SIFAT RAHSIANYA ILMU HAKIKAT DAN ILMU MAKRIFAT
Maksud Rahsia ialah tidak akan boleh diterangkan kepada orang lain, hanya boleh dialami dan dinikmati sendiri sahaja..
Kenapa boleh dinikmati sendiri sahaja tetapi tidak boleh diceritakan kepada orang lain
Orang yang boleh menikmati ialah orang-orang yang telah melakukan mengikut sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah, jadi mereka dapatlah mengikut sepertimana yang Allah telah janjikan tersebut.
Bagi sesiapa yang tidak melakukan mengikut sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah, mereka tidak akan mendapat mengikut sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah kerana mereka tidak melakukan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah..
Keadaan yang dialami itu tidak akan boleh diceritakan... inilah yang dimaksudkan dengan RAHSIA YANG DIRAHSIAKAN
Hanya boleh dialami setelah seseorang itu melakukan sendiri mengikut sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah..
31.Surah Luqmān ayat 25
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
31.Surah Luqmān ayat 26
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
31.Surah Luqmān ayat 27
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
31.Surah Luqmān ayat 28
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
18.Surah Al-Kahf ayat 109
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
NAMUN BEGITU ALLAH TELAH MENUNJUKKAN JALAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH ORANG YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMYAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
Apa yang telah jelas dan nyata dari firman Allah yang diatas ialah Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..
Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya, Allah telah mengajar melalui firmanNya "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH
"MEREKA AKAN MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN IA TIDAK AKAN MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA.."
Apabila mereka mengerjakan amal yang soleh dan tidak mempersekutukan sesiapapun didalam ibadat kepada tuhannya iaitu Allah
Akan berlakulah pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah
Kerana Allah tidak pernah mengubah janjiNya
30.Surah Ar-Rūm ayat 6
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
10.Surah Yūnus ayat 44
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
Berlakunya pertemuan dengan Allah ini hanya akan dialami oleh orang yang mengerjakan amal yang soleh dan tidak mempersekutukan sesiapapun didalam ibadat kepada tuhannya iaitu Allah
Keadaan ini tidak akan boleh nak diterangkan kepada orang lain. Inilah yang dimaksudkan dengan RAHSIA YANG DIRAHSIAKAN
Jika orang lain nak juga mengalami keadaan "PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH"
Ia sendiri mesti mengerjakan amal yang soleh dan tidak mempersekutukan sesiapapun didalam ibadat kepada tuhannya iaitu Allah
Hanya kepada orang yang
"MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN IA TIDAK MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA IAITU ALLAH.."
Sahaja yang akan berlaku "PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH"
Orang yang bercerita bermacam-macam tentang Allah tidak akan berlaku pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah kerana mereka tidak mengerjakan amal yang soleh dan tidak mempersekutukan sesiapapun didalam ibadat kepada tuhannya iaitu Allah ...
Kerana apa yang telah dijanjikan oleh Allah ialah
"OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA.."
(Surah Al-Kahf ayat 110)
PERSOALAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH ALLAH DIDALAM FIRMANNYA
2.Surah Al-Baqarah ayat 80
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
SUDAHKAH SESEORANG ITU TELAH MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN TERSEBUT?...
[ Sumber dari FB ]
0 comments:
Catat Ulasan