10 Maharam di Karbala


 10 Maharam di Karbala

Arakian maka tiga ratus (300) hulubalang yang berjanji dan berteguh2 setianya dengan Amir Husin itu hanya yang tinggal tujuh puluh dua (72) orang lagi daripada kaum bani Hasyim dan delapan puluh (80) perempuan yang isi rumah nabi Allaha yang beserta dengan Amir Husin keluar dari benua Madinah mengikut jalan ke benua Kufah daripada suatu perhentian datang kepada suatu perhentian.
Maka Omar Said Midum pun berkirim surat kepada Yazid di dalam surat itu demikian bunyinya “Bahawa pesan raja Yazid itu di perolehlah maka Amir Husin itu sudahlah ia keluar dari benua Madinah hendak pergi ke benua Kufah. Akulah perdayakan dia laskar yang tiga puluh ribu (30,000) hulubalang itu tiada akan dapat berhadapan dengan Amir Husin. Maka di beri bantu akan hamba supaya dapat hamba melawan dia”.
Maka Amir Husin pun berjalanlah daripada suatu perhentian datang kepada suatu perhentian. Maka Amir Husin pun bertemu dengan seorang hulubalang Rahaban namanya. Maka di hampir oleh Rahaban di lihatnya Amir Husin maka kata Rahaban “Hai cucu nabi Allaha, mengapa maka tuan hamba meninggalkan Madinah”. Maka kata Amir Husin “Hai Rahaban, aku mendengar khabar Yazid hendak membunuh aku. Maka inilah aku hendak pergi ke benua Kufah”.
Maka kata Rahaban “Hamba pun sertalah menyerahkan diri serta nyawa hamba supaya hamba beroleh syafaat daripada nabi Allaha”. Maka kata Rahaban “Hai junjunganku, ambillah aku ini akan kuda junjunganku itu kecil kerana kuda ini tangkas lagi hitam serta gagahnya lagipun putih kakinya”.
Tatkala Amir Husin syahid pun di atas kuda itu maka Amir Husin pun berjalanlah daripada suatu perhentian datang kepada suatu perhentian maka Amir Husin pun bertemulah dengan seorang Wahab namanya. Maka kata Wahab “Hai junjunganku, hendak kemana tuan hamba ini” maka kata Amir Husin “Hamba hendak ke benua Kufah”.
Maka kata Wahab “Hamba pun serta pergi dengan tuan hamba menyerahkan nyawa hamba kepada tuan hamba supaya hamba beroleh syafaat nabi Allaha”. Maka Amir Husin pun berjalanlah dari sana maka sampailah kepada suatu tempat. Maka kuda itupun merebahkan dirinya tiada mahu berjalan maka Amir Husin pun menyuruh orang memandikan kuda itu dan untanya dan mendirikan khemah. Maka kayu akan yang di tetap akan khemah itu pun berdarah sekeliannya.
Maka Amir Husin pun bertanya pada segala hulubalang “Apa namanya padang ini” maka ujar sekelian mereka itu “Hai junjunganku, inilah padang Karbala nama tanahnya”. Maka kata Amir Husin “Qoalawa Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Roajaa’wana”.
Apabila di dengar oleh Omar Said Midum warta Amir Husin ada di padang Karbala itu maka Omar Said Midum pun membatas sungai Qorat itu lalu di katupnya sungai itu supaya Amir Husin jangan beroleh air. Setelah sudah sungai itu di katupnya maka ia berkirim surat kepada Yazid demikian bunyinya “Hai raja Yazid, berilah bantu akan kami kerana Amir Husin ada menanti di padang Karbala”.
Setelah sudah maka surat itupun sampailah kepada Yazid dengan seketika itu A’bada Allaha Ziat pun menghimpunkan laskar serta berjalanlah A’bada Allaha Ziat dengan enam puluh ribu (60,000) hulubalang dengan laskarnya. Maka kata Yazid “Pergilah kamu tunggu sungai Qorat itu supaya jangan Amir Husin itu beroleh air dan segeralah kepala Amir Husin itu bawa kepada aku”.
Bermula tatkala itu Amir Husin berhenti pada padang Karbala itu pada sehari bulan Maharam. Maka A’bada Allaha Ziat pun datanglah ia setelah bertemu dengan Omar Said Midum maka di suruhnya katup sungai Qorat itu perteguhkan dan di suruhnya tunggu. Maka segala keluarga Amir Husin pun dahagalah tiada beroleh air maka di koreknya telaga itupun tiada berair juga.
Maka datang pada delapan (😎 hari bulan makin sangat dahaganya maka segala anak Amir Husin pun datanglah kepada Amir Husin. Katanya “Hai bapaku, maha sangatlah dahagaku. Leher kami pun keringlah dan dada kami pun keringlah seperti di belah2 rasanya. Tiadalah menderita oleh kami. Berilah kami barang setitik air”.
Maka pada balik Amir Husin ada suatu kendi kulat berisi air maka kendi kulat itupun di kerbak oleh tikus airnya pun keringlah. Maka Amir Husin pun keluarlah daripada balik itu maka iapun mengadah ke langit lalu ia menangis. Maka ia berhadap kepada Omar Said Midum maka Amir Husin pun memanggil dengan nyaring suaranya “Hai kaum Yazid, berilah air barang setitik akan kami kerana aku sangat dahaga”. Maka kata segala munafik itu “Pada hari ini anjing dan babi kami berikan, kamu itu tiada kami berikan”.
Maka kata Amir Husin “Jika demikian lepaskanlah aku pulang ke Madinah supaya aku menyapu kubur nabi Allaha, kedua pekerjaan berperang dengan segala kafir. Bermula segala Asalama kau lepaskan daripadanya. Jika tiada demikian berilah akan kami air supaya hari kiamat jemaah tiadalah aku menuntut kematian aku”.
Maka kata munafik itu “Segala kata itu kami dengarlah. Akan air juga tiada kami berikan engkau dan tiada kami beri kembali ke Madinah pun”. Maka Amir Husin pun mengadah ke langit dengan tangannya ujarnya “Ya tuhanku, engkau juga tuhan yang mengetahui halnya. Bahawa segala munafik itu berpaling daripada hambamu. Di tegarkan hatinya daripada hambamu cucu nabi Allaha di dalam dahaganya tiada di berinya air. Ya tuhanku, kembalikan apalah hati segala munafik itu”.
Apabila Omar Said Midum pun berkata “Terbunyilah hamba hai cucu nabi Allaha pergilah katakan kepada segala isi rumah nabi Allaha. Nantilah esok hari hamba memberi air itu dengan firman Allaha Taa’alaya”. Di dalam seketika itu juga surat daripada Yazid pun datanglah demikian bunyinya “Segeralah kepala Amir Husin itu bawa kepada aku supaya kamu aku berikan harta dan negeri”.
Setelah surat itu di baca Omar Said Midum pun berubahlah janjinya dengan Amir Husin itu. Apabila datang pada hari Jumaat pada sepuluh (10) hari bulan Maharam daripada pagi2 hari maka segala kaum munafik itupun datanglah menghalakan senjatanya hendak memanah Amir Husin. Maka kata isi rumah nabi Allaha “Datanglah bantu” maka sukacitalah mereka itu.
Setelah di lihat isi rumah nabi Allaha segala kaum munafik itu datang menghalakan senjatanya hendak membunuh Amir Husin maka kata isi rumah nabi Allaha “Aku kira sekelian yang mari itu hendak menolong Amir Husin tiada pun hendak membunuh Amir Husin sekelian kita. Ya tuhanku, bahawa kami di aniaya oleh segala munafik itupun engkau beri putus asalah daripada mencium bau syurga”. Maka yang beserta dengan Amir Husin segala hulubalang itupun berwaadlah dan berteguh2an setianya akan pekerjaan perang pada ketika itu panas pun amat keras.
Maka segala mukmin yang kasih akan isi rumah nabi Allaha yang beserta itupun keluarlah ke medan itu tujuh puluh dua (72) orang itupun berkata kepada Amir Husin “Hai junjunganku, suruhkanlah kami berperang melawan segala kaum munafik itu. Kami sekelian pun menyerahkan nyawa kami kerana isi rumah nabi Allaha”.
Maka kata Amir Husin “Hai segala saudaraku, kepada Allaha Taa’alaya lah engkau sekelian kuserahkan” maka segala hulubalang itupun menyembah kaki Amir Husin lalu keluar berperang. Maka A’bada Allaha Ziat dan Omar Said Midum dengan segala munafik itu berperanglah seketika berperang kira2 seribu (1,000) orang kaum Yazid itu terbunuh.
Maka segala mukmin pun dahagalah lalu ia kembali kepada Amir Husin maka kata Amir Husin “Hai segala saudaraku, kepada Allaha dahaga tuan hamba sekelian itu”. Maka ujar sekelian mereka itu “Hai junjunganku, akan segala munafik itu tiada ia dahaga. Akan kami sekarang dahaganya. Jika ada air barang setitik jua pun dapatlah kami bunuh segala munafik itu”.
Maka kata Amir Husin “Hai segala saudaraku, sekarang ini tiada berair kepada aku. Ana Shaa Allaha pada pagi jemaah air Kalkautsar aku pinta akan daripada tangan nenekku nabi Allaha, aku bahagikan kamu sekelian”. Apabila segala mukmin itu mendengar kata Amir Husin demikian itu maka segala mukmin pun masuklah perang. Maka pada ketika perang maka lemahlah segala tulang mukmin itu sebab dahaganya.
Setelah di lihat A’bada Allaha Ziat dan Omar Said Midum lemahlah perang segala kaum mukmin itu maka masuklah kaum lain pula akan bantunya. Maka di sungguh2 hatinya berperang oleh segala mukmin itu pada seorang seratus (100) munafik itu di bunuhnya. Setelah sangatlah dahaganya segala mukmin itu maka iapun kembalilah kepada Amir Husin.
Maka sekali lagi ia masuk perang kira2 seratus dua puluh (120) kaum munafik itu di bunuhnya daripada sangat dahaganya maka lemahlah tulang segala mukmin itu. Maka di lihat oleh segala kaum munafik itu lemah perangnya segala mukmin itu maka di kerbangkannyalah akan segala mukmin itupun syahidlah.
Apabila Rahaban melihat hal yang demikian itu maka Rahaban pun berkata “Ya junjunganku, berilah hambamu melawan segala kaum munafik itu supaya segala munafik itu hamba bunuh”. Maka kata Amir Husin “Hai Rahaban, jangan engkau masuk perang ini supaya tahu kerja perang ini. Takut engkau mati di bunuh oleh segala kaum kafir itu, apa aku jawabkan ibumu”.
Maka kata Rahaban “Hai junjunganku, bahawa ibu hamba itu hamba serahkan kepada tuhan kerana isi rumah nabi Allaha”. Maka Rabahan pun tawakallah kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya. Maka iapun bermohonlah kepada Amir Husin lalu ia naik ke atas kudanya masuk perang. Maka segala senjata pun di helakan kepada segala munafik itu kira2 dua tiga puluh (30) kaum munafik itu di bunuhnya.
Maka Rahaban pun dahagalah air lalu ia kembali kepada Amir Husin maka katanya “Hai junjungan, jika ada air barang setitik jua hamba minum nescaya segala munafik itu habislah hambamu bunuh”. Maka kata Amir Husin “Hai Rahaban, demi Allaha Taa’alaya sekarang ini tiada berair pada hamba. Ana Shaa Allaha Taa’alaya pada pagi jemaah air Kalkautsar aku pinta akan daripada tangan nenekku nabi Allaha kuberikan engkau”.
Setelah Rahaban mendengar kata Amir Husin demikian itu maka Rahaban pun sujud pada kaki ibunya “Hai ibuku, ceraikanlah aku daripada hatimu dan halalkanlah air susumu”. Maka kata ibunya “Aku serahkanlah engkau kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya dan air susuku pun aku halalkanlah padamu”. Maka Rahaban pun bermohonlah pada ibunya maka iapun naiklah ke atas kudanya.
Maka di kertakkan kudanya lalu masuk perang dengan segala munafik pun banyak di bunuhnya. Maka kata ibunya “Hai anakku, bunuhlah segala munafik itu supaya engkau beroleh syafaat daripada nabi Allaha” dengan demikian panas pun sangatlah keras. Maka Rahaban pun sangatlah keras perangnya maka Rahaban pun dahagalah dan lelahlah. Setelah di lihat oleh munafik itu lemahlah perangnya Rahaban itu maka di banyak2nya oleh munafik itu akan Rahaban maka Rahaban pun syahidlah.
Setelah di lihat ibunya Rahaban hal anaknya demikian itu maka di ambilnya tongkat di palunya kepada munafik itu pun matilah kira2 enam (6) orang kaum munafik itu di bunuhnya. Maka kata Amir Husin “Hai ibu Rahaban, bukannya perang atas perempuan” maka sahut ibu Rahaban dengan tangisnya “Hai junjunganku cucu nabi Allaha, aku beroleh syafaat daripada bondamu Fathimah Al Zaharoya”.
Maka kata Amir Husin “Akulah mengaku akan ibu Rahaban itu beroleh syurga akan bahagiannya”. Maka ibu Rahaban pun kembalilah kepada Umi Salamah seraya bertangisan2 dengan segala isi rumah nabi Allaha. Apabila Wahab melihat hal demikian itu maka iapun berkata kepada Amir Husin “Hai junjunganku, lepaskanlah hamba pergi berperang supaya hamba menyerahkan diri hamba kepada tuan hamba”.
Maka kata Amir Husin “Hai Wahab yang kasih akan isi rumah nabi Allaha. Syahdan engkau berdirilah di sini biarlah aku masuk perang itu boleh engkau lihat dahulu”. Maka kata Wahab “Hai junjunganku, tiada hamba mahu apabila junjunganku dahulu masuk perang itu. Bukanlah hamba kasih akan isi rumah nabi Allaha hambamu juga dahulu masuk perang. Nescaya hamba serahkan nyawa hamba kepada tuan hamba supaya hamba beroleh syafaat daripada nabi Allaha”.
Maka Wahab pun bermohonlah kepada Amir Husin lalu ia naik ke atas kudanya. Maka di pacunya kudanya masuk ke medan serta mengunus shamsarnya lalu ia menyerbukan dirinya ke dalam tentera kafir yang tiada terpemanai itu maka di bunuhnya segala munafik. Maka Omar Said Midum dan A’bada Allaha Ziat pun berdirilah melihat laskarnya banyak mati di bunuhnya oleh Wahab maka laskar yang belum masuk perang itupun di suruhnya masuk perang.
Maka di kerumun oleh kaum munafik itu akan Wahab itu maka Wahab pun menetak dengan kedua belah tangannya kepada kaum munafik itu. Seketika berperang maka Wahab pun dahagalah air maka di kerumun oleh segala kaum munafik itu. Maka Wahab pun redhalah dengan takdir Allaha Taa’alaya pada pekerjaan isi rumah nabi Allaha maka Wahab pun syahidlah.
Apabila di lihat Amir Husin Wahab syahid itu seorang pun tiadalah di sisinya maka ia pun menangislah demikian katanya “Ya tuhanku, segala yang beserta hambamu habislah terbunuh dengan dahaganya”. Maka ada seorang kaum munafik itu ia berseru2 katanya “Akulah melawan Amir Husin itu”. Apabila di dengar Qosim abana Hasan suara munafik itu terlalu ia berbangkit ke hadapan Amir Husin.
Maka katanya “Tuanku lepaslah hambamu melawan segala munafik itu” maka kata Amir Husin “Hai Qosim, di anugerahkan Allaha Taa’alaya akan segala saudaraku yang kasih akan isi rumah sekelian. Biarlah aku dahulu” maka kata Qosim “Baiklah hamba dahulu menyerahkan nyawa hamba”. Maka kata Amir Husin “Kepada Allaha Taa’alaya engkau kuserahkan tetapi kemudian daripada kamu apa hal Ali Akbar dan Ali Asfar apa kesudahannya” maka Qosim pun menangislah.
Maka di hunus shamsarnya masuk peranglah dengan minta doa kepada Allaha Taa’alaya dan sholawat akan nabi Allaha serta menyerbukan dirinya kepada kaum munafik itu menetak dengan kedua belah tangannya. Maka dengan sekali perang itu seratus (100) kaum munafik itu di bunuhnya oleh Qosim. Setelah sangatlah dahaganya tiada menderita lalu lemahlah segala tulangnya. Maka di lihat segala munafik itu lemahlah perang Qosim itu maka di banyak2kannya akan Qosim maka Qosim pun syahidlah.
Setelah di lihat Amir Husin Qosim syahid itu maka Amir Husin pun menangislah memandang kepada Ali Akbar anaknya yang tuha daripada segala saudaranya lagi separas dengan nabi Allaha lagi kasih oleh isi rumah nabi Allaha. Bermula umurnya baharu dua belas (12) tahun. Akan saudaranya Ali Asfar itu umurnya baharu tujuh (7) tahun maka kata Ali Akbar “Hai bapaku, berilah hamba masuk perang melawan segala munafik itu”.
Apabila Amir Husin mendengar kata Ali Akbar itu maka Amir Husin pun mengadah ke langit dengan tangisnya katanya “Ya tuhanku, engkau juga yang tahu akan hal anak hamba Ali Akbar itu. Ia kanak2 sekarang ia hendak pergi berperang melawan segala munafik itu”. Setelah di dengar Ali Akbar kata bapanya maka ia pun berbangkitlah pergi kepada bondanya Syahri Banun. Maka katanya “Hai bondaku, halalkanlah air susu ibuku itu” maka kata bondanya “Hai anakku, aku halalkanlah dari dunia datang ke akhirat kerana suatu pun tiada dua selama kepada aku”.
Maka Ali Akbar pun pergilah kepada saudaranya katanya “Hai saudaraku, hilangkanlah daripada hatimu” maka kata ibunya “Hai anakku dan buah hatiku dan cahaya mataku, apa juga kehendak hatimu supaya aku sertamu”. Maka kata Ali Akbar “Tiada apa” lalu iapun menangis katanya “Hai ibuku dan saudaraku, serahkanlah nyawa aku kepada tuan hamba yang maha mulia dan yang maha besar. Adapun hari inilah perceraian hamba dengan ibu hamba dan saudara hamba. Bermula di pertemukan Allaha Taa’alaya pada pagi jemah hari kiamat di hadapan nabi Allaha”.
Setelah di dengar oleh Syahri Banun kata Ali Akbar demikian itu maka Syahri Banun pun menangislah dan segala isi rumah nabi Allaha pun menangislah. Maka Ali Akbar pun naiklah ke atas kudanya masuk ke medan menunjukkan dirinya. Maka di permain2kan pendahannya serta ia minta doa kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya dan sholawat akan nabi Allaha dan memuji2 Ali Syah Merdan daripada segala laki2.
Bermula segala munafik itupun ngerunlah akan Ali Akbar maka datanglah ia berpasuk2kan mengeliling Ali Akbar. Maka Ali Akbar pun menghalakan senjatanya kanan dan kiri yang kanan itupun habislah mati di bunuhnya dan di halakan kekiri itupun habis lari cerai berai maka banyaklah kaum munafik itu di bunuhnya oleh Ali Akbar.
Maka panas pun sangatlah kerasnya maka Ali Akbar pun dahagalah air tiada menderita lagi lalu ia kembali kepada bapanya Amir Husin daripada sangat dahaganya. Maka kata Ali Akbar “Hai bapaku, jika di beri air barang setitik jua pun nescaya segala kafir itu aku bunuh di tengah medan itu”. Maka kata Amir Husin “Hai anakku dan buah hatiku, bahawa Allaha Taa’alaya akan saksiku air tiada pada aku. Sabarlah hai anakku supaya air Kalkautsar kupinta kepada nenekmu nabi Allaha akan engkau minumlah”. Maka di ambilnya oleh Amir Husin cincin khalifah itu maka di masukkan ke dalam mulut Ali Akbar.
Maka tatkala itulah Amir Husin pun tersedarlah akan saudaranya Mahamada Hanafiah di benua Benidah. Maka Amir Husin pun menyurat surat demikian bunyinya “Hai saudaraku Mahamada Hanafiah, segeralah tuntut kematian aku pada tanah padang Karbala. Bermula segala isi rumah nabi Allaha pun habislah sudah tertawan terampas oleh kaum Yazid”.
Setelah surat itu maka kata Amir Husin pada orang yang memelihara kudanya “Hai Sudang, pergilah engkau kepada saudara aku. Segeralah sampaikan suratku itu kepadanya" maka Amir Husin memandang kepada Ali Asfar. Maka pada ketika itu Ali Akbar pun berperanglah dengan segala munafik itu.
Setelah Amir Husin melihat Ali Akbar tiada kembali daripada berperang itu maka segala munafik pun banyaklah di bunuh oleh Ali Akbar. Maka Ali Akbar pun sangatlah dahaganya maka tulang Ali Akbar pun lemahlah. Maka dengan takdir Allaha Taa’alaya maka Ali Akbar pun kenalah panah terus kebelakang maka Ali Akbar pun gugurlah ke bumi dari atas kudanya.
Maka segala munafik pun datanglah mengepung Ali Akbar maka di parang oleh Ali Akbar sekadar kuasanya kepada segala kaum munafik itu. Maka ia pun berseru2 seraya katanya “Hai bapaku, segeralah tuan hamba datang kerana nabi Allaha memberi hamba minum sharo itu nabi Allaha pun ada berdiri menanti tuan hamba”. Setelah sudah maka Ali Akbar pun syahidlah maka segala kaum munafik itu seperti anjing beroleh bangkai tiadalah takut akan Allaha Taa’alaya dan tiada khidmat akan anak cucu nabi Allaha.
Setelah Amir Husin pun menangislah demikian bunyinya “Ya tuhanku, amat sangatlah seksa akan hambamu ini. Apa jua dosanya hambamu maka di sakiti yang demikian ini. Akan anak hamba Ali Akbar yang separas dengan nabi Allaha maka di hadapan hambamu di bunuh segala munafik dan lagi di belahnya di hadapan hambamu”. Maka Amir Husin pun memandang kekanan dan kekiri maka terpandanglah pada muka anaknya Ali Asfar.
Maka kata Ali Asfar “Hai bapaku, lepaslah hambamu mengikut saudara hamba” maka di ambilnya pendahannya hendak di angkatkan tiada dapat di angkatkan kerana ia lagi kanak2 baharu tujuh (7) tahun usianya ia hendak pergi perang juga melawan munafik itu. Maka kata Amir Husin pada segala perempuan isi rumah nabi Allaha “Kamu ambillah kanak2 ini supaya jangan terbunuh. Jika ia terbunuh tiadalah tinggal daripada bangsa kita lagi. Apa aku sahutkan kepada nenekku nabi Allaha”.
Setelah di dengar oleh mereka itu kata Amir Husin demikian itu maka keluarlah segala isi rumah nabi Allaha dari khemahnya dengan tangisnya berseru2 demikian bunyinya “Yaa Alahaya Yaa Sayadaya Yaa Mawalaya ya tuhanku, engkau juga yang tahu akan hal hambamu aniaya segala munafik itu”. Setelah sudah Amir Husin kembali ke rumahnya maka Amir Husin mengambil baju baginda Ali dan ikat pinggang nabi Allaha pun di pakainya dan tengkolok nabi Allaha pun di pakainya. Dandan rambutnya pun di lepaskan kekiri dan kekanan maka di ambilnya hanjarnya di persandangkan.
Maka Amir Husin pun berkata kepada Umi Salamah dan Umi Kalsum “Hai nenekku, halalkanlah dosa hambamu kerana sebab hambamulah maka tuan2 sekelian beroleh demikian”. Maka kata Umi Salamah dan Umi Kalsum dan segala isi rumah nabi Allaha maka Syahri Banun pun menangislah. Maka kata mereka itu dengan tangisnya “Kami halalkanlah tiada apa dosanya. Pada kami2 juga yang salah pada engkau”.
Maka sangatlah menangis Amir Husin dan segala perempuan isi rumah nabi Allaha maka Amir Husin pun memandang kepada anaknya Ali Asfar. Maka kata Amir Husin “Hai anakku dan buah hatiku dan cahaya mataku, pintalah doa engkau kepada Allaha Taa’alaya di pertemukan Allaha apalah kita di dalam akhirat. Bermula Syahri Banun pun jangan engkau beri berdendam dengan orang dan berkelahi dengan orang. Maka peninggal aku ini jangan kamu tuntut kematian aku ini”.
Apabila di dengar Ali Asfar dan saudaranya Fathimah maka sekelian mereka itupun bertangislah demikian bunyinya “Wah Allaha wah Mahamada wah Ali wah Fathimah wah Hasan wah Husin wah Ali Akbar wah Ali Asfar”. Maka Amir Husin pun keluarlah dari khemahnya maka segala isi rumah nabi Allaha pun keluarlah daripada khemahnya berdiri memandang kepada Amir Husin berjalan itu serta dengan tangisnya.
Setelah di lihat Amir Husin segala isi rumah nabi Allaha keluar daripada khemahnya itu maka Amir Husin pun segeralah naik ke atas kudanya serta di bacanya Ba Sama Al Laha Wa Ba Al Laha Wa Tawakalata A’laya Al Laha Wa A’laya Sholawata Nabaya Al Laha. Setelah sudah maka Amir Husin pun mengertakkan kudanya ke tengah medan.
Apabila di lihat segala munafik itu Amir Husin datang maka gementarlah segala anggotanya daripada takut dan
hebat
akan dia. Maka di katakan orang tatkala Amir Husin lagi kecil tujuh (7) tahun usianya gajah tujuh (7) hasta tingginya dengan sekali tetak juga putus dua. Maka pada ketika ini pahlawan mana yang dapat berhadapan dan menentang matanya itu.
Maka berdirilah Amir Husin di tengah medan itu maka kata Amir Husin “Hai segala kaum munafik zalim, engkau kenalkah aku ini siapa”. Maka kata sekelian mereka itu “Bahawa aku kenal engkau, anak Ali Al Marodhoya dan nenekmu Mahamada Mashothofaya dan ibumu Fathimah Al Zaharoya dan saudaramu Amir Hasan” katanya maka kata segala munafik itu “Sungguhpun demikian tiada kami takut”.
Setelah di dengar Amir Husin kata munafik itu maka di halakan pendahannya kekiri maka segala kafir di kiri itupun habislah mati di bunuhnya. Maka
hebat
sekelian memandang Amir Husin itu maka di banyak2kinya oleh kaum Yazid maka di keliling akan Amir Husin. Maka Amir Husin pun mengunus shamsarnya maka di serbunya akan dirinya kepada segala kafir yang tiada terpemanai itu banyaklah matinya di bunuh oleh Amir Husin. Maka mengharaplah segala kafir itu demikian katanya “Jika Amir Husin ini beroleh air barang setitik jua pun di minumnya nescaya habislah kita ini di bunuhnya”.
Setelah di lihat oleh Amir Husin segala kafir dari kanan kirinya habislah lari seorang pun tiada lagi tinggal di hadapannya maka Amir Husin pun menghampiri sungai Qorat itu. Maka di ambilnya suatu bekas di isi air itu hendak di minumnya air itu oleh Amir Husin maka iapun tersedarlah akan segala sahabatnya dan anaknya yang dahulu syahid itu. Maka kata Amir Husin “Wah taulanku pun di dalam dahaganya ia syahid. Betapa perinya aku minum air ini”. Maka pada ketika itu Omar Said Midum pun menyuruh segala hulubalangnya katanya “Jika Amir Husin beroleh air puaslah dahaganya seorang pun kita tiada hidup habis di bunuhnya”.
Setelah segala munafik itu mendengar kata Omar Said Midum pun maka segala kaum kafir itupun datanglah serta menghalakan senjatanya kepada Amir Husin dengan pendahannya seperti hujan yang kebat. Maka Amir Husin pun larilah ia maka menyerbukan dirinya serta ia menyerahkan dirinya kepada Allaha Taa’alaya di dalam lalinya itu. Maka kenalah bahu Amir Husin di panah oleh kaum Yazid itu terus anak panah itu lalu ke belakangnya. Maka di bantunnya anak panah itu oleh Amir Husin maka di balingkan ke sungai Qorat itupun merahlah darah maka kata Amir Husin “Wah di bunuhnyalah cucu nabi Allaha oleh munafik ini”.
Maka Amir Husin pun menahankan darah dengan tangannya serta di baca Ba Sama Al Laha Wa Ba Al Laha Wa Ba Al Laha Wa Tawakalata A’laya Al Laha Wa A’laya Sholawata Nabaya Al Laha. Maka di hamburkannya maka darah itupun bercampurlah dengan awan maka awan itupun jadi merahlah seperti darah warnanya. Maka anak panah itu pun di balingkan oleh Amir Husin kepada kaum munafik itu maka Amir Husin pun berperanglah sekali lagi maka banyaklah segala kaum Yazid itu di bunuhnya. Setelah itu darah pun banyaklah keluar maka Amir Husin pun gugur dari atas kudanya seperti hadis demikian katanya apabila datanglah lemah binasalah laki2.
Setelah di lihat oleh segala kaum munafik itu Amir Husin gugur ke bumi maka di keliling oleh segala kaum munafik itu seperti seorang pun tiada mahu hampir. Maka ada seorang hulubalang Yazid bernama Sambar Al Ain maka ia berkata pada hulubalangnya “Penggalkan olehmu kepala Amir Husin” maka sahut segala hulubalang itu “Kami takut berseteru dengan cucu nabi Allaha itu”. Maka kata Sambar Al Ain anjing celaka “Marilah aku turun dari atas kudaku ini supaya akulah mengerat kepala Amir Husin itu”. Maka Sambar Al Ain anjing celaka pun turunlah dari atas kudanya duduk di atas dada Amir Husin.
Maka kata Amir Husin “Hai anjing celaka engkau kenalkah aku ini siapa” maka kata Sambar Al Ain anjing celaka “Aku kenallah akan engkau Amir Husin bapamu Ali Al Marodhoya dan ibumu Fathimah Al Zaharoya dan saudaramu Amir Hasan dan nenekmu Mahamada Mashothofaya dan seterumu itu Yazid celaka” maka kata Amir Husin “Hai anjing celaka buka dadamu itu”.
Setelah di buka dadanya maka kata Amir Husin “Shodayaqo ya nabi Allaha kerana sabda nabi Allaha barang siapa memenggal kepala cucuku Husin dan dadanya hitam susunya seperti susu anjing” maka kata Amir Husin “Redhalah aku engkau bunuh hai celaka dengan takdir Allaha Taa’alaya” maka di penggalnya kepala Amir Husin oleh Sambar Al Ain anjing celaka.
Pada suatu kaul mati Amir Husin pun keluarkannya di buangkannya pada sepuluh (10) hari bulan Maharam pada hari Jumaat. Maka Amir Husin pun pada ketika jadi isi syurga seperti di dalam syurgalah duduknya seperti kata di dalam hadis ertinya yang mati akan senjata kafir di dalam perang sabil Allaha itu sebab menghapuskan dosanya pada pagi2 jemaah. Apabila kuda Amir Husin melihat hal demikian itu maka iapun mengregahkan dan mengerjangkan segala kaum kafir itu maka kuda itupun berlepaskan dirinya daripada segala kafir itu.
Setelah datanglah kuda itu kepada khemahnya Amir Husin dengan pelananya maka Umi Salamah pun keluarlah dari dalam khemahnya maka ujarnya “Di bunuh oranglah cucu nabi Allaha maka kudanya datang sendiri”. Maka Syahri Banun pun mengharaplah “Wah di bunuh oranglah bapa kanak2 itu maka kudanya datang sendirinya lagi berlumur dengan darah” maka kuda itupun menghempaskan dirinya ke bumi maka terpancarlah otaknya keluar dari hidungnya lalu mati.
Maka segala isi rumah nabi Allaha pun menumbuk2 dadanya dan merabat2 rambutnya seraya mengharap dengan tangannya demikian bunyinya “Wah kasih kami wah dagang kami wah Mahamada kami wah hai Ali kami wah Hasan kami wah Husin kami wah Fathimah kami” segala isi rumah nabi Allaha pun tiadalah sedarkan dirinya.
Maka ketika Amir Husin syahid itu maka Arash dan Kursi sekelian pun gementarlah bulan dan matahari pun tiada keluar. Bermula tujuh hari tujuh malam segala alam ini jadi kelam kabut sekelian pun bercintalah akan Hasan dan Husin peninggalan nabi Allaha seorang mati akan racun seorang mati terbunuh oleh senjata segala munafik itu di sembelihnya demikianlah kematian anak cucu nabi Allaha di dalam dunia ini supaya di ketahui oleh segala umat nabi Allaha hal hidup di dalam dunia ini.
Hai segala Asalaama sementara lagi hidup di dalam dunia ini hendaklah engkau kerjakan ibadat serta dengan anak isteri sedia kala kerana isi rumah nabi Allaha dengan dukacitanya memberi syafaat supaya kamu beroleh syafaat nabi Allaha Yaa Alaha Al A’alamayana Wa Yaa Khoyaro Al Naashoroyana Ba Rohamataka Yaa Arohama Al Rohamayana.
Setelah sudah Amir Husin syahid pada tanah padang Karbala pada ketika itu Jaa’far anak Abu Bakar Nashodayaqo rodhoya Allaha a’naha mengeliling Kaabah nabi Allaha. Maka ada seorang2 sebelah tangannya menjabat panglang Kaa’bah maka ia berkata “Ya tuanku, adakah di ampuninya dosa hambamu” sehingga tiga (3) kali ia berkata demikian demikian itu dengan tangisnya. Maka di hampiri Jaa’far abana Abu Bakar katanya “Hai hamba Allaha, apa dosanya engkau perbuat maka demikian kata engkau itu”.
Maka kata orang itu “Hai Jaa’far, hambalah yang memegang pakaian Amir Husin tatkala ia mati berperang dengan Yazid. Maka di dalam ikat pinggangnya itu ada suatu manikam tiada terharga oleh jauhari maka pada ketika itu Sambar Al Ain anjing celaka memenggal kepada Amir Husin maka A’bada Allaha Ziat dan Omar Said Midum dengan segala hulubalangnya pun sukacitalah ia daripada hari itu makan minum.
Setelah sudah maka tatkala itu hamba pun merubahkan diri hamba di dalam mayat yang banyak itu. Apabila tengah malam maka segala kaum munafik itupun tidurlah ia maka hamba tangkap hendak mengambil manikam di dalam ikat pinggangnya Amir Husin itu. Pada bicara hamba jikalau manikam itu aku peroleh datang kepada anak cucuku makan dia pun tiada akan habis.
Maka terbukalah hawa dan nafsu hamba maka hamba hampir dekat tubuh Amir Husin itu tiada berkepala maka hamba urai ikat pinggangnya. Maka di tangkapnya tangan hamba dengan tangan kanannya maka hamba penggal tangan kanannya maka hamba urai pula ikat pinggangnya itu. Maka hamba dengar suara demikian bunyinya “Bukanlah engkau laki2 mengapa maka cucu nabi Allaha engkau telanjangkan dia” demikianlah hamba dengar suara itu maka terkejutlah lalu rebah pengsan itu. Hamba lihat malaikat turun dari langit berpasukan2 membawa hamparan daripada cahaya maka di hamparkan di atas hamparan mayat Amir Husin di bubuhnya oleh malaikat itu nawarastu.
Seketika lagi hamba lihat dari masyrik suatu awan datang dari udara di keliling malaikat itu berseru2 demikian bunyinya “Luaskan kami jalan bahawa nabi akhir zaman datang mengunjungkan cucunya yang syahid pada tanah padang Karbala itu”. Maka awan itupun datang pada hamparan itu maka nabi Allaha pun turun pada hamparan itu. Setelah di lihat nabi Allaha tubuh Amir Husin tiada berkepala dan tiada bertangan dan tiada bermata2nya pun di keluarkan dan tubuhnya pun berbalit dengan darah. Maka nabi Allaha pun menanggalkan tengkolok yang maha mulia lalu nabi Allaha pun menangis demikian tangisnya “Betapakah yang tuhanku engkau seksakan Husin demikian ini”.
Maka seketika lagi datang pula suatu awan di keliling oleh malaikat seraya berseru2 malaikat itu “Luaskan kami jalan bahawa nabi Adam A’layaha Al Salama datang hendak mengunjung Amir Husin”. Maka awan itupun datang pada hamparan itu maka nabi Adam A’layaha Al Salama pun turunlah pada hamparan itu. Maka nabi Allaha pun memimpin tangan nabi Adam A’layaha Al Salama maka duduklah maka di hamparkan di atas hamparan itu. Mayat Amir Husin di bubuhnya oleh malaikat narawastu.
Seketika lagi hamba lihat datang suatu awan di keliling malaikat maka katanya “Luaskan kami jalan bahawa nabi Nuh A’layaha Al Salama datang hendak mengunjungkan Amir Husin”. Maka nabi Nuh pun turunlah pada hamparan itu maka di lihat nabi Nuh Amir Husin tiada berkepala maka nabi Nuh pun menangislah demikian tangisnya “Ya tuhanku betapakah hal cucu nabi Allaha demikian ini engkau seksakan”. Maka nabi Nuh pun di pimpin nabi Adam A’layaha Al Salama duduk. Maka seketika lagi datang pula suatu awan itu di keliling malaikat maka katanya “Luaskan kami jalan nabi Ibrahim A’layaha Al Salama datang hendak mengunjungkan Amir Husin”.
Maka awan itupun datanglah pada hamparan itu maka di lihat nabi Allaha Ibrahim tubuh Amir Husin itu tiada berkepala. Maka nabi Ibrahim pun menangislah demikian bunyinya “Wah Husinku, siapakah mengceraikan kepalamu daripada badanmu dan siapakah memenggalkan tanganmu dan siapakah mengorekkan matamu ini. Ya tuhanku, engkau jua tuhan yang maha tahu dan yang maha kuasa daripada segala yang kuasa. Betapakah engkau seksakan Amir Husin itu”. Maka nabi Nuh pun berbangkitlah memegang tangan nabi Ibrahim maka di bawanya duduk.
Maka seketika lagi datang pula suatu awan maka di keliling malaikat maka katanya “Luaskan kami jalan bahawa nabi ismail dan nabi Ishaq dan Mariam mereka itu datang mengunjungkan Amir Husin”. Maka awan itupun datanglah maka nabi Ismail dan nabi Ishaq dan Mariam pun turunlah ke atas hamparan itu. Maka di lihat Amir Husin tiada berkepala maka kedua nabi itupun menangislah akan Amir Husin. Maka berbangkit nabi Ibrahim memegang tangan nabi Allaha Ismail dan nabi Allaha Ishak dan Mariam di bawanya duduk di atas hamparan.
Maka seketika lagi datang pula suatu awan di keliling malaikat maka katanya “Luaskan kami jalan bahawa nabi Musa datang hendak mengunjung Amir Husin”. Maka awan itupun datanglah pada hamparan itu maka turunlah nabi Musa maka berbangkit nabi Ibrahim memegang tangan nabi Musa di bawanya duduk. Maka di lihat nabi Musa Amir Husin tiada berkepala itu maka ia pun menangislah.
Maka seketika lagi datang pula suatu awan di keliling malaikat maka katanya “Luaskan kami jalan bahawa nabi Isa datang hendak mengunjungkan Amir Husin”. Maka awan itupun datanglah maka turunlah nabi Isa pada hamparan itu. Maka di lihat nabi Isa Amir Husin tiada berkepala itu maka nabi Isa pun menangislah terlalu sangat. Maka seketika lagi maka datang suatu awan di keliling malaikat maka katanya “Luaskan kami jalan bahawa Aisyah dan Khadijah pun datang hendak mengunjung Amir Husin”.
Maka Aisyah dan Khadijah pun turunlah pada hamparan itu maka di lihat Amir Husin tiada berkepala maka Aisyah dan Khadijah dan segala malaikat pun menangislah demikian bunyinya “Ya tuhanku apa juga engkau seksakan cucu nabi Allaha demikian ini”. Maka segala nabi pun berjabat tangan dengan Aisyah dan Khadijah di bawanya duduk di atas hamparan.
Maka seketika lagi datang pula awan teramat sinar dengan mahligai maha besarnya dengan segala malaikat mengeliling malaikat itu dengan bahananya seperti tagar bunyinya segala malaikat itu dengan mengarap dan tangisnya. Apabila hamba lihat mahligai itu maka terkejutlah hamba mendengar suara malaikat. Maka katanya “Luaskan jalan bahawa baginda Ali Al Marotadhoya dan Fathimah Al Zaharoya raja segala perempuan di dalam negeri akhirat anak Mahamada Mashothofaya judu Ali Al Marotadhoya Allaha a’naha datang mengunjungkan Amir Husin yang syahid pada tanah padang Karbala itu".
Maka baginda Ali dan Fathimah pun turunlah di atas mahligai itu maka rambut pun di kerbangnya maka berbangkit nabi Allaha dan segala nabi2 sekelian menunjukkan tubuh Amir Husin itu tiada berkepala dan tiada bertangan dan tiada bermata dan tubuhnya pun berlumurlah dengan darah. Setelah di lihat Fathimah kelakuan Amir Husin itu maka Fathimah pun pengsanlah akan dirinya terhantar tiada khabar maka segala nabi pun memegang Fathimah. Maka Fathimah pun bangkitlah lalu ia menangis maka baginda Ali pun menangis serta dengan mengharap di dakap tubuh anaknya demikian katanya “Wah hai anakku, apa peri seksa atasmu kulihat”.
Maka Fathimah pun menangislah serta mendakap akan tubuh Amir Husin maka kata Fathimah “Ya tuhanku, seksa mana engkau kenakan kepada Amir Husin anak hambamu. Apa perinya demikian ini. Ya tuhanku, maka engkau hinakan anakku siapakah menceraikan kepalanya dan siapakah memenggalkan tangannya dan di keluarkan orang matanya. Tiada ia takut akan Allaha dan sopan akan segala nabi2 dan malaikat apa dosanya maka di perbuat demikian ini hai anakku”.
Maka Fathimah pun berseru2 dengan tangisnya dan segala malaikat pun menangislah maka nabi Allaha pun berbangkitlah serta dengan tangisnya jadi huru haralah segala mereka itu. Di dalam pengsannya hamba itu “Fathimah Al Zaharoya raja segala perempuan di dalam dunia akhirat, hambalah memenggalkan tangan Amir Husin itu ampunkanlah dosanya hambamu”.
Maka kata Fathimah “Tiada aku ampunkan bahawa Allaha Taa’laya pun tiada mengampunkan dosanya itu. Bukan kerja engkau kerjakan atas isi rumah rasul Allaha maka engkau perbuat atas anakku itu tiadalah engkau kasihan melihat dia”. Maka nabi Allaha pun berbangkit menampar muka orang yang memenggal tangan Amir Husin itu. Maka barang siapa melihat mukanya hitam sebelah orang itulah isi neraka.
Maka kata Fathimah “Hai celaka, apa dosanya anakku padamu maka demikian engkau penggalkan tangannya lagi daripada tangannya itu beroleh anugerah tiada kholi. Mengapa maka demikian pekerjaanmu. Tiadakah engkau takut akan Allaha Taa’alaya dan nabi Allaha dan sidang nabi sekelian tiadakah engkau malu akan segala malaikat dan tiadakah engkau takut kena laknat Allaha”.
Maka di cetera ini daripada di cetera Jaa’far abana Abu Bakar Nashodayaqo pun menangislah maka kata yang menjabat pakaian Amir Husin itu “Hai Jaa’far, adakah di ampuni lagi akan hamba”. Maka katanya oleh Jaa’far abana Abu Bakar “Adapun yang demikian itu serta hampirlah orang derhaka kepada Allaha Taa’alaya. Tiadalah harus di ampun dosanya”.
Setelah demikian kata Jaa’far maka Jaa’far pun meminta doa kepada Allaha Taa’alaya demikian bunyinya “Yaa Alahaya ya tuhanku, segala yang kasih akan segala mati syahid pada tanah padang Karbala itu yang kasih akan segala aulia Allaha. Mereka itu sempurnalah kehendaknya dan kehidupannya dan jauhlah bala daripada berseteru dengan isi rumah nabi Allaha”. Setelah demikian kata Jaa’far di dengar oleh orang yang menjabat pakaian Amir Husin itu maka ia pun larilah melindungkan dirinya di hadapan Jaa’far.
Kemudian di ceterakan oleh Jaa’far abana Abu Bakar Nashodayaqo rodhoya Allaha a’naha kematian Amir Husin peri kemuliaan Amir Husin di anugerahkan Allaha Taa’alaya delapan belas ribu (18,000) malaikat yang mengeliling Arash dan Kursi. Nabi yang besar2 seperti Mahamada Mashothofaya dan nabi Adam A’layaha Al Salama dan sekelian nabi dan sekelian orang mulia2 itu datang mengunjungkan Amir Husin. Yaa Alaha Al A’alamayana Wa Yaa Khoyaro Al Naashoroyana Ba Rohamataka Yaa Arohama Al Rohamayana.
Hikayat Mahamada Hanafiah di British Library (BL)
Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan