SOLAT DAIM' PANDANGAN HAKIKAT*
Solat Daim didalam pandangan Hakikat, adalah Solat yang terus menerus sepanjang waktu (Solat yang tidak putus)
Lalu bagaimanakah caranya Solat sepanjang waktu ?
Bukankah kita juga harus selalu beraktiviti dan menjalani kehidupan ini ?
Allah swt berfirman;
"Jika kamu takut (ada bahaya), solatlah sambil berjalan atau berkenderaan. Kemudian apabila telah aman, maka ingatlah Allah (solatlah), sebagaimana Dia telah mengajarkan kepadamu apa yang tidak kamu ketahui."
(QS. Al-Baqarah : 239)
Sangat jelas didalam ayat tersebut Allah swt Berfirman Solatlah sambil berjalan bahkan ketika berkenderaan. Jadi dalam segala aktiviti kita dituntut harus selalu Solat dan jangan pernah terputus.
Lalu pertanyaannya adalah bagaimana cara Solatnya ???
Firman Allah swt didalam (QS Al'-Ankabut : 45)
"Bacalah Kitab (Al-Qur'an) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan"
Jadi.......
Inti atau tujuan Solat itu adalah "Dzikrullah" (Ingat Allah)
Orang yang rajin Solat lima waktu jika tiada ia Ingat akan Allah atau Sedar akan Allah, lalu bagaimana mungkin boleh ia mencegah dirinya dari perbuatan keji dan mungkar ?
Namun jika Kesedarannya tersambung kepada Allah swt barulah ia dapat menghindari dirinya dari perbuatan dosa kerana ia senantiasa Merasakan kehadiran Allah swt yang begitu dekat dan senantiasa mengawasinya.
Didalam Firman tersebut juga Allah swt telah menjelaskan, bahawa sebaik-baiknya Ibadah adalah "Dzikrullah" (Ingat Allah). Jadi Solat itu adalah sarana atau ritual untuk Berdzikir kepada Allah swt sementara ia merendahkan diri kita kepadaNya.
Jika Solat tiada Berdzikir, tiada Ingat akan Allah, tiada Menyedari akan Allah, itu bererti Solatnya itu belum sampai kepada kemuncaknya. Melainkan hanyalah ritual tanpa makna yang bererti (Belum Khusyuk).
Allah swt berfirman;
"Ketahuilah dengan Berzikir Kepada-KU tenanglah hatimu."
Yang dimaksud dengan "Dzikrullah" itu ialah "Rasulullah", kerana diantara Nama-nama Rasulullah itu ada yang bernama Dzikrullah, kerana itulah jalan yang paling cepat dan mudah dapat sampai ketujuannya.
(Rujuk kepada AHLINYA atau GURU MURSYID)
Lalu apakah yang dimaksud dengan Tenangnya Hati ?
Tenangnya Hati itu adalah ketika memandang "Jamalullah", jalan untuk mendapatkan Maqam Jamalullah yang paling cepat ialah dengan Memusyahadahkan dan Memesrakan "Nur Muhammad" disetiap pandangan dengan memperbanyakkan membaca Selawat kepada Rasulullah, hingga nyatalah didalam ayat tadi Ilmu Hakikat yang sangat penting diketahui. Dan inti dari Hakikat semua itu yang perlu diperhatikan ada empat perkara;
1) Waktu berdiri tegak, Ingatkan Jalalullah - Mengingat Keperkasa'an-KU.
2) Waktu ruku Ingatkan Jamalullah - Mengingat Kesempurnaan-KU.
3) Waktu duduk Ingatkan Kamalullah - Yaitu terkenang Hati dengan Rasulullah.
4) Waktu sujud Ingatkan Qohharullah - Tidak ada yang boleh membuat engkau sujud kecuali AKU jua.
Didalam Beribadah itu Allah swt hanya menerima yang SEMPURNA-Nya sahaja, dan Ibadah itu tiada Sempurna kecuali dengan mengikuti Rasulullah.
Solat itu terbahagi kepada tiga perkara;
1) Solat Syariat
2) Solat Tarekat
3) Solat Hakikat
Solat Syariat - Lazimnya Solat yang Wajib dan Sunat.
Solat Tarekat - Lazimnya Solat Syariat tetapi telah menjaga Hatinya dari tipu daya syaitan yang hendak menggoda kita sama ada Zahir mahupun Batin.
Iaitu dari sifat Ujub, Suma'ah, Takbur, Riak dan lain-lainnya.
Hendaklah kita berfikir dimana jalan yang lebih baik untuk Keselamatan Dunia dan Akhirat. Maka hendaklah kita menjauhkan diri kita dari segala Nikmat-Nikmat Dunia yang merosakkan diri kita di Akhirat kelak.
Solat Hakikat - Iaitu hendaklah senantiasa Hati kita memandang Hal Keadaan Allah swt didalam setiap Zaratul Ujud, yakni jangan kita pandang selain dari Hal Keadaannya Allah swt.
- Syeh Haqtullah
0 comments:
Catat Ulasan