RAHSIA NAFAS
ANFAS ;
Anfas adalah sejatinya hati nurani, yang menjadi nilai kepada ALLAH swt. Anfas itu letaknya di hidung, yang menjadi tempat keluar masuknya rahasia dari tubuh manusia, Adapun zikir anfas ketika masuk ke batang tubuh manusia adalah “HU“ dan ketika ia keluar dari batang tubuh manusia adalah “ALLAH”, dan asal anfas itu dari huruf ALIF - HAMZAH.
TANAFAS ;
Tanafas adalah sebenar-benarnya diri yang berdiam didalam FUAD, adapun zikir tanafas tetap diam dengan HU - ALLAH, dan asal tanafas itu dari huruf ALIF - HAMZAH BARIS BAWAH
NUFUS ;
Nufus adalah sebenar-benarnya rahasia yaitu Af’al kepada Dzat ALLAH swt, nufus tempatnya didalam tubuh manusia, dia tidak keluar dan tidak kekanan, tidak kekiri, tidak ke atas, tidak ke bawah, tidak di depan, tidak ke belakang, dia adalah ALIF pada tubuh insan yang meliputi sekalian tubuh manusia, adapun zikir nufus tetap diam, dan terdiri dari huruf ALIF - HAMZAH BARIS DEPAN
Nufus berada di injap jantung dan bahawa sesungguhnya barang siapa yang tidak menemukan dan memahami hakikat zikir nafas maka sesungguhnya orang tersebut tidaklah dapat mencapai makam SHOLAHUDDAIM.
Adapun nafas anak-anak yang masih didalam kandungan rahim ibunya tidak keluar masuk melalui hidung dan mulutnya (Belum ada nafas dan anfas) melainkan bernafas dengan tanafas dan nufus, Jadi zikir rahasia nafas itu adalah : ( A – AA – II – UU )
INILAH SALAH SATU ILMU DARI 9 ILMU YANG WAJIB DIKETAHUI DAN DIAMALKAN JIKA DIRIMU INGIN MENGENAL SEBENAR DIRIMU, SEBENAR NABIMU DAN SEBENAR TUHANMU, JIKA TIDAK MAKA DIRIMU ADALAH PENIPU !
DZIKIR NAFAS
Mengenal Nafas
Mengenal Asal usul nya Nafas
Mengenal Datang nya Nafas
Mengenal Reservoir Nafas
Mengenal Puncak Kedatangnya Nafas
Menghargai Nafas dgn Haqqul Yakin
Melihat kedatangan Nafas dari Pandangan Ainul Yakin
Tarbiyyah diri dengan Muttu Qablaan tammutu [hadits]
Mengenal Asal usul nya Nafas
Mengenal Datang nya Nafas
Mengenal Reservoir Nafas
Mengenal Puncak Kedatangnya Nafas
Menghargai Nafas dgn Haqqul Yakin
Melihat kedatangan Nafas dari Pandangan Ainul Yakin
Tarbiyyah diri dengan Muttu Qablaan tammutu [hadits]
Latih MEMATIKAN DIRI
Latih pergerakan ALLAH (memulangkan Zat, Sifat, Asma, Af’al ALLAH) Dengan Muraqabah dan Musyahadah
Latih Ilmu ALLAH dengan KALIMAH SYAHADAH dan SYUHUD
(Qudrat ”Kuasa”, Iradat” berkehendak”, Ilmu ”ilmu”, Hayat ”hidup”)
(Qudrat ”Kuasa”, Iradat” berkehendak”, Ilmu ”ilmu”, Hayat ”hidup”)
Bagi kaum Aribillah,
NAFAS adalah Imej cermin dari ROH ,
NAFAS adalah kembaran bagi RUH.
NAFAS adalah Imej cermin dari ROH ,
NAFAS adalah kembaran bagi RUH.
RUH adalah Hakikat
NAFAS adalah Syariatnya di alam ini.
NAFAS adalah Syariatnya di alam ini.
RUH ibarat kapal,
NAFAS bagaikan ombak
Jika tenang ombak, tenanglah perjalanan kapal.
NAFAS bagaikan ombak
Jika tenang ombak, tenanglah perjalanan kapal.
Begitu juga RUH,
Jika NAFAS seorang hamba tenang, maka ia memberi kesan pada RUHnya.
Jika NAFAS seorang hamba tenang, maka ia memberi kesan pada RUHnya.
Kaum Arifbillah dan ahli Rohani amat mementingkan latihan PERNAFASAN.
Bila PERNAFASAN baik, maka akan baiklah perjalanan RUH dengan ROBBnya.
EMOSI amat mempengaruhi PERNAFASAN, baik ia dalam keadaan marah, “stress” atau tenang.
Jika seseorang itu berhasil mengawal EMOSInya maka tenanglah ia.
Mereka yang tidak mementingkan rohani adalah seperti jasad yang tidak ada Roh, mereka itu amat mudah dibodohi oleh syaitan.
Apa gunanya sebatang JASAD walaupun ia seorang raja, seorang yang cantik dan kaya jika tidak ada ROH dan NYAWA, maka akan dikebumikan dengan secepat mungkin (mayat namanya).
ROH dan KEROHANIAN amat penting dalam memahami pengertian hidup dan perjalanan hidup ini.
NAFAS berasal dari ROBBUL ALAMIN
Bagaimana mengenal turunnya dan naiknya NAFAS ini dari sebatang tubuh
yang tidak ada Hawl dan Quwwah..???
yang tidak ada Hawl dan Quwwah..???
Bagaimana ratusan ribu bahkan jutaan
makhluk menerima NAFAS Turun, NAFAS Naik dengan secara sistematik dan secara teratur tanpa ada gangguan,
dan tidak kehilangan satu NAFASpun yang tergendala dalam jutaan tahun kecuali jika sudah sampai ajal maut seseorang itu dengan Taqdir Nafas dan Usia Hayyatnya.
makhluk menerima NAFAS Turun, NAFAS Naik dengan secara sistematik dan secara teratur tanpa ada gangguan,
dan tidak kehilangan satu NAFASpun yang tergendala dalam jutaan tahun kecuali jika sudah sampai ajal maut seseorang itu dengan Taqdir Nafas dan Usia Hayyatnya.
NAFAS adalah sumber kehidupan,
tanpa NAFAS hancurlah kehidupan.
NAFAS adalah Al-Hayat yang datang dari Tuhan, NAFAS adalah RAHSIA ILAHI.
Para ulama sufi mengamalkan Zikir NAFAS untuk PEMBERSIHAN ROHANI
manakala para ahli “tenaga dalam” mengamalkan PERNAFASAN untuk mengaktifkan tenaga ghaibnya sehingga dapat melakukan perkara dg kekuatan JASAD.
Kaum Sufi menamakannya sebagai NASMA yaitu gabungan antara RUH, JASMANI dan JASAD.
Zikir NAFAS adalah lentera pengerak semua sistem ROHANI dan JASMANI
Zikir NAFAS adalah merupakan IBU dari segala Zikir yang mempunyai banyak keistimewaan yaitu mampu membersihkan segala kotoran dalam dan ROHANI.*
Zikir NAFAS ini ada pecahan dan rangkaiannya tersendiri.
Pecahan zikir ini ialah zikir NUFUS, zikir TANAFAS dan zikir ANFAS. Semuanya saling berkaitan diantara satu sama lain.
Bermula dari NAFAS itu kerana ANFAS, Hidup ANFAS itu kerana NUFUS, Hidup NUFUS itu dengan RAHSIA dan RAHSIA itulah merupakan DIRI RAHSIA ALLAH.
NUFUS, ANFAS dan TANAFAS itu adalah satu perkara yang ghaib ~> yang wujud tanpa dapat dirasakan dan tak boleh dilihat seperti juga NAFAS.
Kurang lengkap jika membicarakan sesuatu yang tidak boleh dibuktikan dengan ILMU YAKIN, ataupun AINUL YAKIN kerana ini akan menimbulkan fitnah besar kepada pembicaranya kelak.
Sudah menjadi ghalibnya manusia akan menolak sesuatu yang tidak tercapai oleh AKAL dan ILMUnya, meskipun jalan paling baik adalah jika ia mendiamkan diri (tawakuf) disamping belajar untuk memahaminya.
Kedudukan Sistem Bathin dan Spiritual ini bergerak dengan Kuasa Qudrat yang mutlak dan hanya dapat dilihat dengan MATA HATI/ BASHIRAH oleh mereka yang telah HIDUP HATI mereka secara zahir dan bathin.
Tanpa ILMU MATA HATI memang HATI tidak akan terbuka dan hidup, dan
tidak akan dapat memperhatikan
KEAJAIBAN HATI ini.
tidak akan dapat memperhatikan
KEAJAIBAN HATI ini.
Kedudukan ANFAS ialah di HIDUNG.
Kedudukan TANAFAS di TELINGA.
Kedudukan NUFUS di JANTUNG,
Kedudukan NAFAS ialah di MULUT.
ANFAS , NAFAS , TANAFAS dan NUFUS ini merupakan satu “kuasa” ataupun keadaan yang keluar masuk (bergerak) dalam tubuh seseorang manusia.
Apakah INSAN mudah memahami
pergerakan sistem Spiritual dan Rohani ini tanpa mengenal ROBBnya
atau ILLAH nya..??
pergerakan sistem Spiritual dan Rohani ini tanpa mengenal ROBBnya
atau ILLAH nya..??
Sekali-kali INSAN tidak akan mengenal ROBBnya tanpa ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH.
Semua sistem pengerakan NAFAS, ANFAS, TANAFAS adalah satu sistem
Unggul dan ajaib yang penuh dengan mukjizat.
Unggul dan ajaib yang penuh dengan mukjizat.
TANAFAS bergerak di TELINGA,
NUFUS bergerak di JANTUNG,
ANFAS bergerak di HIDUNG,
NAFAS pula di MULUT.
Di antara keempat-empat unsur ini, NAFASlah yang mampu dirasa dan disentuh serta mudah untuk diyakini (kalau kita membicarakannya) kerana setiap orang boleh merasakan dengan perasaan zahir.
Justeru itu dalam bab ini kita membicarakan Zikir NAFAS saja.
NAFAS adalah sumber utama dalam
menghidupkan HATI dan JASAD, memahaminya dan menguasainya akan membawa INSAN itu pada kebahagiaan.
NAFAS adalah saluran penting bagi kita
untuk meneruskan HIDUP di atas bumi ini, kalau ada JASAD tanpa NAFAS, tidak berguna JASAD ini.
untuk meneruskan HIDUP di atas bumi ini, kalau ada JASAD tanpa NAFAS, tidak berguna JASAD ini.
Ada ROH tapi tidak ada NAFAS, tidak akan bermanfaat ROH itu pada JASAD itu.
NAFAS iaitu angin yang keluar masuk dari lubang hidung dan mulut (dari luar tubuh ke dalam tubuh).
Kalau menurut pengertian sains,
udara yang “keluar” dari mulut atau hidung itu ialah Karbondioksida (CO²) sementara yang disebut udara yang masuk itu ialah Oksigen (O²).
udara yang “keluar” dari mulut atau hidung itu ialah Karbondioksida (CO²) sementara yang disebut udara yang masuk itu ialah Oksigen (O²).
Fungsi Oksigen (O²) ini ialah untuk memutarkan DARAH dalam JANTUNG, menyebabkan NYAWA bergerak.
Oksigen (O²) itu dihirup dari luar yang diproses oleh tumbuh-tumbuhan dan alam seluruhnya.
Fikirlah dan renungkanlah…
*betapa pentingnya penguasan NAFAS
dalam hidup dan tanpa penguasan ini anda tidak akan bahagia secara zahir dan bathin.*
dalam hidup dan tanpa penguasan ini anda tidak akan bahagia secara zahir dan bathin.*
Ahli sains mengakui hakikat ini,
bahawa semua puncak masalah hidup yang membawa pada keadaan tidak bahagia adalah kerana ketidak harmonisan di antara JASAD dan QALBU, ketidak-stabilan EMOSI atau masalah PSIKOLOGI.
bahawa semua puncak masalah hidup yang membawa pada keadaan tidak bahagia adalah kerana ketidak harmonisan di antara JASAD dan QALBU, ketidak-stabilan EMOSI atau masalah PSIKOLOGI.
EMOSI dan JASAD sangat berkaitan,
jika tidak dikendalikan akan membawa mudarat pada tubuh badan dan juga
anggota badan yang menjalankan tugas
penting dalam sistem PEREDARAN DARAH dan sistem OKSIGENASI.
jika tidak dikendalikan akan membawa mudarat pada tubuh badan dan juga
anggota badan yang menjalankan tugas
penting dalam sistem PEREDARAN DARAH dan sistem OKSIGENASI.
Justeru perawatan yang paling baik ialah membina motivasi seseorang pada kekuatan dalam tubuh dengan mendekatkan manusia itu dengan ROBBnya.
Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul, atau disebut oleh ahli Tasawuf sebagai ZIKIR NAFAS, akan memberi kesan yang hebat.
Imam Ghazali mengatakan ZIKIR yang dilakukan dengan cara menahan NAFAS akan mempercepat proses PENSUCIAN HATI (membakar MAZMUMAH).
Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan OKSIGEN (O²) yang amat penting dalam kehidupan dan kesehatan manusia.
Kekurangan Oksigen (O²) menyebabkan seseorang mengalami berbagai penyakit seperti kanser, gangguan saraf, leukemia, dll.
Teknik Terapi Zikir PERNAFASAN:
Kita Hendaklah Bersuci Terlebih dahulu.
Duduk rileks dengan punggung tegak,
lalu amati NAFAS yang keluar masuk, kemudian ikuti gerak NAFAS ,
lalu amati NAFAS yang keluar masuk, kemudian ikuti gerak NAFAS ,
Jangan mengatur NAFAS,
biarkan NAFAS keluar masuk dengan bebas.
biarkan NAFAS keluar masuk dengan bebas.
Posisi badan tegak, kepala lurus dgn tulang punggung,
Sebaiknya bagi Pemula Mata Dipejamkan, mulut tertutup rapat dan lidah sedikit ditekuk diatas ( langit-lagit).
Tarik NAFAS perlahan-lahan dan dalam-dalam, dada digembungkan, perut dikempeskan se-kempes mungkin dan dikeraskan, agar tenaga atau energi yang dibangkitkan besar, dengan penuh perasaan.
Rasakan seolah–olah energi ILAHI masuk melalui pusat (umbilicus ) naik ke atas menembusi ubun-ubun sampai ke titik omega (titik tak berhingga).
Tahan selama beberapa detik agar diproses oleh paru-paru.
Tahan nafas di bawah pusar,
kemudian Energi ILAHI yang terang benderang diturunkan kembali ke kepala sampai ke tengah dada
kemudian Energi ILAHI yang terang benderang diturunkan kembali ke kepala sampai ke tengah dada
dan Keluarkan nafas perlahan – lahan dari lubang hidung.
Bererti 1 kali putaran NAFAS sudah kita selesaikan.
Penarikan Nafas harus dengan tertib dan juga *secara natural tanpa dipaksa
atau pun didesak,* sebab hal ini akan gagal menghasilkan satu proses yang mukammil.
atau pun didesak,* sebab hal ini akan gagal menghasilkan satu proses yang mukammil.
Kemudian tarik NAFAS kembali dalam-dalam,
Tahan selama beberapa detik, dan selanjutnya [ sebaiknya 5-1-5 atau 10-1-10 atau pun 3-1-3] tarik 3 saat -tahan 1 saat dan lepas 3 saat ] atau ikut kekuatan daya tarikan dan hembusan.
Lanjutkan terapi pernapasan dengan dada tetap digembungkan, dan perut tetap dikempeskan dan dikeraskan.
Menarik NAFAS dengan membayangkan menghirup udara yang bersih dan sehat, lepaskan napas dengan membayangkan membuang penyakit, racun dan udara kotor.
NAFAS ditahan agar proses biologis didalam paru-paru berlangsung sempurna, iaitu: oksigen (O²) yang di udara diserap oleh paru-paru (secara maksima) dan udara kotor beracun (CO2) dilepaskan ke udara untuk kemudian dibuang keluar saat melepaskan napas.
(Dengan bernafas biasa maka proses berlangsung tidak sempurna, kerana belum sempat terjadi pertukaran secara lengkap, udara sudah dikeluarkan lagi dari paru-paru).
Ketika anda berNAFAS tepat pada tarikan Oksigen (O²), maka yang harus anda fokuskan ialah lafadz “HU (Dia)”.
Baru setelah hembusan NAFAS maka fokuskan pada lafadz “ALLAH”. Begitu terus berulang- ulang.
Perlu diingat, bahawa pada lafadz “HU” harus benar-benar anda rasakan,
“HU” mengalir di pembuluh-pembuluh nadi dan menyebar ke segenap penjuru organ tubuh.
“HU” mengalir di pembuluh-pembuluh nadi dan menyebar ke segenap penjuru organ tubuh.
Pada lafadz “ALLAH” ketika dihembuskan, rasakan bahswa yang diluar tubuh anda tidak lepas dari “Tangan-NYA”.
Jika anda ikhlas kerana ALLAH semata, maka anda akan bertatapan dengan- NYA, tentunya bukan dengan panca indera, tapi lebih dari itu.
Jika anda ingin tahu metode atau kaedah Zikir NAFAS Wali Songo yang lain (kecuali Raden Syarif Hidayatullah/Sunan Gunung Jati) tinggal membalik “HU” pada Hembusan NAFAS, dan “ALLAH” pada Tarikan NAFAS .
Waktu ingin melakukan zikir NAFAS kita wajib memulangkan Zat, Sifat, Af’al kita kepada Zat, Sifat, Af’al ALLAH ~> yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang batin yaitu RUH.
Dan pulangkan wujud RUH pada hakikatnya Wujud Yang Qadim Zat ALLAH juga.
La maujud illaLlah
tiada yang ada di alam ini pada
hakikatnya melainkan ALLAH juga.
tiada yang ada di alam ini pada
hakikatnya melainkan ALLAH juga.
Hakikat NAFI pada diri kita ialah
La wujud (tiada yg wujud) ,
La qadir (tiada yg Maha kuasa),
La hayun,
La muridun,
La alimun (tiada yg Maha mengetahui),
La samiiun (tiada yg mendengar) ,
La basirun (tiada yg Maha melihat),
La mutakalimun fil haqiqah illaLah.
Berkata para Arifbillah,
”matikan diri kamu sebelum kamu dimatikan”.[ Hadits Sohih].
MATI disini dibahagi kepada empat (4) :
1) Mati Hissii
yaitu seolah-olah sudah bercerai RUH dari JASAD, tidak ada daya upaya walau sedikitpun juga, pada hakikatnya hanya ALLAH yang berkuasa, kemudian dimusyahadahkan di dalam HATI dengan menyaksikan kebesaran sifat JALAL dan JAMAL-NYA serta KESUCIAN-NYA.
yaitu seolah-olah sudah bercerai RUH dari JASAD, tidak ada daya upaya walau sedikitpun juga, pada hakikatnya hanya ALLAH yang berkuasa, kemudian dimusyahadahkan di dalam HATI dengan menyaksikan kebesaran sifat JALAL dan JAMAL-NYA serta KESUCIAN-NYA.
2) Apa hakikat Asolatu Miraju lil Mukminiin.
MIRAJ iaitu lepas sempurna mematikan diri kita.
Hendaklah melakukan MIRAJ ertinya menaikkan NAFAS kita melalui alam “Qaba qawsain au adna” iaitu
antara kening merasa penuh limpah dalam alam Qudus iaitu dalam benak kepala kita hingga hilang segala ingatan yang lainnya.
antara kening merasa penuh limpah dalam alam Qudus iaitu dalam benak kepala kita hingga hilang segala ingatan yang lainnya.
Ini dinamakan mati ma’nawi yaitu hilang segala sesuatu didalam HATImu melainkan hanya berhadapan pada ALLAH juga.
3) Mati dalam Hidup dan Hidup dalam kematian, inilah hakikat matilah kamu sebelum kamu dimatikan.
Mati segala usaha ikhtiar segala daya upaya diri kita, kita hanya mendirikan sembahyang dengan melihat pada mata hati, dari ALLAH, dengan ALLAH dan untuk ALLAH.
Dari ALLAH yg mengerakkan RUHANIAH,
Dari RUHANIAH yg mengerakan AL-HAYAT,
Dari RUHANIAH yg mengerakan AL-HAYAT,
Dari AL-HAYAT yg menggerakkan NAFAS
Dari NAFAS yg menggerakkan JASAD dan pada hakikatnya, semua itu ALLAH juga yang menggerakkan semuanya..
sebagaimana firmanNYA:
“Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya MUHAMMAD Sala Allahu Alaihi Wasalam – ketika engkau melontar tetapi ALLAH yang melontarnya…”.
Pada pandangan dzahirnya perbuatan hamba, tetapi pada pandangan mata hati perbuatan ALLAH juga.
4) Mati dalam tidur
Ini adalah satu Rahsia Ma’rifat dalam
hidup yang hanya diketahui oleh para
Arif Billah dan Alimbillah, bukan oleh
alimbil kitaab.
hidup yang hanya diketahui oleh para
Arif Billah dan Alimbillah, bukan oleh
alimbil kitaab.
Zikir NAFAS adalah Ummul Zikir yang mampu memberi kekuatan Rohani adalah Zikir Khafi, ini di jelaskan dalam beberapa hadits sohih.
Zikir NAFAS adalah sebagai NUR CAHAYA yang memancar keseluruh JIWA seorang pengamal Zikir NAFAS , besar faedahnya untuk memecahkan kekentalan darah hitam yang berada dihati yang dianggap sebagai istana Iblis itu.
Selagi istana Iblis tidak terpecah dan hancur musnah, NUR QALBI sebagai penyuluh lampu Ma’rifat yang diharapkan itu tidak mungkin diperoleh.
NUR itu tidak akan bersinar menyuluh kegelapan dalam diri. Kalau pun ia menyala tetapi cahayanya tidak terang
Sabda Rasulullah saw: MAN ARAFA NAFSA FAQAD ARAFA RAB’BAH WAMAN ARAFA RAB’BAH FASADA JASAD.
“Siapa yang mengenal dirinya, tentu dia mengenal ROBBnya dan siapa yang mengenal ROBBnya, maka binasalah dirinya.”
“Siapa yang mengenal dirinya, tentu dia mengenal ROBBnya dan siapa yang mengenal ROBBnya, maka binasalah dirinya.”
Firman ALLAH swt:
“Dari ALLAH kau datang kepada ALLAH kau dikembalikan” (QS. al-Baqarah:156)
“Dari ALLAH kau datang kepada ALLAH kau dikembalikan” (QS. al-Baqarah:156)
Apabila RUH diturunkan ke bumi, RUH berhajat pada Sifat IFTIQAR ALLAH untuk berfungsi di atas muka bumi ini.
Jika tidak ada Sifat IFTIQAR, RUH tidak berfungsi. Ini disebabkan kerana RUH memiliki sifat yang suci dan tinggi yang tidak ada pengetahuan dan kehendak terhadap alam yang rendah (dunia).
Oleh kerana itu diperlukan Sifat IFTIQAR untuk melaksanakan tugas sebagai KHALIFAH, di kehidupannya dan dunia.
4 Sifat IFTIQAR iaitu:
Sifat Qudrat,
Hayat,
Iradat,
Ilmu.
Hayat,
Iradat,
Ilmu.
Sebelum RUH dimasukkan ke dalam JASAD, ALLAH melapisi RUH AL-QUDSI dengan lapisan-lapisan sampai ke Alam “MULKIAH” yang disebut “QISWAH UNSURIAH” iaitu
Alam JABARUT,
Alam MALAKUT
Alam MULKI
Alam MALAKUT
Alam MULKI
kerana kekuatan RUH AL-QUDSI dapat menghancurkan JASAD, sebagaimana cahaya matahari yang dihalangi cahayanya dengan berbagai lapisan Ozone agar tidak terbakar bumi ini kerana kepanasannya.
Firman ALLAH swt:
“Lalu kutiupkan Roh-KU dalam tubuh manusia.” (Al-Hijr:29)
“Lalu kutiupkan Roh-KU dalam tubuh manusia.” (Al-Hijr:29)
1. QUDRAT (Kuasa)
yaitu dinyatakan pada (RUH JASMANI) dan diletakkan dalam JASAD.
yaitu dinyatakan pada (RUH JASMANI) dan diletakkan dalam JASAD.
RUH memerlukan JASAD untuk bergerak di atas muka bumi. (NASMA “fizikal”: kuasa batin yang hebat).
TANAH: tubuh badan – istana hakikat.
2. ILMU (ilmu)
dinyatakan pada (RUH SULTANI) dan menjadi AKAL apabila digabungkan dgn unsur AIR dan diletakkan pd OTAK.
dinyatakan pada (RUH SULTANI) dan menjadi AKAL apabila digabungkan dgn unsur AIR dan diletakkan pd OTAK.
RUH tidak akan dapat berfikir untuk kehidupan di dunia tanpa ILMU bangsa dunia. (AIR: akal – ilham, laduni pandangan tajam hikmah).
AIR: otak – istana syariat.
3. HAYAT (hidup)
ia dinyatakan pada (RUH AL HAYAT) dan menjadi NAFAS apabila bergabung dgn UDARA.
ia dinyatakan pada (RUH AL HAYAT) dan menjadi NAFAS apabila bergabung dgn UDARA.
Ruh memerlukan NAFAS untuk berhubung dgn NAFAS.
(NAFAS: menstabilkan EMOSI, AKAL, KESEHATAN dan perjalanan RUH).
ANGIN/udara: sistem pernafasan – istana tarikat.
4. IRADAT (berkehendak)
ia dinyatakan pada (RUH SAIRANI RAWANI) dan menjadi NAFAS apabila digabungkan dgn unsur API dan diletakkan di JANTUNG/ QALBU.
ia dinyatakan pada (RUH SAIRANI RAWANI) dan menjadi NAFAS apabila digabungkan dgn unsur API dan diletakkan di JANTUNG/ QALBU.
RUH memerlukan NAFSU bangsa dunia untuk memakmurkan dunia.
(NAFSU: ketenangan, kasyaf, asyik, cinta, rindu, syuhud, makrifat)
API: jantung – istana makrifat.
Syaik Abdul Qadir Jailani, Di dalam Kitab SIRRUL ASRAR mengatakan:
RUH adalah hakikat DIRI manusia yang sebenarnya.
.
RUH adalah NUR CAHAYA yang tinggi yang dibalut dengan beberapa lapisan pakaian sebelum di turunkan ke alam dunia ini agar JASAD tidak terbakar.
“Manusia itu rahsiaKU dan AKU adalah rahsia manusia.” (Hadits Qudsi)
Setiap RUH mempunyai tempat/ daerah ketika RUH berada dalam JASAD
Setiap INSAN wajib mengetahui bagaimana mengolah setiap lapisan tersebut agar tersingkap baginya Rahsia.
Kenali dirimu dengan merenungkan ke dalam dirimu, nescaya engkau akan mengenali Tuhanmu tanpa huruf, tanpa suara, tanpa dalil dan tanpa perantara.
Galilah Rahsia alam dirimu sendiri sehingga berjumpa dengan air dari alam Malakut, alam Jabarut dan akhirnya Lahut, niscaya kamu akan dapat menyaksikan kembali bagaimana dirimu berhimpun dan bertasbih di alam Lahut serta menyaksikan bagaimana dirimu bersaksi akan diri KeTuhanan
sebagaimana firmannya:
”Adakah AKU Tuhan Kamu, (Ruh menjawab) Bahkan! Kami menyaksikan.” (QS. al-Araf:172)
Siapa yang sampai ke alam ini, ia mengambil ilmunya dari ALLAH tanpa perantara yaitu ilmu LADUNI.
Di alam ini, ia beribadah dari ALLAH, dengan ALLAH dan untuk ALLAH. Pandangannya senantiasa melihat pada 2 alam, melihat diriNya di alam zahir iaitu Af’al, Sifat dan Asma, bermusyahadah dengan ZatNYA di alam lahut.
Adakala mereka itu FANA (lebur) penglihatan di alam ini ketika mentajallikan rahsiaNYA sehingga tidak ada yang dilihat melainkan ALLAH swt.
Bagaimana hendak Mengenal Diri ?
Apa yang harus di kenali dengan Diri ini ?
Adakah Mengenal JASAD yang dikenali oleh semua orang kafir dan mushrik agar dengan itu mereka boleh mengenal ROBB mereka?
Adakah mengenal BATHIN saja tanpa mengetahui soal ROHANI?
Mengenal Diri tanpa mengenal Jalan
Mengenal Diri, anda tidak akan sampai pada kehendak.
Mengenal Diri, anda tidak akan sampai pada kehendak.
Mengenal Jalan tanpa mengenal Musuh akan tewas di separuh jalan.
Mengenal Musuh tanpa bersenjata akan dikalahkan.
Mempunyai senjata lengkap namun tidak mengenal maqam Musuh akan menempuh kekalahan.
Mengenal senjata dan musuh tetapi tidak ada tarbiyah dari orang yg mengenal perjalanan dan kaedah juga akan binasa dalam kesesatan.
Siapa yang benar Mengenal Dirinya, akan binasalah dirinya, tenggelamlah ia dalam lautan kefakiran, tenggelam ia dalam lautan ketiadaan ke-Aku-an.
Di dalam Kitab Kasaful Asrar dinyatakan bahwa wujud INSAN adalah bayang-bayang kepada wujud Tuhan.
Tidak akan wujud bayang-bayang ini jika tidak ada yang empunya bayang-bayang, tidak bergerak bayan-bayang melainkan bergeraknya tuan empunya bayang-bayang.
Apabila kamu memandang diri kamu, memandang kewujudan dirimu, maka kamu wajib memahami bahawa kamu ada pemiliknya.
Wujud kamu menyatakan wujud diri-NYA. DIA ghaib dan kamu nyata,
DIA hakikat dan kamu syariat,
DIA adalah wujud dan kamu adalah bayang bagi wujud-NYA.
DIA hakikat dan kamu syariat,
DIA adalah wujud dan kamu adalah bayang bagi wujud-NYA.
Lihatlah diri kamu lagi..,
pandanglah segala sifat yang ada pada diri kamu, lihatlah matamu, lihatlah telingmu, lihatlah mulutmu, lihatlah akalmu, lihatlah gerak diammu, lihat rasa hatimu. Semuanya tidak lain melainkan kenyataan sifat-sifat-NYA.
pandanglah segala sifat yang ada pada diri kamu, lihatlah matamu, lihatlah telingmu, lihatlah mulutmu, lihatlah akalmu, lihatlah gerak diammu, lihat rasa hatimu. Semuanya tidak lain melainkan kenyataan sifat-sifat-NYA.
Semoga HATI kita tidak dibutakan sama sekali, sehingga tidak mengenal Diri-NYA, yang meskipun Al-Ghaib tetapi sangat dekat sekali, bahkan lebih dekat DIA bila dibandingkan dengan urat nadi yang ada di lehernya sendiri.
Itu Bererti lebih dekat DIA meskipun dibandingkan dengan keluar masuknya NAFAS dalam dada.
Maka firman-NYA yang memutuskan:
“Barang siapa yang hidupnya sekarang ini (di dunia) buta (mata hatinya tidak mengetahui keberadaan Diri Tuhannya yang dekat sekali dan Wajib Wujud-Nya), maka kelak di akhirat juga akan lebih buta dan lebih sesat jalannya.” (Al-Isra:72)
Tauhidul Af’al (Ke-Esa’an Perbuatan)
Hendaklah anda ketahui bahwa segala apapun juga yang terjadi di alam ini pada hakikatnya adalah Af’al (perbuatan) ALLAH s.w.t. yang terjadi di alam ini dapat digolongkan pada 2 golongan.
1) Baik pada bentuk (rupa) dan isi (hakikatnya) seperti iman dan taat.
2) Buruk pada bentuk (rupa) namun baik pada pengertian isi (hakikat) seperti kufur dan maksiat.
Dikatakan ini buruk pada bentuk kerana adanya ketentuan hukum/syarak yang mengatakan demikian.
Dikatakan baik pada pengertian isi (hakikat) kerana hal itu adalah sutu ketentuan dan perbuatan dari pada Allah Yang Maha Baik.
Maka “kaifiat” cara untuk melakukan pandangan (syuhud/musyahadah) sebagaimana dimaksudkan diatas ialah:
“Setiap apapun yang disaksikan oleh mata hendaklah ditanggapi oleh hati bahawa semua itu adalah Af’al (perbuatan) dari ALLAH s.w.t.”
Bila ada sementara anggapan tentang ikut sertakan “yang lain dari pada ALLAH” di dalam proses kejadian sesuatu, maka hal tersebut tidak lain hanya dalam pengertian majazi (bayangan) bukan menurut pengertian hakiki.
Misalnya:
Si A bekerja untuk mencari makan atau memberi makan anak-anaknya maka si A tergolong dalam pengertian “yang lain daripada ALLAH” dan juga dapat dianggap “ikut serta dalam proses memberi makan anaknya.
Fungsi si A dalam keterlibatan ini hanya majaz (bayangan) saja, bukan dalam erti hakiki. Kerana menurut pengerti hakiki yang memberi makan dan minum pada hakikatnya ialah ALLAH, sebagaimana tersebut dalam AL-QUR’AN:
“Dialah (ALLAH) yang memberi makan dan minum kepada ku.” (As-Syu’ara ayat 79.)
Segala macam perbuatan (sikap laku) apakah perbuatan diri sendiri ataupun perbuatan yang terjadi di luar dirinya, adalah termasuk dalam 2 macam pengertian. Kedua macam pengertian ini tidak terpisah satu sama lain.
Contohnya adalah sebagai berikut:
1) Gerak pena di tangan seorang penulis, ini dinamakan MUBASYARAH (terpadu) kerana adanya “perpaduan” dua kemampuan Qudrat iaitu kemampuan kudrat gerak tangan kemampuan kudrat gerak pena.
Bagaimana kita dapat memahami gerak Qudrat ALLAH dan bagaimana kita dapat bersyuhud dengan Qudrat ALLAH dalam setiap keadaan.
2) Gerak batu yang lepas dari tangan pelempar.
Hal ini dinamakan TAWALLUD (terlahir) kerana lahirnya gerakan batu yang dilemparkan itu adalah kemampuan kudrat gerakan tangan.
Namun pada hakikatnya, kedua macam pengertian itu (Mubasyarah dan Tawallud) adalah Af’al ALLAH s.w.t., didasarkan kepada dalil nas AL-QUR’AN:
WALLAHU KHOLAQAKUM WA MA TA’MALUN
ALLAH yang mencipta kamu dan apa yang kamu lakukan.
ALLAH yang mencipta kamu dan apa yang kamu lakukan.
Apa-apa juga yang dilakukan oleh hamba, perkataan, tingkah laku, gerak dan diam, namun semua itu sudah lebih dahulu pada Ilmu, Qoda dan Qadar/Takdir ALLAH s.w.t.
Firman ALLAH di dalam AL-QUR’AN:
WA MA RAMAITA IDAZ RAMAITA WALAKINNALLAHURAMA
Tidaklah anda yang melempar (Hai MUHAMMAD) tetapi ALLAH -lah yang melempar ketika anda melempar.
Tidaklah anda yang melempar (Hai MUHAMMAD) tetapi ALLAH -lah yang melempar ketika anda melempar.
LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZHIEM Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (daya dan kekuatan) ALLAH Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Hadits Rasullah s.a.w.
LA TATAHARRAKU DZARRATUN ILLA BI IDZNILLAHI
Tidak bergerak satu zarrah juapun melainkan atas izin ALLAH .
Tidak bergerak satu zarrah juapun melainkan atas izin ALLAH .
Atas dasar pandangan (musyahadah) inilah, maka Nabi s.a.w. tidak mendoakan kehancuran bagi kaumnya yang telah menyakiti beliau.
Apabila anda selalu atas pandang (musyahadah) Tauhidul-Af’al dengan penuh yakin (tahkik) maka terlepaslah anda dari pada penyakit dan bahaya syirik-khofi sebagaimana tersebut di atas.
Sehingga akhirnya anda akan dapat menyaksikan dengan jelas bahwa segala yang berupa UJUD MAJAZI (ujud bayangan) ini, lenyap dan hilang sirna, dengan NYATANYA NUR UJUDULLAH yang hakiki.
Apabila secara terus menerus anda latih dengan pandangan musyahadah demikian, sedikit demi sedikit dengan tidak tercampur baur antara pandangan lahir dan pandangan batin, maka sampailah anda pada suatu makom (tingkatan) yang di namakan MAQOM WIHDATUL AF’AL.
Pada tingkatan ini bererti FANA (lenyap) segala perbuatan makhluk, perbuatan anda sendiri atau perbuatan yang lain dari anda karena “nyatanya” perbuatan ALLAH Yang Maha Hebat.Tauhidul Asma (Ke-Esa’an Nama ALLAH s.w.t.)
Kaifiat (cara-cara) memusyahadahkan tentang keEsaan nama-nama ALLAH s.w.t. adalah sebagai berikut:
“Pandang dengan mata kepala kita lalu syuhud (pandang) dengan mata hati, bahwa segala nama apapun juga pada hakikatnya kembali kepada sumbernya ialah nama ALLAH s.w.t.”
Alasannya ialah, bahawa nama apapun juga yang ada di dalam alam ini tentu ada yang memberi nama (ujud musamma).
Dalam erti hakiki sudah jelas bahawa “tidak ada yang maujud/diadakan kecuali ALLAH .”
Firman ALLAH swt:
“Tiap sesuatu itu “halikun” (maujudnya) bukan di atas wujud yang sebenar benarnya) kecuali (setiap sesuatu itu) wajah ALLAH semata-mata.” (28:20:88)
Segala yang maujud (yang diadakan) pada hakikatnya hanyalah khayalan (kosong) atau waham (sangkaan) saja, bila dinisbahkan (dibandingkan) dengan UJUD ALLAH.
Contoh: Sekeping kaca yang tembus warnanya, lalu diwarnakan dengan bermacam-macam warna. Kemudian diletakkan di bawah cahaya matahari, tentu akan terlihat beraneka warna pada bumi sebagaimana warna yang tercantum pada kaca tadi.
Di situ dapat terlihat jelas bahwa cahaya matahari tidak terpisah cerai dengan zat matahari sendiri dan tidak pula berpindah cahaya matahari itu tadi. Adanya bermacam warna pada bumi menunjukkan keEsa’an matahari.
Maha suci ALLAH dari contoh dan misal, maka fahamilah dengan kata-kata yang baik dan sempurna, semoga anda dapat memahaminya dengan kasih sayang ALLAH s.w.t. dan dapat sesuai dengan maksud yang sebenarnya.
Andai kata telah berhasil pada maqom (tingkatan) ini lalu kemudian TAJALLI HAK TA’ALA (nampak nyata kebenaran ALLAH Ta’ala) bagi kita dari celah-celah dinding mazhar (kenyataan) ini dengan 2 macam nama (isim) maka semua yang berupa mashar tersebut lenyap sirna di dalam keEsa’an (ahadiyat) ALLAH s.w.t.
Apabila TAJALLI ALLAH TA’ALA (nampak nyata) dengan asmaNYA/ nama-namaNYA ZHOHIRUN terhadap hambaNYA, niscaya si hamba itu akan dapat melihat bahawa segala akwan (kejadian) semua ini adalah KEBENARAN ALLAH, sepanjang pengertian bahwa zohir akwan itu adalah dengan ZOHIRNYA ALLAH.
Berdirinya akwan itu dengan nyatanya qoyyumiyahNYA (sifat qiyamuhu ta’ala binafsi)
Berdiri ALLAH dengan sendirinya dan KEKALNYA ALLAH s.w.t. kerana tidak akan mungkin bagi akwan ini ada dengan sendirinya. Dan tidak akan mampu si hamba membezakan satu persatu segala akwan ini.
Jelasnya hanya pada suatu pengertian bahwa makhluk ini hanya sekadar mazhar/sandaran semata-mata. Si hamba dapat memandang (musyahadah) bahwa ALLAH adalah hakikat segala sesuatu sebagaimana yang difirmankan oleh ALLAH didalam AL-QUR’AN:
“FA AINAMA TUWALLU FASTAMMA WAJHULLAHI”
Ke mana pun kamu mengadap, di sanalah Ujud ALLAH.
Ke mana pun kamu mengadap, di sanalah Ujud ALLAH.
Maksudnya, ke mana pun dan di mana pun AKAL, HATI dan ROH ini berhadapan maka di sanalah adanya ALLAH s.w.t.
Makom Tauhidul Asma ini merupakan makom yang kedua dari makom orang-orang Arifin yang dianugerahkan ALLAH Ta’ala kepada orang yang salik atau kepada orang lain seperti orang yang majzub.
Makam inilah merupakan Natijah iaitu faedah yang diperoleh dan juga merupakan lanjutan makom yang pertama, makom bagi orang yang senantiasa memandang wahdatul Af’al. Makom Tauhidul Asma inilah yang menyampaikan anda kepada makom yang seterusnya iaitu “Tauhidul Sifat” makom yang ketiga dari orang-orang A’rif.
Tauhidus Sifat (Ke-Esa’an Sifat ALLAH swt)
Tauhid Fil Siffat.
Bagaimana dapat memahami Tauhid dalam Maqam ini?.
Bagaimana dapat memahami Tauhid dalam Maqam ini?.
ILMU Kalimah yang menyampaikan ke Maqam ini harus di praktekkan dengan Ammali Tauhid Fi Siffat.
Bab yang ketiga ini menerangkan tauhidus sifat yang bermaksud meng-esakan ALLAH Taala pada sifat yang berdiri pada zat-NYA:
yaitu memfanakan segala sifat makhluk sama ada sifat dirinya atau yang lain, di dalam sifat-sifat ALLAH .
yaitu memfanakan segala sifat makhluk sama ada sifat dirinya atau yang lain, di dalam sifat-sifat ALLAH .
Kaifiatnya ialah anda memandang dan musyahadah dengan mata hati dan beriktikad bahwa segala sifat yang berdiri pada zat-NYA seperti semuanya itu sifat-sifat ALLAH Taala.
Kerana tidak ada zat yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut pada hakikatnya melainkan Zat ALLAH Taala juga.
Diadakan sifat-sifat ini pada makhluk, sekadar pinjaman (majaz) dan bukan pada hakikatnya. Cuma sifat-sifat tersebut adalah sifat-sifat ALLAH Taala juga.
Apabila sudah Tahkik pandanganmu dengan keadaan demikian, niscaya segala sifat makhluk FANA dalam sifat-sifat ALLAH Taala,
Hamba itu tidak mendengar melainkan dengan pendengaran ALLAH Taala,
Hamba itu tidak melihat melainkan dengan penglihatan ALLAH Taala,
Hamba itu tidak tahu melainkan dengan pengetahuan ALLAH Taala,
Hamba itu tidak hidup melainkan dengan hayat Allah Taala,
Hamba itu tidak berkata-kata melainkan dengan perkataan Allah Taala,
dan begitulah seterusnya dengan sifat-sifat-NYA yang lain.
Dalil yang menunjukkan bahawa hamba tidak mempunyai sifat-sifat tersebut dan yang ada pada hamba itu muzhar sifat-sifat ALLAH Taala ialah sebagaimana firman Allah Taala, dalam hadis Qudsi:
”Tidak menghampiri orang-orang yang menghampiri diri-KU umpama mengerjakan apa yang AKU fardukan ke atas mereka dan senantiasalah hamba-KU berdamping diri kepada-KU dengan mengerjakan ibadat sunat hingga AKU kasihan dia. Maka apabila AKU kasihan dia, niscaya adalah AKU pendengarannya yang ia mendengar dengan DIA, pertuturan lidahnya yang ia bertutur dengan DIA, penampar tangan yang ia menampar dengan DIA, berjalan kakinya yang ia berjalan dengan DIA, dan fikiran hatinya yang ia berfikir dengan DIA.”
Kaifiat mentajalli sifat ALLAH Taala ialah memandang hak Taala, bahawa hamba yang mendengar itu dengan ALLAH Taala, maka segala keadaan yang didengar oleh hamba fana bersama diri-NYA.
Apabila telah tetap mentajalli sifat mendengar itu dalam HATI, maka akan melihat sifat yang lain pula sehingga habis satu persatu seperti sifat Basar, Kalam, Ilmu dan Iradat.
Anda juga akan melihat hamba itu tidak melihat dirinya bersifat demikian yang hanya menerima daripada sifat-sifat ALLAH Taala jua.
Apabila semua sifat yang lain terhapus, maka tajalli pula sifat-sifat ALLAH Taala ke atas kita dan kita akan melihat, hamba itu yang bersifat Haiyun (hidup).
Apabila sifat Hayat itu Fana dari diri, ternyatalah bahwa tidak ada yang hidup melainkan ALLAH Taala.
Apabila anda telah berhasil memperoleh makam fana, ketika itu jadilah kita baqa bisifatillah (kekal dengan sifat-sifat ALLAH ). Ketika itu juga, kita memperoleh kemenangan kerana dapat mengenal-NYA dengan pengenalan yang layak dan sempurna.
Oleh kerana itu jadilah kita ketika itu fana fisifatillah (terhapus dalam sifat-sifat ALLAH ) dan baqa bisifatillah.
Ketika itu juga, ALLAH Ta’ala akan memberitahu kepada kita segala rahsia sifat-NYA yang mulia.
Kesimpulannya, makam tauhidus sifat inilah makam yang tetap dan teguh.
Apabila sudah habis mentajallikan semua sifat itu di dalam HATI, maka dianugerahkan oleh ALLAH Ta’ala kepadanya pada saat itu kekuatan yang dapat menanggung Tajalli Zat jika dikehendakiNYA.
Makam inilah yang akan menyampaikan orang yang Arif itu kepada makam yang di atasnya iaitu makam Tauhiduz Zat, makam yang keempat dari semua makam orang-orang Arif.
Tauhiduz Zat (Mengesakan Zat)
Kafiat mengesakan ALLAH Taala pada zat itu ialah melihat dengan mata kepala dan mata hati, sesungguhnya tidak ada yang maujud dalam wujud ini hanya ALLAH Taala saja.
Cara ini dilakukan dengan menfana’kan kesemua zat kita dan zat yang lain dari zat kita (segala makhluk) di bawah Zat ALLAH Taala.
Atau dengan kata lain, tidak ada yang maujud melainkan ALLAH Taala sendiri yang wujud dan wujud yang lain selain ALLAH Taala.
Oleh kerana itu, wujud yang lain itu bukanlah maujud dengan sendirinya, hanya ia maujud dengan ALLAH Taala itu qiam (berdiri) dengan wujud ALLAH Taala dan ia tidak qiam dengan sendiri.
Oleh kerana itu wujud yang lain dari ALLAH Taala itu adalah khayalan belaka.
Ini bererti ia ditempatkan pada yang sudah maklum iaitu pada tempat yang diadakan dan waham (sangkaan dan batal) yang dinisbahkan kepada wujud ALLAH Taala.
Tujuh Tingkatan NAFS
Firman Allah swt:
“Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu, maka ALLAH akan menerima taubatmu”. (Al-Baqarah:54)
“Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu, maka ALLAH akan menerima taubatmu”. (Al-Baqarah:54)
Maksudnya, yang dibunuh adalah WATAK Aku-nya NAFSU, supaya si nafsu menjadi patuh dan tunduk mengikut HATI NURANI, RUH dan RASA dekat kepada-NYA.
Melahirkan manusia yang hanya (mempunyai) ILMU semata-mata tanpa disertakan kebersihan rohani akan membawa kepada ke-egoan dan perdebatan yang tidak ada habis²nya.
7 NAFSU beserta tentaranya adalah sebagai berikut:
1) Nafsu AMARAH.
Letaknya di dada agak sebelah kiri.
Letaknya di dada agak sebelah kiri.
Tentaranya : senang berlebihan, dengki, dendam, iri hati, sombong, riya, takabbur, suka marah, dan akhirnya tidak mengenal Tuhannya.
(Yusuf:53)
”Sesungguhnya Nafs (manusia) menyuruh berbuat kejahatan rendah.”
”Sesungguhnya Nafs (manusia) menyuruh berbuat kejahatan rendah.”
2) Nafsu LAWAMAH
Di Manakah Maqamnya dalam Jasad Insan?
Nafsu LAWAMAH, letaknya di dalam HATI SANUBARI, di bawah susu yang kiri kira-kira 2 jari.
Tentaranya: Ujub, senang di puji, memuji diri, menunjuk, khianat, menganiaya, bohong.
ALLAH menyebut JIWA ini dalam AL-QUR’AN surah Qiyamah ayat 2,
”Dan Aku bersumpah demi jiwa yang mencela.”
3) Nafsu MULHIMAH.
Tempatnya kira-kira 2 jari ke arah susu yang kanan dari tengah dada.
Tempatnya kira-kira 2 jari ke arah susu yang kanan dari tengah dada.
Tentaranya : suka memberi, sederhana, menerima apa adanya, belas kasih, lemah lembut, merendah diri, taubat, sabar dan tahan menghadapi kesulitan serta siap menanggung betapa beratnya melaksanakan kewajiban.
ALLAH menyebut JIWA ini di dalam AL-QUR’AN surah Al-Syam ayat 7-8,
”Demi diri (manusia) dan yang menyempurnakannya (Allah). Lalu diilhamkan (Allah) kepadanya mana yang buruk dan mana yang baiknya.”
4) Nafsu MUTHMAINNAH.
Tempatnya dalam RASA kira-kira 2 jari ke arah susu kiri dari tengah dada.
Tempatnya dalam RASA kira-kira 2 jari ke arah susu kiri dari tengah dada.
Tentaranya: Senang sedekah, tawakkal, senag ibadah, senang bersukur kepada Tuhan, ridha kepada hukum dan ketentuan ALLAH dan takut pada ALLAH.
ALLAH menyebut JIWA ini di alam AL-QUR’AN surah Al-Fajr ayat 27,
”Hai jiwa yang tenang.”
5) Nafsu RADHIYAH.
Tempatnya dalam RASA, dalam HATI NURANI dan seluruh JASAD.
Tempatnya dalam RASA, dalam HATI NURANI dan seluruh JASAD.
Tentaranya: peribadi yang mulia, zuhud, ikhlas, wara, ridha, menepati janji.
ALLAH menyebut JIWA ini di dalam AL-QUR’AN surah Al-Fajr ayat 28,
”Kembalikanlah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha.”
6)Nafsu MARDHIYAH.
Tempatnya di alam yang samar, mengarah kira-kira 2 jari ke tengah dada.
Tempatnya di alam yang samar, mengarah kira-kira 2 jari ke tengah dada.
Tentaranya: Baik budi pekerti, bersih dari segala dosa makhluk, rela membantu kesusahan makhluk, senang mengajak dan memberi pandangan kepada RUHnya makhluk.
ALLAH menyebut JIWA ini di dalam AL-QUR’AN surah Al-Fajr ayat 28,
“Dan di RidhaiNYA.”
7) Nafsu KAMILAH.
Letaknya mengarah ke dalam dada yang paling dalam.
Letaknya mengarah ke dalam dada yang paling dalam.
Tentaranya: ILMU YAKIN dan HAQQUL YAKIN.
ALLAH menyebut JIWA ini di dalam AL-QUR’AN surah Al-Fajr ayat 29-30,
”Masuklah dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah kedalam syurgaku”.
( Sumber dari Hamin Tehupelasury )
0 comments:
Catat Ulasan