ASAL USUL MA'RIFAT

 


ASAL USUL MA'RIFAT

Rasulullah S.A.W mengajar kepada sahabatnya Saidina Ali Karamullah.
Saidina Ali Karamullah mengajar kepada Imam Abu Hassan Basri.
Imam Abu Hassan Basri mengajar kepada Habib An Najmi.
Habib An Najmi mengajar kepada Daud Attaie.
Daud Attaie mengajar kepada Maaruf Al Karhi.
Maaruf Al Karhi mengajar kepada Sirris Sakatari.
Sirris Sakatari mengajar kepada Daud Assakatar.
Daud Assakatar mengajar kepada Al Junidi.

Maka Al Junidi yang terkenal sebagai pengasas MA'RIFAT.
Maka pancaran ma'rifat itu dari empat sumber iaitu:--

1. Pancaran dari sumber SULUK yang dinamakan Ma'rifat Musyahadah.
2. Pancaran dari sumber KHALUAT yang dinamakan Ma'rifat Insaniah.
3. Pancaran daripada Inayah yang dinamakan ROHANI.
4. Pancaran daripada Pertapaan yang dinamakan JIRIM.

Maka dari sumber amalan itulah terbit ma'rifat yang tinggi dan mempunyai rahsia yang sulit.

ﺍﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﻣُﺤَﻤّﺪٍ

Ada yang bertanya:-

Di mana wujudnya Allah?

Jawapannya:-
Allah itu meliputi secara mutlak. Allah itu wujud pada Muhammad dan Allah itu juga wujud pada Adam.

Muhammad itu Roh dan Adam itu pula adalah Jasad. Muhammad bapa sekelian Roh dan Adam itu bapa sekelian Jasad.

Muhammad itu Aku,
Adam itu pun Aku.
Aku itu Muhammad dan Adam. Pandang yang banyak pada yang satu dan pandang yang satu pada yang banyak.

Muhammad dan Adam kelihatan dua tapi satu juga adanya iaitu Insan. Insan itu lah rahsia Aku dan sifat2nya tidak lain dari Aku. Aku itu nyata dan terang. Dimana saja kamu mengadap disitu terlihat adanya Aku.

Pelajarilah ilmu Allah itu walau pun sampai ke negeri Cina. Jangan sekali2 jarak yang jauh itu menjadi batu penghalang untuk mempelajari ilmu Allah.

Bersungguh2lah pada Allah maka Allah akan bersungguh2 memberikan kefahaman dan hidayahnya kepada kamu.

Zaman sudah banyak berubah, kenderaan semakin canggih dan semakai cepat. Rasullulah dulu menaiki unta menjelajahi padang pasir yang panas terik ke madina semata2 untuk menyampaikan kebenaran iaitu ilmu makrifatullah kepada sahabat2.

JANGAN BAGI ALASAN TIDAK HADIR DIKERANAKAN TEMPAT MAJLIS ILMU ITU DIADAKAN JAUH DARI RUMAH KAMU.

Renung2kanlah....


( Sumber dari ILMU WEDARING JATI DIRI SANGKAN PARAN DUMADI / SPD )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan