TIGA MASJID TERTUA YANG BERUSIA LEBIH DARI 400 TAHUN DI MALAYSIA

 

TIGA MASJID TERTUA YANG BERUSIA LEBIH DARI 400 TAHUN DI MALAYSIA YANG MASIH KUKUH BINAANYA

Berikut merupakan 3 masjid yang usianya melebihi 400 tahun paling Tertua dan Masih kukuh sehingga kini di Malaysia. Antaranya ialah Masjid Raja di Lenggong, Masjid Kampung Laut di Nilam Puri dan ketiga ialah Masjid Kuala Dulang di Jelebu.

Masjid Kampung Laut - 1349 (672 tahun)


Masjid Raja (Lenggong) - 1541 (480 tahun)

Masjid Kuala Dulang - 1618 (403 tahun)

Masjid Kampung Laut di Nilam Puri, Kelantan merupakan Masjid Tertua di Malaysia, dianggarkan usianya melebihi 672 tahun mengikut perkiraan, kerana ia telah wujud pada tahun 1349 Masehi.
Diikuti masjid kedua Tertua di Malaysia yang masih kukuh binaannya sehingga kini iaitu Masjid Raja yang lokasinya terletak di Kampung Chepor, Lenggong,Perak. Usia masjid itu dianggarkan 480 tahun dan dibuka pada tahun 1541Masehi. Ketiga ialah Masjid Kuala Dulang yang terletak di daerah Jelebu,
Negeri Sembilan, usianya dianggarkan berusia 403 tahun dan dibuka pada tahun 1618 Masehi.
Fakta ringkas sejarah Masjid Kampung Laut di Kelantan (1349) Terdapat dua sumber yang Kita
boleh peroleh di sini.
Sumber yang Pertama :
Menurut Dr. Abdul Rahman Al-Ahmadi, Beliau dikatakan mengumpul sejarah lisan penduduk bersama kajiannya dan menyimpulkan bahawa masjid tersebut dibina 500 tahun dahulu oleh
pendakwah-pendakwah dari Champa. Mereka dikatakan berasal dari pulau Jawa yang membawa bersama pelan prototaip binaan masjid dengan tujuan membina tiga pusat Islam di negeri
Kelantan.
Abd Rahman Al-Ahmadi mendakwa bahawa komponen binaan masjid itu telah dibawa bersama dalam misi pelayaran mereka untuk membina di tapak yang ditentukan. Dua daripada nya di Timur Pulau Jawa yang salah satunya dikenali dengan Masjid Agung Demak. Manakala Masjid Kampung
Laut merupakan masjid pertama yang didirikan oleh mereka sebelum mereka mendarat di Pulau Jawa. Dengan ini menjadikan masjid Kampung Laut merupakan masjid terawal yang telah
dibangunkan berbanding Masjid Agung Demak dan sebagai masjid terawal di rantaunya.
Sumber yang kedua :
Menurut cerita penduduk Masjid ini juga dikatakan telah ada semenjak era zaman Sayyid Hussein Jamadil Kubra iaitu anak sulung kepada Amir al-Mu'azhzham Syah Maulana Ahmad Sayyid (Ahmad Shah Jalal), seorang pendakwah dari Deccan, India datang ke negeri Kelantan untuk menyebarkan
Islam di situ pada tahun 1349 (Abad Ke-14). Pada ketika itu jugalah telah terbina sebuah masjid lama yang diberi nama masjid Kampung Laut pada tahun yang sama 1349 Masehi
(672 tahun sehingga kini).
Fakta ringkas sejarah Masjid Raja di Perak (1541)
Masjid ini dibina pada tahun 1539 lalu beroperasi pada tahun 1541. Usia yang hampir masjid raja mula dibina pada tahun 1539 di era pemerintahan Sultan Muzzafar Shah (Sultan pertama negeri
Perak), pada ketika itu juga Sultan Perak Pertama ini telah perintahkan seluruh kawasan di negeri Perak membina sebuah Masjid di setiap kawasan. Struktur asalnya adalah dari berupa kayu beratapkan rumbia lalu ditukarkan pada tahun 2008 kepada atap zink sehingga kini.
Masjid ini sebenarnya telah dibina oleh bendahara Tun Perak, lebih menarik lagi masjid ini adalah senibina dari gabungan senibina Melayu Sumatera, Langkap, Minangkabau, Deli dan Riau.
Ini kerana terdapat pelbagai penduduk dari Sumatera telah banyak berhijrah datang ke bumi Perak bagi mengikuti Sultan Perak Pertama pada ketika itu. Itulah serba sedikit sejarah masjid lama berusia 480 tahun yang unik ini di Kampung Chepor, Lenggong perak.
Fakta ringkas sejarah Masjid Kuala Dulang di Negeri Sembilan (1618) Masjid ini dikatakan telah dibina pada tahun 1618 dan diasaskan oleh Datuk Nika dan Mudim Khatib Raja, seorang pendakwah dari Minangkabau yang menyebarkan agama Islam di Jelebu pada abad ke-16. Kedua-duanya telah pergi meneroka ke kawasan berkenaan, kemudian dinamakan sebagai Kampung Peninjau. Masjid ini sebenar pada asal sebuah bangsal beratap ijuk (Dari atap nipah) yang menjadi tempat bagi pendakwah berkenaan berteduh.
Bangsal ini kemudiannya dibangunkan menjadi rumah ibadat umat Islam dan dikenali sebagai Masjid Kuala Dulang Lebih unik lagi, masjid ini pada awalnya dibangunkan tanpa menggunakan paku, sebaliknya hanya dipasak seperti masjid-masjid tradisional lama yang lain. Itulah serba sedikit fakta mengenai Masjid Kuala Dulang yang berusia 403 tahun yang tersegam indah hingga kini.

[ Sumber dari KISAH SEJARAH MELAYU }
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan