Seandainya kemabukan itu telah menguasaimu, kau akan dibuat kagum. Jika kau telah kagum, maka kau akan dibuat bingung.
Manakala kebingunganmu bertahan lama, Dia akan mengambil dan menarikmu dari dirimu sendiri, sehingga kau majdzub (ditarik oleh Allah).
Ketika dirimu telah fana (lenyap) dan sifat-sifatmu musnah dan kau pun fana dari kefana'anmu, maka Dia menganugerahimu pakaian: "Dengan-Ku ia mendengar dan dengan-Ku ia melihat".
Inilah yang disebut: Apabila kau berbicara, kau berbicara dengan ucapan-Nya. Apabila kau melihat, maka kau melihat dengan cahaya-Nya. Apabila kau mendengar, kau mendengar dengan pendengaran-Nya.
FANA SIFAT (Binasa Diri)
Fana itu ada 4 :
1/fana zat
2/fana sifat
3/asma'dan
4/ fana afaal.
Untuk mencapai kesempurnaan makrifat keempat-empat difinisi fana tersebut menjadi keutamaan dan diyaqini hingga haqqul yaqin.
Rasulullah bersabda *matilah sebelum mati*
Syekh al-alawi berkata , inilah mati yang sebenar , sedangkan bercerai nyawa dari badan itu hanya pertukaran alam atau pertukaran tempat..
Tauhidus sifat/fana sifat itu maksudnya mengesakan Allah swt pada segala sifat ialah mengembalikan , meninggalkan seluruh sifat-sifat yang ada pada makhlok ini kedalam sifat-sifat Allah swt. Sehingga tercapai pandang tidak ada yang bersifat kecuali Allah swt...
Pandanglah dengan matahati dengan haqqul yaqin dengan iktiqad yang putus bahawa tidak ada yang bersifat dialam ini kecuali Allah swt..
1/Qudrat
2/Iradat
3/ Ilmu
4/Hayat
5/Sama'
6/bashar dan
7/Kalam ada lah sifatNYA. Dan milikNYA. Sifat-sifat yang ada pada makhlok adalah majazi bukan hakiki.
Maka nyatalah keoada kita bahawa sifat-sifat itu adalah kepunyaan Allah semata-mata.
Jika kita mengembalikan sifat-sifat yang ada pada kita itu krpada yang empunya. , niscaya fana lah sifat-sifat itu kepada Allah swt. Sehingga tiada lagi yang bersifat kecuali Allah.
Mesrakan lah dirimu dengan kenyataan-kenyataan ini.
1/Qudrat : kita lenyapkan kepada qudrat Allah.
2/Iradat : kita lenyapkan kepada iradat Allah.
3/Ilmu : kita lenyapkan kepada ilmu Allah.
4/Hayat : kita lenyapkan kepada hayat Allah.
5/sama': kita lenyapkan kepada sama'Allah.
6/ bashar : kita lenyapkan kepada bashar Allah.
7/kalam : kita lenyapkan kepada kalam Allah...
Maka jadi lah ia :
1/wala qadirun : tiada yg berkuasa hanya Allah.
2/wala muridun : tiada yang berkehendak hanya Allah
3/wala alimun : tiada yang tahu hanya Allah.
4/wala hayyun : tiada yang hidup hanya Allah.
5/ wala basyirun : tiada yang melihat hanya Allah.
6/wala sami'un : tiada yg mendengar hanya Allah.
7/ wala mutakalimun : tiada yg berkata-kata hanya Allah.
Pada hakikatnya :
1/tidak ada yang maujud.
2/tidak ada yang hidup.
3/tidak ada yang mendengar.
4/tidak ada yang berkata-kata.
5/tidak ada yang berkehendak.
6/tidak ada yang berilmu.
7/tidak ada yang melihat.
8/ tidak ada yang berkuasa dialam ini melainkan Allah.
ESA.. TIADA DUANYA , TIADA SEKUTU BAGINYA..
( Sumber dari Awalludin Ma'rifatullah )
0 comments:
Catat Ulasan