NAK MENGENAL DAN BERTEMU DENGAN ALLAH BUKAN BERCERITA TENTANG ALLAH BEGITU DAN BEGINI
TETAPI MESTI TAHU, BOLEH MENGHURAI DAN MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU IAITU ALLAH
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19
Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"
Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu
Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melakukan sendiri jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)
Didalam surah dan ayat yang lain telah diterangkan berkaitan CARILAH YANG BOLEH MENYAMPAIKAN KEPADANYA..
5.Surah Al-Mā'idah ayat 35
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.
78.Surah An-Naba' ayat 39
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !
YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU...
ALLAH TIDAK AKAN BOLEH DICERITAKAN, TIDAK BOLEH DIHURAIKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN, WALAUPUN 7 AIR LAITAN DIJADIKAN DAKWAT UNTUK MENGHURAIKANNYA TIDAK AKAN DIHURAIKAN JUGA ...
31.Surah Luqmān ayat 25
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
31.Surah Luqmān ayat 26
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
31.Surah Luqmān ayat 27
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
31.Surah Luqmān ayat 28
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
18.Surah Al-Kahf ayat 109
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
BAGI ORANG YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA ALLAH BERFIRMAN MEMPERJELASKAN
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan lain-lain cara,
Tidak ada seorang makhlok pun yang boleh menerangkan tentang Allah
Nak mengenal Allah itu adalah dengan Allah sendiri,
Mengenal Allah ini didalam Al-Quran telah dinyatakan sebagai pegangan atau iktiqad dan tauhid atau yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik..
Awal ugama mengenal Allah membawa maksud kepada bermulanya kita untuk berugama setiap seorang itu mesti berpegang dengan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau melakukan perintah Allah dan Rasul supaya menjadi seorang yang dibersihkan daripada syirik.
JIKA BERCERITA JUGA TENTANG ALLAH YANG TIDAK AKAN BOLEH DICERITAKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN, AKAN BERLAKULAH SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH...
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
Apa yang diceritakan tentang Allah itu akan bersifat merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah khayal dan angan-angan sedang apa yang diperkatakan tentang Allah tersebut ialah mereka sedang memperkatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak melakukannya....
0 comments:
Catat Ulasan