Kosong’ ini kelihatannya SEPERTI suatu ruang yang dipenuhi dengan warna Ultra Violet (Warna unggu cerah).
Dalam Pendengaran pula, tiada apa yang didengar melainkan SEPERTI bunyi ‘Desingan’ (Binaural) perlahan yang berpanjangan.
Berada di Alam Kosong ini membolehkan Tubuh Jasad kita berada didalam keadaan TENANG. Didalam ‘Alam Kosong’ inilah ‘Alam Bawah Sedar’ (Sub Concious Mind) akan memainkan peranannya mengawal Jasad secara ‘Mode Automatik’. Segala pergerakan Jasad akan berlaku dengan sendirinya tanpa dikawal (Seumpama pesawat auto pilot).
Maka tujuan Latihan Konsentrasi ini adalah untuk menukarkan fungsi Jasad daripada ‘Manual Mode’ kepada ‘Semi Auto Mode’ dan akhirnya kepada ‘Fully Auto Mode’.
* FOKUS.
Fokus itu memerlukan Oksigen yang banyak pada otak. Justeru itu, kita harus belajar bagaimana dapatkan Oksigen dengan melakukan Latihan Pernafasan (Dzikir Nafas) yang Sempurna. Belajar tarik Nafas (Inhale) setinggi-tingginya menggunakan paru-paru (Bukan gunakan perut) kemudian berhenti untuk seketika (Dalam detik 7 saat) dan hembus Nafas (Exhale) perlahan-lahan serendah rendah-rendahnya sehingga paru-paru mulai terasa kosong.
Lakukan Latihan Pernafasan ini berulang-ulang kali pada setiap waktu dan setiap ketika, baik didalam jaga mahupun didalam tidur. Latihan Pernafasan yang betul akan membolehkan Oksigen yang mencukupi dibekalkan kedalam "PINEAL GLAND" atau Kelenjar Pineal.
Otak yang kurang menerima bekalan Oksigen akan menyebabkan 'PINEAL GLAND' didalam Otak kurang aktif. Pineal Gland dianggap sebagi IBU segala Kelenjar. Ia adalah satu Kelenjar kecil, bersaiz sebesar beras dan terletak ditengah-tengah zon otak.
Kelenjar ini terdiri daripada Sel-sel Neuron yang amat peka kepada CAHAYA (NUR). Ia digelar juga sebagai ‘Mata Ketiga’ kerana fungsinya seakan-akan Organ Mata yang mampu melihat Imaginasi Batin. Didalam kebanyakan Kepercayaan, di sinilah dikatakan TAHTA tempat BERSEMAYAMNYA ‘Sub Concious Mind’ atau "Minda Bawah Sedar" manusia.
Kekurangan Oksigen pada IBU segala Kelenjar ini boleh menggangu Tugas-Tugas Kelenjar-Kelenjar lain didalam badan. Akibatnya Tubuh akan mudah terkena penyakit, seperti; Migrain, asma, masalah penglihatan, masalah jantung dan pelbagai lagi masalah-masalah penyakit didalam Tubuh, termasuklah resdung yang menyebabkan Nafas tersekat-sekat dan hidung tersumbat. Gejala ini boleh mengganggu Proses Kosentrasi dan akhirnya kita sukar untuk Khusyuk.
Untuk mendapatkan lebih Oksigen, kita perlulah;
2) MAKAN SEDIKIT, TETAPI BERKHASIAT;
Makan yang banyak menyebabkan Tubuh Fizikal terpaksa bekerja kuat untuk menghadamkan makanan. Penghadaman memerlukan Oksigen dan mengeluarkan Karbon Dioksida. Pengeluaran Karbon Dioksida yang banyak akan menyerap ‘Chi’ atau ‘Prana’ atau ‘Lung’ atau ‘Ruah’ atau ‘Vital Energy’ atau ‘Tenaga Dalaman’ daripada Minda.
Minda akhirnya akan lemah kerana kehilangan Tenaga yang perlu disalurkan kepada Jasad untuk proses penghadaman. Tenaga Minda yang lemah, menyebabkan Jasad menjadi malas melakukan pergerakan dan Otak juga menjadi malas untuk berfikir. Keadaan ini akan menyebabkan sukarnya untuk melakukan Konsentrasi dan akhirnya menyukarkan Khusyuk.
Kerana itulah PARA ARIFBILLAH', PARA SUFI, Saint, Yogi, Sadhu, Rabbis atau Sami. Kesemuanya mengamalkan pengambilan makanan yang sedikit tetapi Berkhasiat supaya ‘Pineal Gland’ yang ada di tengah-tengah Otak itu sentiasa Sihat. Pineal Gland yang Sihat dapat mengelakkan keletihan Jasad dan Minda, dan ini akan mengaktifkan Deria Batin yang dua itu (Akal dan Hati).
Kerana itu jugalah, puak-puak ‘Kapitalis’ 'Sekular' yang rakus dan tamak itu sanggup mencipta pelbagai makanan Kesihatan ‘Yang kononnya Sihat’, dari benih Genetically Modified Organism (Organisma Terubah suai Genetik / GMO), semata-mata untuk melemahkan fungsi Pineal Gland manusia.
Racun yang paling kerap kita gunakan untuk membunuh IBU segala Kelenjar didalam Otak kita ini ialah;
"FLORIDE" yang ada didalam kebanyakannya ubat gigi yang kita gunakan harini.
Apabila Kuasa Minda manusia dapat dikawal, maka mereka yang berkepentingan, boleh mengawal dan menguasai duniawi (Itu belum saya cerita berkenaan suntikan dan ubat-ubatan mereka).
Sebab itulah juga PARA ARIFBILLAH' dan PARA SUFI lebih kepada Perubatan Sumber Alam Semulajadi sahaja. Tapi mereka harini menonjol kedepan dengan Perubatan Moden gaya dan cara mereka, bahkan mereka membunuh Perubatan Tradisional yang Bersumberkan Alam Semulajadi.
3) SENAMAN.
Badan kita menyimpan Tenaga untuk digunakan apabila diperlukan. Namun, Tenaga yang tidak digunakan akan menyebabkan ianya ditukar menjadi lemak. Lemak menghalang darah daripada mendapat bekalan Oksigen yang secukupnya didalam badan, terutamanya Pineal Gland di Otak.
Justeru itu, Senaman adalah sangat-sangat diperlukan untuk membakar lemak dan membolehkan Sel-sel Tubuh mendapatkan Zat makanan yang diperlukan melalui darah yang menerima Oksigen. Kerana itu juga PARA ARIFBILLAH', PARA SUFI, Saint, Yogi, Sadhu, Rabbis atau Sami itu, sering Berpuasa dan sering melakukan gerakan Jasmani seperti berjalan kaki, untuk mendapatkan ‘Kuasa Maksimum’ Alam Minda.
Dek kerana seringnya Berpuasa, Jasad mereka tidak memerlukan banyak Oksigen untuk mencerna makanan didalam Tubuh. Oksigen, yang ada digunakan sepenuhnya untuk fungsi Tubuh.
4) MINUM AIR SECUKUPNYA.
Air itu bersifat Menyucikan. Air yang bersih juga mengandungi banyak Oksigen.
Pengkaji Air terkenal daripada Institut Hado, Jepun. Dr. Matsaru Emoto mendapati, Air yang dibacakan Kalimat-Kalimat IHSAN yang Positif ke atasnya, akan membentuk corak ‘Snowflake’ Air yang berwarna-warni dan cantik.
Jika diminum, ianya mampu merangsangkan pertumbuhan Sel. Maka sentiasa lebihkan minum Air putih berbanding makanan, kerana Air dapat membersihkan badan daripada Toksin. Kerana itu jugalah Air digunakan dengan meluas untuk tujuan Perubatan samada Perubatan Moden ataupun Perubatan Tradisional.
5) RIADAH DI TEMPAT-TEMPAT HIJAU.
Sentiasa mencari masa untuk keluar Beriadah ke tempat-tempat yang Hijau seperti di hutan, di air terjun, di taman atau di dusun atau di kebun.
Semasa di tempat ini, lakukanlah ‘KHALWAT’ atau 'BERTAFAKURLAH' dengan Alam dengan mempraktikkan Latihan Konsentrasi dan Fokus. Di tempat-tempat begini mempunyai Ion Negatif yang mengandungi banyak Oksigen, terutamanya di hutan, air terjun.
6) BELAJAR KONSENTRASI DENGAN MENGGUNAKAN ‘BINAURAL BEATS’.
Binaural Beats adalah satu sistem bunyi berfrekuensi rendah yang mirip ‘Bunyi desingan’ pada telinga. Ianya diciptakan oleh saintis untuk tujuan merehatkan Minda bagi membolehkan diri untuk Fokus kepada sesuatu. Muzik-muzik yang berirama perlahan, juga mampu merangsangkan aktiviti Positif Minda dan membuatkan Jasad menjadi TENANG.
Kerana itu ‘hymn’ (Nyanyian atau sebutan kalimat-kalimat tertentu yang perlahan atau Bertasbih) yang digunakan dalam pelbagai agama seperti sebutan 'Ya Rabb', 'Ohm', 'Ram', 'Yid' dan lain-lainnya banyak digunakan didalam perjalan Spiritual seseorang untuk membolehkan mereka Fokus dan mendapatkan Khusyuk.
Irama muzik klasik dan retro terdahulu amat mendamaikan telinga orang yang mendengarkannya. Namun genre muzik itu kian terpinggir dan digantikan dengan genre irama terkini seperti funk, techno, heavy metal, shoegazer, indie, hip-hop dan pelbagai lagi.
Genre ini sengaja dicipta dengan gelombang bunyi (Wave sound) yang membingitkan. Gelombang yang membingitkan ini, jika diperdengarkan dengan tempoh yang lama dan berterusan mampu membuatkan minda ‘Kacau’ dan tidak tenteram. Minda manusia yang ‘Kacau’ akan mudah dikawal oleh Syaitan. Syaitan itulah yang dizahirkan pada diri-diri manusia yang sering membelakangkan Tuhan-Nya.
Gunakanlah Binaural Beats ini sebagai alat Latihan awal untuk belajar ‘Konsentrasi’. Ia mudah didapati di YouTube.
* KESIMPULANNYA...
Kaedah Latihan yang saya (Syeh Haqtullah) jelaskan ini adalah diantara pelbagai Kaedah yang boleh digunakan untuk mencapai KHUSYUK. Terdapat pelbagai lagi Kaedah-kaedah Latihan lain yang boleh digunakan didalam mencapai Khusyuk.
Namun, walau apapun Kaedahnya, ianya tidak akan mendatangkan sebarang makna jika kita TIDAK BERTINDAK ! (ACTION)
Maka Bertindaklah, Mulakanlah dan Bergeraklah...
Cukup-cukuplah kita menuding jari mencari dan melihat kesalahan orang-orang lain. Cukup-cukuplah kita berteori dan megah dengan bahasa kata-kata.
Ayuh, kita terokai KHUSYUK Alam Diri dengan bahasa RASA yang MERASA...
Maka, Bertindaklah !
[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]
0 comments:
Catat Ulasan