ORANG YANG MERASA BERILMU ITU ADALAH RENDAHAN DI MATA ALLAH.
SESUNGGUHNYA SEORANG HAMBA ITU ADALAH FAQIR YANG MENGAMBIL SEDIKIT ILMU ALLAH TAPI DAPAT MEMENUHI SELURUH PANDANGAN.
SIAPA YANG MENGAMBIL PERKATAANKU DAN MENDUDUKKANNYA DI SAREAT MAKA IA ADALAH SAREAT.
SIAPA YANG MENGAMBIL PERKATAANKU DAN MENDUUDKKANNYA DI HAKIKAT MAKA IA ADALAH ILMU.
DAN SIAPA YANG MEMAHAMI PERKATAANKU DAN MENDUDUKKANNYA DI HATINYA IA ADALAH MAKRIFAT JIKA IA TAUHID MAKA IA DUDUK DI MAKRIFATULLAH.
SESUNGGUHNYA YANG LUAS ITU ADALAH DIRI BUKAN DUNIA
DUNIA ITU TERLIHAT LUAS KARNA TAK DAPAT DI JANGKAU OLEH MATA DAN DIRI ITU SEMPIT KARNA PANDANGAN YANG DI HIJAB BERBAGAI UJUD KEBENDAAN.
KATAKANLAH DUNIA ITU LUAS LANGIT ITU TINGGI DENGAN KEBESARANNYA TANPA BATAS MATA MEMANDANG
DAN DIRI ITUPUN BERWAWASAN LUAS, IA MEMANDANG KEINDAHAN KE AGUNGAN TUHAN YANG TANPA BATAS RUANG DAN WAKTU,
MATA DZAHIR DAN MATA BATIN TIADA BEDA DI MATA ALLAH.
"Wahai Saudaraku,
Berjalanlah dirimu kepada Tuhan dengan berpakaian Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat.
Syariat itu adalah pakaian Nabi, Tarekat itu adalah perjalanan Nabi, Hakikat itu adalah Batin Nabi dan Makrifat itu adalah Rahsia Nabi.
Berpakaian Syariat sahaja tanpa Hakikat adalah fasik, Hakikat sahaja tanpa Syariat adalah zindik.
Seseorang yang berada di alam Syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh Syariat tidak menjamin akan Kebenaran Hakikat.
Justeru itu, seseorang perlu menyelami lautan Hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara Ilmu Syariat dan Ilmu Hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan Tarekat.
Apabila dadamu benar-benar memiliki Rahsia ilmu Para Auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah swt, amat kuat berpegang kepada Syariat, amat Wara’ dalam setiap pekerjaan, amat Zuhud pada dunia, amat Redha dengan Takdir Allah, amat kuat Ibadahnya, amat baik Akhlak Jiwanya, amat kuat Tawakalnya, amat tinggi Syukurnya dan amat tinggi Cintanya kepada Allah dan Rasul.
Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh Fatihah biasa, ia adalah Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Tuhannya sehingga tembus penglihatannya pada alam Rahsia FANA dan BAQA ia dengan Kekasihnya.
Fahamilah ia Rahsia Cahaya di sebalik Cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan Hakiki baik dunia atau akhirat.
Engkau juga akan memahami beberapa ramai orang yang tidak mencapai Kesempurnaan Maqam ini tersilap tafsirannya sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan, mengaku dirinya jelmaan Tuhan, mengaku dirinya dan Tuhan bersatu sehingga ada di kalangan mereka yang meninggalkan Syariat.
Mereka tiada dibuka Rahsia dengan Sempurna atau pandangan Makrifat mereka diserta dengan Syaitan atau Jin.
Mereka cuba bercakap ilmu Para Sufi namun mereka gagal dalam menyelami Rahsia ADAM dan MUHAMMAD.
Mereka juga gagal memahami Rahsia Mufaraqah sebagaimana terpisahnya air laut dengan air sungai atau terpisahnya api dengan asap."
[ Sumber dari Sukmadia Muhammad. ]
0 comments:
Catat Ulasan