IMAN ADALAH HARTA KARUN DUNIA

 


IMAN ADALAH HARTA KARUN DUNIA*

Apabila kita telah berusaha dan bekerja keras,
Apabila kita telah jalani Solat yang lima waktu,
Apabila kita sudah melakukan Solat Dhuha, Tahajud, Dzikir, Selawat dan DOA,
Namun tetap Miskin juga ???
Tidak perlu merungut apalagi memprotes kepada-NYA.
*** Seorang anak bertanya kepada ibunya;
"Ibu, mengapa kita Miskin ?"
Dengan tenang ibunya pun berkata;
"Wahai anakku, hidup ini seperti jalan-jalan di pasaraya. Semua orang boleh memilih dan membawa barang apa sahaja yang dia mahu,
Siapa yang membawa sepotong roti, maka dia mesti membayar seharga sepotong roti,
Siapa yang membawa tiga potong roti, dia mesti membayar harga tiga potong roti,
Sementara kita pula tidak membawa apa-apa kerana tiada duit untuk membelinya,
Dipintu keluar nanti, kita tidak akan diperiksa, maka kita akan dibiarkan keluar begitu saja, kerana kita tidak membawa apa-apa,
Begitu juga kelak di Hari Kiamat nanti.
Di saat orang-orang kaya perlu menjalani pemeriksaan untuk mereka mempertanggung jawabkan,
Di saat orang-orang kaya ditanya tentang;
Dari mana harta mereka diperolehi ??
Dan ke mana harta mereka digunakan ??
Manakala kita pula akan dibiarkan terus berjalan tanpa beban,
Lebih bagus begitu bukan ???
Apakah engkau masih juga belum mahu menerimanya ?
Sabda Nabi saw yang bermaksud;
“Aku tidak memiliki kecenderungan (kecintaan) terhadap dunia. Keberadaanku di dalam dunia seperti seorang musafir yang berteduh di bawah pohon, kemudian pergi dan meninggalkan pohon tersebut.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Wahai Anakku !...
Jika kita memang DITAKDIRKAN menjadi orang yang Miskin,
BERSABARLAH SEJENAK !
Kerana setelah Kematian, Kemiskinan itu akan hilang.
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah berkata;
“Orang mencintai dunia atau harta (secara berlebihan) tidak akan terlepas dari tiga (kerosakan dan penderitaan): Kekalutan (fikiran) yang tidak pernah hilang, keletihan yang berpanjangan dan penyesalan yang tiada akhirnya.”
BERFIKIRLAH POSITIF,
Barangkali, jika kita kaya belum tentu kita lebih BERIMAN,
Mungkin juga, dengan Kemiskinan kita akan lebih mudah meraih SYURGA-NYA.
JANGAN PERNAH MERUNGUT !
Kerana kaya dan Miskin bukanlah ukuran Mulia dan Hinanya manusia.
Tetaplah Bersangka Baik kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
Buangkan Rasa Iri, Cemburu dan buanglah tanda tanya ?!
"Tentang Kehendak-NYA Pemberi Nikmat."
Mungkin kesenangan yang dibuat untuk kita masih tersimpan di SYURGA, seperti mana Rasulullah saw yang menangguhkan Kenikmatan dunia untuk Akhiratnya.
Ingatlah !...
Bahawa sesungguhnya kekayaan itu bukan terletak pada harta benda, melainkan terletak pada Ketenangan Hati dan Jiwa.
Perkara yang paling mahal didunia itu adalah sebenar-benarnya IMAN yang tersimpan didalam hatimu, itulah harta karun yang tidak ternilai harganya.
Maka jagalah IMAN itu sebaik mungkin, janganlah kerana duniawi kita menjual IMAN kita hanya kerana Nikmat yang sementara.
“Belilah Akhiratmu dengan duniamu.”
“Jangan sampai engkau jual Akhiratmu untuk mendapatkan Kenikmatan dunia.”
(Hadis Qudsi) Allah swt berfirman;
Wahai kekasihKu...
"Jika engkau datang kepadaKu dengan amal, maka engkau akan Ku timbangi akan amalan baik dan buruk itu.
Jika engkau datang kepadaKu dengan ilmu, maka engkau akan Ku pertanggungjawabkan atas ilmu yang engkau miliki itu.
Jika engkau datang kepadaKu dengan Ma'krifat, maka engkau akan Ku hujahi sebatas mana engkau mengenal Aku..
Jika engkau datang kepadaKu denganKu, maka itu urusanKu."
[ Sumber dari As Kahfi ]


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan