RUMUSAN PROSES PENTAJALLIAN
ZAT MUTLAK
ghaib dalam SIFATNYA yang iaNya tajallikan melalui NURNYA / NURZAT yang disebut sebagai " HAKIKAT MUHAMMAD " - Alam Hahut. -Ahadiyah
HAKIKAT MUHAMMAD
pula ghaib dalam Sifatnya iaitu NUR MUHAMMAD.
Nur Muhammad ialah IBU SEGALA RUH ( Abu al- Arwah ) - Alam Yahut. - Wahdah
Di sini - Alam, Wahidiyah. - Dia menamakan DiriNya sebagai ALLAH.
INNAHU ANA ALLAH - Surah Al-Naml ayat : 9
Sabda Nabi :-
" Aku drp Cahaya Allah dan segala yang lain adalah drp Cahayaku. ".
" Aku adalah AHMAD tanpa MIM ( Alif – Ha – Mim – Dal ) jadi ( Alif – Ha – Dal ) "
Ibu Ruh Nur Muhammad mentajallikan MALAIKAT.
Malaikat ghaib di dalam RUH AWAL MANUSIA yang digelar RUH QUDSI atau NUR MUHAMMAD MUSTAFA RASUL ALLAH.
Maka dikatakanlah bahawa manusia itu sesifat Malaikat.
Seterusnya Ruh Muhammad itu sebagai ibu ruh menciptakan alam semesta ini.
Ianya tidak lain dan tidak bukan selain ZAT MUTLAK yang meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian manusia dengan Sifat Maha Meliputi-Nya.
GHAIB maksudnya ialah WUJUD tetapi TIDAK KELIHATAN oleh mata kasar tetapi dirasakan kewujudannya oleh pancaindera atau mata hati. SYUHUDUL KASRAH FIL................
Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Arabi bila mengungkapkan kata kata termasyhur ini :-
" LIHATLAH SATU PADA YANG BANYAK. " LIHATLAH YANG BANYAK PADA YANG SATU "
YANG BANYAK ITULAH YANG SATU, YANG SATU ITULAH YANG BANYAK
DAN YANG SATU ITULAH SATU. YAKNI ZAT MUTLAK ALLAH
Barangkali inilah maksud sebenar SE / ESA / MELIPUTI itu yang bermaksud bahawa kita ini :
Se-zat, Se-sifat, Se-asma’ Se-afal
dengan Allah , Tuhan kita itu. Jika telah SE tidak lagi boleh dipisahkan.
Kembalikan hal ini kepada manusia :
Jasad dan Ruh atau Badan dan Nyawa atau Jasmani dan Ruhani tidak boleh dipisahkan .
Jika sudah SE , maka jadilah
Jasad itu Ruhani , Ruhani itulah Jasad,
kerana asalnya adalah yang SATU jua. Ia SE, ESA / MELIPUTI.
Barangkali ini jugalah maksud :-
Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Kita datang dalam bentuk dua jisim iaitu
ruh dan jasad.
Kenapa pula bila kembali , kita kembalikan Ruh kepada Allah dan jasad kebumi ?
Tidakkah wajib kita kembalikan jasad juga kepada Allah iaitu kembalikan kedua-duanya kerana kedua-duanya itu adalah satu atau esa, tidak boleh dipisahkan ?
Inilah jalan kembali yang sebenarnya yang patut kita cari.
( Sumber dari TAUHID )
0 comments:
Catat Ulasan