SEJARAH RINGKAS SOLAT TARAWIH 36 RAKAAT


 SEJARAH RINGKAS SOLAT TARAWIH 36 RAKAAT

Imam Malik رحمه اللّٰÙ‡ berkata: Solat tarawih itu 9 kali tarwihah, iaitu 36 rakaat tidak termasuk solat witir. Beliau berhujjah berdasarkan perbuatan penduduk Madinah.(Imam Nawawi, Al Majmu’, jilid 3 H: 527)
Manakala ulama’ mazhab Syafi’I telah menggabungkan pendapat mazhab Maliki (36 rakaat) dengan pendapat mazhab jumhur dimana sebab penambahan rakaat disisi Imam Malik رحمه اللّٰÙ‡ bagi menggantikan jumlah tawaf di Masjid Al Haram.
Berkata Ibnu Hajar Al Haitami رحمه اللّٰÙ‡ : Solat tarawih disisi kami bagi selain penduduk Madinah ialah sebanyak 20 rakaat, seperti mana yang telah dipraktikkan pada zaman Umar r.a tatkala melaksanakan pandangannya yang tepat; menghimpunkan manusia dibelakang seorang imam, lalu ia dipersetujui oleh para sahabat r.a dan mereka melakukan witir sebanyak 3 rakaat. Rahsia bilangannya menjadi 20 rakaat ialah solat sunat rawatib yang muakkad-(solat sunat rawatib yang muakkad disisi mazhab Syafi’i dan menjadi kelaziman Nabi ï·º ialah 2 rakaat sebelum solat subuh, 2 rakaat sebelum dan selepas solat Zuhur, 2 rakaat selepas solat Maghrib dan Isya’)-yang biasa dilakukan pada selain bulan Ramadhan sebanyak 10 rakaat, maka digandakan jumlahnya pada bulan Ramadhan kerana ia adalah waktu diperintahkan supaya bersungguh-sungguh dan berazam untuk melakukan ibadah.
Maka bilangan 36 rakaat hanya bagi penduduk Madinah sahaja kerana kemuliaan mereka hidup disisi Rasulullah ï·º dimana penambahan 16 rakaat itu sebagai ganti tawaf penduduk Makkah sebanyak 4 tawaf(1 tawaf sama dengan 7 kali pusingan)-(disebut di dalam kitab Al Bayan fi Mazhab Al Imam Al Syafi’i jilid 2, H: 278, bahawa penduduk Madinah melakukan solat tarawih 36 rakaat kerana mereka mahu menyamai solat tarawih penduduk Makkah. Penduduk Makkah setiap kali selesai satu tarwihah iaitu 4 rakaat, maka mereka akan mengerjakan tawaf di Baitullah sebanyak 7 kali sehinggalah selesia 20 rakaat maka mereka dapat melakukan 4 kali tawaf. Penduduk Madinah tidak mempunyai Baitullah untuk mengerjakan tawawf seperti yang dilakukan oleh penduduk Makkah. Oleh kerana itu, penduduk Madinah menggantikan setiap satu tawaf dengan satu tarwihah dengan 4 rakaat solat. Mereka menambah 4 tarwihah iaitu 16 rakaat bersama tarawih 20 rakaat dan witir 3 rakaat. Maka terhasillah bagi mereka 39 rakaat kesemuanya termasuk witir)-di antara setiap tarwihah dari 20 rakaat.(Ibnu Hajar Al Haitami, Tuhfah Al Muhtaj jilid 1 H:240-241)

( Sumber dari Ustaz Ahmad Lutfi Al-Linggi )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan