Syeikh Ibn Abbad di dalam Syarah Hikam Ibnu Atho’illah Assakandari
Hamba-hamba Allah yang dikhususkan dengan *HAMPIR* kepada Allah dan *SAMPAI* kepada-Nya itu terbahagi ia kepada dua iaitu orang-orang yang *SAALIK* dan orang-orang yang *MAJZUB*. Adapun orang-orang yang Saalik itu mengambil dalil dengan segala sesuatu untuk sampai kepada-Nya. Mereka itulah orang-orang yang berkata : “*TIADA KAMI MELIHAT AKAN SESUATU, MELAINKAN KAMI MELIHAT ALLAH SEBELUMNYA*”. Tiada syak lagi bahawa dalil selama-lamanya lebih dzohir daripada madlul (yang didalilkan). Mula-mula yang dzohir bagi orang-orang Saalik ialah *AASAR* (bekas-bekas), dan iaitu af’al, maka mereka mengambil dalil atas asma’ dan dengan asma’ atas sifat dan dengan sifat atas Wujud Dzat. Hal mereka ialah *TARAQQI* (naik setinggat demi setingkat) dan *SU’UD* (naik dari suatu anak tangga kesatu anak tangga). Dari yang serendah-rendah kepada yang setinggi-tingginya._
Mula-mula yang dzohir bagi orang-orang *MAJZUB* ialah *HAQIQAT KESEMPURNAAN DZAT YANG SUCI* (Kamil), kemudian dialihkan daripadanya kepada *MUSYAHADAH SIFAT*, kemudian dikembalikan kepada *PERGANTUNGAN KEPADA ASMA’*, kemudian mereka diturunkan kepada *MENYAKSIKAN (MENSYUHUDKAN) AASAR*. Hal mereka ialah *TADALLI* (turun) dan *TANAZZUL* (turun perlahan-lahan, setingkat demi setingkat) daripada yang *TERTINGGI KEPADA YANG PALING RENDAH*. Permulaan orang-orang Saalik *MENYAKSIKAN BEKAS-BEKAS ADALAH MERUPAKAN KESUDAHAN BAGI ORANG-ORANG MAJZUB*, dan permulaan orang-orang Majzub, *TERSINGKAPNYA HAQIQAT DZAT* kepadanya adalah merupakan *KESUDAHAN ORANG-ORANG SALIK, tetapi TIADA DENGAN MA’ANA YANG SATU*. Apa yang dikehendaki orang-orang Saalik ialah *MEYAKSIKAN SEGALA SESUATU BAGI ALLAH (LILLAH)*, sedangkan apa yang dikehendaki orang-orang majzub ialah *MENYAKSIKAN SEGALA SESUATU DENGAN ALLAH (BILLAH)*. Orang-orang Saalik ialah *ORANG-ORANG YANG BERAMAL ATAS JALAN FANA’* dan *MAHW* (hilang) dan orang-orang Majzub *BARANG YANG DIJALANI DENGAN MEREKA IALAH JALAN BAQA’ DAN SAHW (SIUMAN).*_
Telah berkata Syeikh Ibnu Atho’illah Askandari dalam kitabnya Taj al ‘Arus memisalkan orang-orang yang Saalik seperti *ORANG YANG MENGALI PERIGI HINGGA DAPAT LUBANG, MAKA KELUARLAH AIR DARIPADANYA, IAITU SESUDAH MENCARINYA.* Manakala orang-orang yang Majzub itu seperti *ORANG YANG MENCARI AIR, MAKA TIBA-TIBA TURUN HUJAN BAGINYA, LALU MENGAMBILLAH IA APA YANG DIHAJATINYA DENGAN TIADA PENAT JERIH MENCARINYA.*_
*FANA’* --> *FANA’-FILLAH* (Saalik) --> *ORANG YANG BAHARU MENJALANI/BAHARU BERJALAN (BELUM DUDUK LAGI) dan BERPEGANG IA PADA DALIL*._
*BAQA’* --> *BAQA’-BILLAH* (Majzub) – *ORANG YANG KARAM IA PADA “LAUT” (WAHDAT-UL -WUJUD), KARAM IA PADA KEESAAN ALLAH TA’ALA YANG TIADA HIRAU IA AKAN LAINNYA DARIPADA ALLAH TA’ALA*.
[ Sumber dart FB ]
0 comments:
Catat Ulasan