SIAPAKAH DIRI Ini ?

 


SIAPAKAH DIRI Ini ?
Diri itu terbagi TIGA :
1. Diri Terdiri
Diri terdiri adalah jasad ini.
Dikatakan diri terdiri kerana pada jasad itu diliputi diri yang lain iaitu Hakikat Diri
2. Diri Terperi
Diri terperi adalah Ruh.
Dikatakan diri terperi, kerana di dalam jasad itu adanya sesuatu yang menyatu pada jasad iaitu Ruh,,,
3. Diri Sebenarnya DIRI atau Hakikat DIRI
Inilah yang dikatakan SIR ( RAHASIA ALLAH ) kerana Ruh itu mengandungi bayang-bayang wujud Allah iaitu :
Dzat-Nya,
sifat-Nya,
Asma'-nya
Af'al-Nya
Yang dikatakan DIRI itu ialah Ruh
Yang dikatan Ruh itu Nafs atau Jiwa
Yang dikatakan nafs atau jiwa secara dzahirnya adalah nafas naik turn.
Yang dikatan nafs atau jiwa yang bathinnya adalah NUR MUHAMMAD
Yang dikatan Nur Muhammad itu adalah pancaran drp Nur Allah drp DIRINYA ALLAH
Wajibul wujud yg Laisa Kamistlihi Syai'un,
Jadi,,!!
Tiada lain Ruh itu adalah Nur Muhammad,,
Nur Muhammad itulah pendzahiran atau penyataan atau tajalli DIRINYA ALLAH itu sendiri,,,
Nur muhammad itu bayangan Dzat Allah Kelakuan Allah atau perbuatan Allah atau Asma' Allah
Nur muhammad itulah disebut dengan Muhammad secara Dzahirnya., dan Ahmad secara bathinnya
Jadi,,,!!!
AWAL MUHAMMAD itulah NURANI IAITU RUH pada kita
AKHIR MUHAMMAD itulah RUHANI IAITU HATI pada kita
DZAHIR MUHAMMAD itulah INSANI IAITU JASAD PADA KITA
( sebagaimana rupa jasad , begitulah rupa ruh kita )
BATHIN MUHAMMAD itulah RABBANI IAITU SIR ATAU RAHASIA PADA KITA
( inilah yang dimaksudkan tiada bercerai tiada sekutu )
Berlaku juga sebagai Syahadat diri,
Muhammad bayangan Wujud Allah
Yang sebenar-benarnya bayangan itulah yang punya bayangan
Bayangan dan Empunya bayang menyatu Tiada sekutu
DIRINYA ALLAH Yang Maha Suci ( Laisa kamistlihi Syai'un )
Bayangan DIRINYA itulah MUHAMMAD iaitu Pendzahiran DIRINYA ALLAH,

RUMUSAN PROSES PENTAJALLIAN ###
ZAT MUTLAK
ghaib dalam SIFATNYA yang iaNya tajallikan melalui NURNYA / NURZAT yang disebut sebagai " HAKIKAT MUHAMMAD " - Alam Hahut. - Ahadiyah
HAKIKAT MUHAMMAD
pula ghaib dalam Sifatnya iaitu NUR MUHAMMAD.
Nur Muhammad ialah IBU SEGALA RUH ( Abu al- Arwah ) - Alam Yahut. - Wahdah
Di sini - Alam, Wahidiyah. - Dia menamakan DiriNya sebagai ALLAH. -
INNAHU ANA ALLAH - Surah Al-Naml ayat : 9
Sabda Nabi :-
" Aku drp Cahaya Allah dan segala yang lain adalah drp Cahayaku. ".
" Aku adalah AHMAD tanpa MIM ( Alif – Ha – Mim – Dal ) jadi ( Alif – Ha – Dal ) "
Ibu Ruh Nur Muhammad mentajallikan MALAIKAT.
Malaikat ghaib di dalam RUH AWAL MANUSIA yang digelar RUH QUDSI atau NUR MUHAMMAD MUSTAFA RASUL ALLAH.
Maka dikatakanlah bahawa manusia itu sesifat Malaikat.
Seterusnya Ruh Muhammad itu sebagai ibu ruh menciptakan alam semesta ini.
Ianya tidak lain dan tidak bukan selain ZAT MUTLAK yang meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian manusia dengan Sifat Maha Meliputi-Nya.
GHAIB maksudnya ialah WUJUD tetapi TIDAK KELIHATAN oleh mata kasar tetapi dirasakan kewujudannya oleh pancaindera atau mata hati. SYUHUDUL KASRAH FIL................
Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Arabi bila mengungkapkan kata kata termasyhur ini :-
" LIHATLAH SATU PADA YANG BANYAK. "
" LIHATLAH YANG BANYAK PADA YANG SATU "
YANG BANYAK ITULAH YANG SATU
YANG SATU ITULAH YANG BANYAK
DAN YANG SATU ITULAH SATU
YAKNI ZAT MUTLAK ALLAH
Barangkali inilah maksud sebenar SE / ESA / MELIPUTI itu yang bermaksud bahawa kita ini :
Se-zat,
Se-sifat,
Se-asma’
Se-afal
dengan Allah , Tuhan kita itu. Jika telah SE tidak lagi boleh dipisahkan.
Kembalikan hal ini kepada manusia :
Jasad dan Ruh atau
Badan dan Nyawa atau
Jasmani dan Ruhani
tidak boleh dipisahkan .
Jika sudah SE , maka jadilah
Jasad itu Ruhani ,
Ruhani itulah Jasad,
kerana asalnya adalah yang SATU jua. Ia SE, ESA / MELIPUTI.
Barangkali ini jugalah maksud :-
Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Kita datang dalam bentuk dua jisim
iaitu ruh dann jasad.
Kenapa pula bila kembali , kita kembalikan Ruh kepada Allah dan jasad kebumi ?
Tidakkah wajib kita kembalikan jasad juga kepada Allah iaitu kembalikan kedua-duanya kerana kedua-duanya itu adalah satu atau esa, tidak boleh dipisahkan ?
Inilah jalan kembali yang sebenarnya yang patut kita cari.

(Kitap tajalliat al- illahiyyah)
Inilah maqom tertinggi di dlam ilmu marifat, seseorang tiada bisa mefanakan dirinya selain Allah yg me fana kanya dari segala sesuatu yg membuat nya hamba itu ada.
Apabila berusaha fana tanpa adanya limpahan fayidh tajalli, maka ia mencoba mewujudkan keakuan dirinya
( Sumber dari Group Tauhid )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan