JALAN YANG LURUS

 

ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..
" TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS "....

Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan
orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai,
dan bukan pula
(jalan) orang-orang yang sesat.
{Qs. Al-Fātiĥah : 6-7}
APAKAH ITU JALAN YANG LURUS ?
"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".
{Qs. 'Āli `Imrān : 51}
Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.
{Qs. An-Nisā' : 68}
Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya dan limpah kurniaNya, dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus, yang membawa kepadaNya.
{Qs. An-Nisā' : 175}
Dengan itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
{Qs. Al-Mā'idah : 16}
" Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus."
{Qs. Hūd : 56}
Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.
{Qs. An-Nūr : 46}
"Dan hendaklah kamu menyembahKu inilah jalan yang lurus.
{Qs. Yā-Sīn : 61}
Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang itu, dan turutlah; inilah jalan yang lurus.
{Qs. Az-Zukhruf : 61}
"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus".
{Qs. Az-Zukhruf : 64}
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah, kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
{Qs. Al-Ĥujurāt : 7}
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
{Qs. Al-Ĥijr : 39}
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
{Qs. Al-Ĥijr : 40}
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
{Qs. Al-Ĥijr : 41}
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
{Qs. Al-Ĥijr : 42}
BERSIH DARI SEBARANG SYIRIK, INILAH SATU JALAN YANG LURUS YANG "TETAP ALLAH MEMELIHARANYA"...
# Bersih dari sebarang syirik juga disebut dengan pegangan Iktiqad atau Tauhid..
# Allah ada berfirman didalam Al-Quran berkaitan Iktiqad dan Tauhid...
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
{Qs. Al-'Isrā' : 41}
Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
{Qs. Al-Kahf : 54}
Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.
{Qs. Al-Kahf : 55}
Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.
{Qs. Al-Kahf : 56}
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak).
Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
{Qs. Al-Kahf : 57}
Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?" Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar.
{Qs. Al-'An`ām : 46}
# Kesimpulannya BERSIH DARI SEBARANG SYIRIK DENGAN BERPEGANGAN IKTIQAD DAN TAUHID IALAH SATU JALAN YANG LURUS YANG TIDAK BOLEH DIHASUT OLEH IBLIS, SATU JALAN YANG SENTIASA DIPELIHARA OLEH ALLAH.
# Ringkasnya "tunjuki kami jalan yang lurus"...ialah kita (diri peribadi) haruslah mencari salah satu jalan dan cara dari pelbagai jalan dan cara yang telah dijelaskan oleh Allah didalam Al-Quran.
# Setelah ketemu'kan jalan dan cara tersebut, berjalanlah sendiri dengan berpandukan jalan dan cara itu sehinggalah mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah'... hingga kepada kita yang bukan kita lagi..iaitu, keadaan dimana Allah sedang mengenal Allah juga dalam bahasa yakni...apa yang timbul didalam rasa perasaan ialah Allah sedang merasa ada keberadaanNya.
# Bila sudah sedang didalam keadaan Allah sedang merasa ada keberadaanNya,
# Tidak timbul lagi rasa ada diri sendiri dan ada yang selain dari Allah.
# Dan teruslah kekal sentiasa agar berada didalam keadaan firman Allah;
"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
{Qs. Aş-Şāffāt : 96}
Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.
{Qs. Az-Zumar : 62}
SUDAH SEDANG BERADA DIDALAM SUASANA ALLAH SEDANG MENJALANKAN KERJANYA MENTADBIR KESELURUHAN ALAM.
# Setelah berada didalam keadaan sedemikian barulah mengenal barulah makrifatullah,
# Barulah diberikan kefahaman (Al-Quran) yang diturunkan kedalam dada.
# Pendek kata...setiap badan diri sendiri mesti melalui proses ini kecuali orang yang keterbukaan mata rohaninya serta ditarik pula aqal kesadarannya.

( Sumber dari Syie Dan )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan